20 June 2010

Cara Mengenali orang yang sombong dan bongkak..

           SOMBONG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.
Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah, lalu ia menempelak: “Mana bisa aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.Penyakit sombong akan menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan.


Allah berfirman yang bermaksud:


        “Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)
Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah. Tercatat dalam al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud yang ingin memerangi tuhan, keduanya Raja Firaun yang pernah mengaku dirinya Tuhan.


Allah berfirman yang bermaksud:


“Sesungguhnya, orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)


Sombong yang kedua ialah bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan kehinaan keturunan, seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah.
Begitu juga Abu Lahab serta kaum Quraisy yang enggan menerima Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.
Oleh itu mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun.


Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini :


• Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.
Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)


• Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.
Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:
“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”
Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.


• Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.
Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.
Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.


• Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.


• Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.


• Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.


• Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.
Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.


Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:


“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.

Wassalam..

Tentang Kawan

kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang
sakit.....





 
kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....
 
kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh
di
sana....
 
kata sedare,
KAWAN tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!
  
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........
 

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam
durian
bau je busuk tp sedap dimakan....
 
kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......




kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT
LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM
DURIAN
&
MACAM
BISKUT!!!
dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia
selamanye dia ttp kawan aku...
itu cara aku berkawan..!!

Mengapa Kita Harus Mengeluh??


Jalan-jalan dan terus berjalan dan "menyelongkar" artikel demi artikel kat iluvislam nie..Dan terjumpalah artikel nie..Best sangat..Macam ada sangkut paut dengan diri je..Jadi saya nak share lah..Baca jangan tak baca
Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)


Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.

Ayat Seribu Dinar

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)

Sumber: Dipetik daripada Curahan Cinta Niagara karya Maya Iris.
              Artikel: IluvIslam.com

06 June 2010

Free Palestine from Zionist ( I LOVE PALESTINE)


Assalamualaikum..   


Sedihnya bila mendengar cerita tentang kekejaman yang dilakukan oleh Zionist (Israel) kepada masyarakat Islam di Gaza..

Ya Allah kalau lah aku boleh bantu menghapuskan kekejaman itu..takkan aku biarkan walaupun "seekor" bangsa Israel hidup di muka bumi ini...I really hate Israel..Terlalu kejam..Sampaikan misi kemanusiaan yang dihantar oleh negara kita ditahan..Sekali dengan rakyat Malaysia pun ditangkap sama..


Yang ditahan hari isnin lalu dah balik tapi ada pulak lagi yang kena tahan..Punyalah kejam..Siap buat penjara baru untuk tahanan..Nampak sangat dah kejahatan diorang nie tapi masih nak putar belitkan fakta..tak faham aku..Jelas-jelas jahat..Masih nak tutup-tutup..


Hey..tak tahu ke bangkai gajah dapatkah ditutup dengan nyiru?..Tak boleh sama sekali..Kenapa ye diorang nak sangat hapuskan Palestin??Sebab apa??Sebab diorang takut dengan kuasa islam..Kuasa Islam nie sebenarnya besar...sebab tu diorang nak hapuskan sedikit demi sedikit umat islam.Supaya umat islam hanya tinggal bilangan yang kecil dan tak boleh nak lawan kuasa dia..


Ya Allah Ya Tuhanku...Geram betul dengan Israel nie..Bila agaknya Israel nak hentikan serangan terhadap Gaza..Macam aku cakap tadi lah sehingga umat islam kat dunia dah tinggal "sesarang semut" agaknya..Mana agaknya pemimpin-pemimpin dunia islam yang lain??


Diorang tak alert ke tentang isu nie??Tipu lah kalau kata tak tahu..Umat islam seharusnya bersatu padu untuk menentang kekejaman Israel..tapi kebanyakannya masyarakat dunia telah berbuat demikian yang tinggal hanya pemimpin yang aku lihat (bukan aku je tapi kata-kata yang aku dengar, yang diucapkan oleh Perdana Menteri Luar Negara tapi aku tak ingat Perdana Menteri negara mana) masih berdiam diri..Adakah agak keterlaluan untuk aku kata mereka seperti "tunggul kayu" yang tak mampu berbuat apa-apa??


