25 June 2011

[Review Novel] Seribu Kali Sayang Oleh Anis Ayuni





Sinopsis:

SUDAH ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.
Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.
Hasrat meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.
Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.
Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?





Suka sangat baca novel ini sebab Syed Faiz tu baik sangat-sangat kot. Macam tak percaya je, ada ke, lelaki macam Syed Faiz tu sekarang?. Nama pun novelkan. Selain itu, ada juga konflik antara mak dan ayah Abby yang berpisah gara-gara datuk Abby yang tidak merestui hubungan mereka. Watak antagonist dalam novel ini tak adalah menyakitkan hati sangat. 

Bahagian yang paling menarik dalam novel ini adalah apabila penulis turut menyelitkan kawasan-kawasan percutian yang menarik iaitu di sekitar Padang, Sumatera Barat seperti Pasar Buluh, Rumah Hamka di Danau Maninjau, Bukit Tinggi dan banyak lagi lah. Rasa macam kita pun bercuti sama, itulah kehebatan penulisan Anis Ayuni ini. 

Kisah Romeo dan Juliet versi Indonesia juga ada diceritakan dalam novel. Kisah mengenai Jambatan Siti Nurbaya. Kisah cinta antara Syamsul Bahri dan Siti Nurbaya yang terhalang kerana perbezaan sosial dan budaya masyarakat Minangkabau. Sejarah ini dijadikan sebagai warisan sastera Indonesia. Kalau anda pernah tengok tv3 ada juga tayang cerita ini, ala yang Ria Ramadhani, pelakon Bawang Putih Bawang Merah tu.

Kalau nak tahu apa yang terjadi pada Syed Faiz dan Abby anda kenalah beli novel ini. Pasti tak rugi, baca banyak kali sampai lunyai buku ini, percayalah. Novel ini bukan sekadar novel cinta sebab banyak pengetahuan yang kita dapat dapat daripadanya. Saya bagi sepuluh bintang untuk novel ini. Selamat membaca ye.

06 June 2011

[Freebies] Swirly Background

Do leave a comment okay..




 Photobucket

http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/BgA1.png


Photobucket

http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/BgA2.png


Photobucket

http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/BgA3.png




Photobucket

http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/BgA4.png


Photobucket

http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/BgA5.png


Photobucket

http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/BgA6.png


Photobucket

http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/BgA7.png


Photobucket

http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/BgA8.png


Photobucket

http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/BgA9.png


Photobucket

http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/BgA10.png


Photobucket

http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/BgA11.png


Photobucket

http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/BgA12.png


03 June 2011

[Freebies] Big Polka Dot Background

Hello..ini adalah freebies yang diberi nama polka dot. Ini yang besar punya polka dot..haha..ayat macam orang tak betul.. (^^). Nak ambil sila beri komen ye.



http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/PolkaDot.png




http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/PolkaDot1.png



http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/PolkaDot2.png



http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/PolkaDot4.png


http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/PolkaDot6.png




http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/PolkaDot7.png




http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/PolkaDot3.png



http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/PolkaDot5.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome