09 November 2011

Resepi | Kueh Teow Ladna

Assalamualaikum..hai...

Selamat Hari Raya Korban..Meskipun hari nie hari terakhir, tapi masih sempat kan nak ucapkan selamat hari raya. Semoga hari raya korban atau Aidiladha kita pada tahun nie memberi seribu makna tentang erti sebenar pengorbanan dalam kehidupan khususnya sebagai seorang Islam.


Baiklah, hari nie nak kongsi resipi. Resepi nie sebenarnya permintaan saya pada roommate saya iaitu Harlina.. Hari tu ada blog walking ke blog Lina dan terbaca post dia tentang kueh teow ladna yang dia buat, nampak macam sedap, jadi terus minta resepi dekat Lina..Tak sangka ye Lina, hebat bab masak-masak nie..hehe..walaupun hari raya hari tu, kami berdua ingat nak buat biskut raya tapi Lina buat biskut raya tak jadi ye..  Hehehe..baru semalam, Lina sempat post kan resepi yang saya minta nie. Terima kasih Lina..Lap u soooo much.. Oklah, nak share kan resepi nie. Boleh cuba, senang dah ringkas je.


Resepi Kueh Teow Ladna



Resepi Kueh Teow Ladna

BAHAN-BAHAN (untuk 2 orang makan)
  • Kueh Teow 
  • 3 ulas bawang putih dicincang kecil-kecil 
  • 2 sudu minyak 
  • 2 sudu sos tiram 
  • Sekeping dada ayam 
  • Lobak merah 
  • Bunga Kobis 
  • 2 sudu besar tepung jagung 
  • Cili padi 
  • Kobis 
  • Air 
  • Garam dan secubit ajinomoto
Cara-caranya
  • Panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning. Masukkan ayam yang dipotong kecil-kecil. 
  • Bila ayam dah masak, masukkan sos tiram. goreng seketika. Masukkan air mengikut keperluan. 
  • Masukkan lobak merah terlebih dahulu. 
  • Bila dah nak mendidih masukkan kobis bunga, cili padi, kobis, garam dan ajinomoto. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah. 
  • Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kueh teow. 

Selamat Mencuba.


P/S: Jika nak bagi sedap lagi, Goreng Kueh Teow dengan kicap dulu..lepas tu tuang kuah pada Kueh Teow yang digoreng.



2 comments:


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.