Semakin geram aku dibuatnya apabila mendengar kata-kata yang diluahkan oleh jurucakap Israel, katanya hanya ingin mempertahankan diri daripada serangan yang dilakukan..Aku lagi gerammmmm..


Bila adalah seorang manusia nie kata : 


Buat apa nak tolong dia (Palestin), nanti nyawa kita yang melayang..


Sakitnya hati aku bertambah sakit..Ya Allah...




Ini artikel yang aku ambil dari iluvislam.com





Petang tadi, jurucakap kerajaan haram Yahudi Israel diasak bertubi-tubi oleh wartawan berita Channel 4, sebuah siaran TV di United Kingdom. Ia berkaitan serangan terhadap rombongan kemanusian terdiri dari enam buah kapal di perairan antarabangsa. Rombongan tersebut digelar "Gaza Freedom Flotilla".


Dengan muka selamba dan tidak mengendahkan sebarang pertanyaan panas oleh wartawan terbabit. Jurucakap tersebut seperti biasa beralasan bahawa serangan yang dilakukan adalah kerana mempertahankan diri. Walaupun jawapan itu telah diketahui karut dan tidak waras, mereka sama sekali tidak peduli. Senjata juga kononnya dijumpai berada di dalam kapal-kapal terbabit, namun ia hanyalah spanar, pisau, parang dan tukul. Tidak munasabah alat sedemikian boleh dianggap senjata melawan Israel.


Egonya ternampak jelas, walau nama United Nations (UN) disebut berkali-kali oleh wartawan sebagai menuntut siasatan dan kecaman serangan dan pembunuhan sekitar 10-20 orang awam dan menyebabkan kecederaan puluhan yang lain selain membuat tangkapan dan serangan di perairan antarabangsa. Kini, semua ahli rombongan sedang ditahan dan kita sangat bimbang apabila terdapat ramai wanita muslimah khususnya dari Turki yang turut ditahan ketika ini.


Namun, tiada sebarang rasa hormat atau apa jua kepada apa sahaja nama yang disebut, apa jua kerajaan. Itulah tahap keangkuhan kerajaan haram Yahudi Israel.Serangan dan penahanan itu selain melibatkan warga Malaysia, ia juga melibatkan warga sekitar 41 orang warga British. Keadaan itu memaksa UK untuk bersuara menuntut penyiasatan lengkap dan telus.
   




                           YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORIST



Benar, itulah Yahudi Israel Zionis jika dilhat dari definisi terrorist menurut kerajaan Amerika


'Under Section 3 of Executive Order 13224 "Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism", the term "terrorism" means an activity that...


(i) involves a violent act or an act dangerous to human life, property, or infrastructure; and


(ii) appears to be intended


• to intimidate or coerce a civilian population;

• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or

• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.'

Selain itu, mereka turut menunjuk kuasa melebihi US, Eropah dan dunia apabila tidak mengambil peduli kecaman masyarakat antarabangsa kerana menyerang rombongan kemanusian di perairan antarabangsa. Akhbar Britain, 'The Independent' hari ini turut menyiarkan beberapa kritikan media Israel terhadap tindakan kerajaannya, antara yang paling menarik adalah kata-kata Ben Caspit, di akhbar Isreal, Maariv, katanya:

"The Israeli image took a mortal blow and all this happened deep in International Waters and turned Israel into a pirate state".

Memang benarlah apa yang dikatakan, Israel sememangnya negara Lanun yang dihuni oleh lanun-lanun.





BANTUAN TERPANTAS KITA





La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas daripada kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tenetra MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.


Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa.  


Teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin khususnya yang semakin tersekat bantuan asasinya, demikian juga Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa kita boleh bacanya sebagai :-


a-    Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu kita, kita juga dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.


b-    Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c-     Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d-    Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

TINGKATKAN KEPEDULIAN


Akhir sekali, tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.
Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan.


Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan mentaatinya.
Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:

أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني

Allah menyebut : 'Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu.' (Riwayat Muslim)



Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-


أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله

Ertinya: 'Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan.'( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban) 

PLEASE FREE PALESTINE..


(Entry Ini ditulis dalam keadaan marah terhadap penindasan yang berlaku pada orang Islam di Palestin. Jadi maaf akan penggunaan perkataan aku)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome