31 October 2012

Art Trade with Munirah

Assalamualaikum..

Sukakan buat art trade ni..hehe..Kali ni nak buat art trade dengan Munirah pula. Doodle Munirah cantik-cantik dan comel sangat. Saya masih belajar buat doodle-doodle ni, jadi buat pun masih herot sana sini. Kejap macam ni kejap ,macam tu..tak ada identiti sendiri. hehe..

Tadaaa, inilah art trade untuk Munirah. Harap Munirah sudi menerimanya..Colour tu saya taram je, sebab saya tak tahu nak letak warna apa. Munirah suka purple ye? Lain kali kita bagi yang purple pula ye. ^__^

Ini pula yang Munirah bagi pada saya.

Waaa..biru..suka..hehe..Terima Kasih Munirah sangat comel, siap ada background yang cun lagi tu..Toce-toce.. kamsamnida. Terima kasih juga sebab sudi ber "art trade" dengan saya. ^__^

Segmen : Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas.

Assalamualaikum..

Disebabkan terlalu bosan, dan banyak masa, cuti lama ni maka kali ini join Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas. Syaratnya mudah je, nak join klik banner di atas ye. Tarikh tutupnya 30/11/2012.

Jumlah follower sekarang : 786.

Dah follow semua syarat..maka tamatlah entry saya..hehe. Selamat bersegmen semua.

30 October 2012

Art Trade with Cikgu Ma.

Assalamualaikum..

Petang tadi jalan-jalan dan baca post dekat blog Cikgu Ma. Kemudian baca post doodlenya untuk rakan bloggernya. Disebabkan berkenan sangat dengan doodle Cikgu Ma, jadi saya pun ada hati nak buat art trade dengan cikgu. Blog Cikgu Ma ni cantik sangat sebab di hiasi dengan doodle yang comel serta blognya juga kemas, sedap je mata memandang.

Habis semua doodle aku, aku buat warna biru..bahaya betul fanatic biru ni.

Fuhh..akhirnya siap juga..hehe. Inilah dia art trade untuk akak, harap akak sudi terima. Simple je, nak buat cantik-cantik tak pandai lagi. Maklumlah budak baru belajar. Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, minta Cikgu Ma tolong ajarkan. hehe.

Ini pula dari Cikgu Ma. Cantikkan, hampir jadi macam orang betul..ini bukan doodle dah ni, tapi dolly, patung yang menyerupi orang..hehe..pandai je aku letak nama sendiri.

p/s I : Selamat bertugas akak..Semoga menjadi warga pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang. ^__^

p/s II : Banyak masa nak mendoodle...yeah, cuti sem ni, ingat nak keje, nampaknya macam angan-angan taik ayam je lah.

Art Trade with Nizam Erul

Assalamualaikum..

Kali ini nak buat art trade. Art trade ni mengikut pemahaman saya adalah satu sistem penukaran. Jejak seni..Kita bertukar gambar atau karya seni/doodle dengan orang lain. Kita lukis individu itu dan individu tu lukis kita..Macam sistem barter lah..hehe..Merapu-merapu.

Istilah lebih jelas yang di ambil dari sini :
art trade = seseorang meminta anda untuk menggambar apa yang dia inginkan dan ditukar dengan gambarnya yang anda inginkan.
request = seseorang meminta anda untuk menggambar apa yang dia inginkan.

Ini art trade untuk adik Nizam Erul..Maaf ye kalau tak hensem dan bergaya. huhu..Harap Nizam sudi terima..

Ini pula art trade dari adik nizam.

SubahanaAllah..comel sangat adik..terima kasih banyak-banyak..hehe..suka sangat-sangat. Speechless...Semoga terus berkarya ye adik.

p/s : Doodle saya tu bukan baju pengawas ye..hehe..saya terlalu fanatic dengan warna biru.
p/s : Tak tahulah kenapa, kalau lukis doodle lelaki je, mesti tak jadi..Alamatnya jadi pondan lah. U__U

Saya ikhlas lah!!

Assalamualaikum...

Selalu kan kita sebut perkataan ikhlas, terutama bila kita tolong orang. Kita akan mengaku kita ikhlas. Contoh ayat yang menunjukkan kita ikhlas.

"Eh, saya tolong awak saya ikhlas lah."

"Ambillah, saya ikhlas"

Dalam surat di akhir penulisan pun ada tertulis :

Yang ikhlas daripada Justin Bivir.

Tapi sejauh mana ikhlas kita tu, boleh ke orang tu tahu kita ikhlas ke tak? Boleh ke ukur ikhlas tu? Ukur guna tali rapia ke?

Gambar ni tak terkena pula dengan entry kali ni. T__T
Ikhlas adalah perkara yang mana tiada seorang manusia pun yang tahu, malah para malaikat pun tak tahu. Hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui nilai dan tahap keikhlasan seseorang itu.
Ikhlas tu sangat tinggi nilainya sampai tidak dapat diukur dengan mana-mana wang ringgit atau emas dan permata sekalipun. Ikhlas juga menentukan sama ada amalan kita diterima atau tidak, tapi kenapa agaknya kita dengan mudahnya mengatakan bahawa kita ikhlas. Tiada siapa yang berhak mengatakan bahawa dia ikhlas tetapi berhak berusaha menjadi seorang yang ikhlas, dan moga-moga diterima oleh Allah.

Kalau kita dah mengaku bahawa kita ikhlas, itu jelas menunjukkan kita tak ikhlas...sebab apa?

Sebab islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini, dirinya ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.

Jadi kita cuba jadi orang ikhlas dan bukan mengatakan bahawa saya ikhlas.
Keikhlasan itu adalah satu perbuatan yang mana kita tidak memerlukan sebarang kata balasan.

Ohh..bab ini hati saya lemah, kadang-kadang bila orang minta tolong kita, kita tolong orang tu, mesti kita nak dia ucapkan terima kasih pada kita kan?

Kalau dia tak ucapkan terima kasih mesti kita kata, ishh..dia ni tak reti berterima kasih langsung. Ehh..busuknya hati saya. Ada lagi satu petanda hati kita tidak ikhlas, bila kita dah tolong orang tu, kita ungkit balik. Dulu ikhlas ni, bagai nak rak ikhlas, tapi bila orang tu lupa jasa baik yang kita pernah tolong dia, kita ungkit balik.
"Dia tak nak pun tolong aku, padahal kalau dulu dia susah, dia datang cari aku, aku tolong je dia"

Ohh..Ya Allah, sungguh busuk hati saya. Sedih memang sedih tapi janganlah jadi pengungkit, dah bagi, suruh pulang balik, buruk siku nanti.

Keikhlasan seumpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Macam juga kalau kita nak menderma, kalau kita nak bagi....bagi je tak payah fikir, betul ke orang ni, kot-kot penipu. Kita derma niat kerana Allah S.W.T, biar Allah yang tentukan segala-galanya. Kalau dia menipu, itu dia kena jawab dengan Allah nanti, kita yang bagi ni kena redha, dan ikhlas kerana Allah.

Bukankah tangan yang di atas itu adalah lebih baik dari tangan di bawah. Jadi tak payah gusar dok fikir, nak bagi, bagilah, kalau tak nak sudah. Tak ada orang paksa pun kan. Peminta tu bukan nak kejar kita pun kalau kita tak bagi derma dekat dia..Ada ke pernah kena kejar?

Hati saya hati lemah..Oleh itu, saya cuba nak belajar mencuba menjadi ikhlas dalam setiap perbuatan yang saya lakukan.

Jom kita mencuba menjadi yang ikhlas.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa kemudian diasing-asingkan perkara yang dikerjakan kerana Allah dan yang dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkan ke dalam api neraka”. (Riwayat Baihaqi).

p/s: Berusaha itu lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa.

29 October 2012

Selamat Hari Jadi Sahabat.

Assalamualaikum..

Selamat Hari Jadi kepada rakan blogger saya, cik didiey. Walaupun dah lambat tetap nak ucap juga. Cik didiey yang comel, sambut ulangtahun kelahirannya pada 23/10/2012. Selamat Hari Jadi, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.

Ini untuk cik didiey..hehe..maaf, tak cantik pun, nak buat orang pakai tudung tapi tak pandai sangat. Takut buruk pula. Saya bagi cupcake je, itu je yang mampu.huhu. ^__^

4/10/2012 pula hari jadi sahabat baik saya waktu sekolah-sekolah dulu..Sampai sekarang pun dia tetap yang terbaik..Nurul Aini binti Zahid. Nama dia sebiji sedibik macam saya, yang beza nama ayahnya sahaja. Aini, selamat hari lahir juga. Sayang awak, rindu nak jumpa awak..dah lama tak jumpa..Belajar dekat terengganu elok-elok ye.

Hari ini 29/10/2012, hari jadi sahabat baik saya, peneman saya buat assignment, classmate saya, dan semua yang baik semua awak..hehe..Nurul Jamilah binti Mohd Zainol. Selamat Hari Jadi sayangku..hehe..Saya doakan awak panjang umur dan dimurahkan rezeki. Moga berjaya capai cita-cita awak, awak kata awak nak jadi lebih mature kan..Hehe, awak dah cukup mature, walaupun awak kecik milah.

p/s : Siapa lagi ye yang sambut hari jadi bulan 10 ni??

28 October 2012

Doodle pakai baju apa entah??

Assalamualaikum.

Ini doodle girl yang pakai baju apa, entah..tak tahulah pakai baju apa. Nak kata baju kurung bukan, kebaya pun bukan..apa-apa je lah. Taram je lukis..last-last keluar baju ni..haha..terima kasih too my beloved sister, Farah Nadia sebab bersama-sama tidur lambat semalam semata-mata nak colour warna baju doodle girl. Hahaha..saja testing..Kalau buruk jangan gelak ye..senyum kambing je boleh.

Okay, ini adalah doodle fashion show..haha..adik saya punya pasal..see yang last sekali, doodle baju biru tu siap ada nama dia, dia paksa suruh tulis nama dia sebab katanya warna biru tu dia punya..Dah terconteng rambut dia..ahh..buruk. Tangan doodle ni memang tak ada. T___U

Review Blog : Follower yang ke 777

Assalamualaikum.

Kali ini nak review blog untuk follower saya yang ke 777. Nak ucapkan lah terima kasih kerana sudi menjenguk, menyinggah dan menjadi follower saya..hehe..terima kasih banyak-banyak. Terima kasih pada semua yang sudi menfollow. Saya sayang sama kamu bah.

Follower saya yang ke 777 ini adalah adik Nasuha Arina, yang berasal dari Johor dan berumur 17 tahun kan, maknanya adik Nasuha ni SPM tahun ni. Waaa..buat yang terbaik dalam yang terbaik ye. Semoga dipermudahkan menjawab semua soalan yang bakal adik tempuhi seminggu lagi.

Pada masa yang sama akak nak ucapkan terima kasih sebab sudi follow blog akak yang tak seberapa ni. Tanpamu siapalah daku..eheheh..

Yang saya bold kan dengan warna hijau tu, itulah dia adik Nasuha. Blog adik ni simple je dengan trademark "Takala Aku Berinspirasi", dan blog adik Nasuha berkisarkan tentang kehidupannya di sekolah, dan macam-macam lagi. Lebih kepada blog peribadi...dan ada lagu yang boleh dijadikan sebagai hawa telinga, lagu Ayushita tu..Tuhan Berikan Aku Cinta..

Blog adik ni berlatar belakangkan warna pink, bunga-bunga gitu. Memang simple tapi cantik. Blog yang ringgan, tak banyak widget, kalau nak follow pun senang sebab ada button google connect..kihkih.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengeratkan hubungan silaturrahim dengan melawat blog adik Nasuha ni. Boleh tambah kenalan baru ramai-ramai kan. Jom jenguk http://cikarinasukataip.blogspot.com/.

p/s : Malam ni nak habiskan edit blog customer..sorry ye dear..termalas pula minggu ni..eheh.. T___T

27 October 2012

Wordless Doodle : Yeah..Akhirnya.

Assalamualaikum..

p/s : Doodle senget sebab lukis guna tangan macam parkinson..T__T
Rambut dia..ish bahaya betul..haha.

Yeah..akhirnya dapat juga makan laksa..haha..motif tak ada kerja nak cerita apa..Petang tadi, Umi masak laksa..ohh favourite saya. Habis dah satu periuk saya belasah. Boleh je beli sebab hari ni ada pasar malam dekat rumah tapi nak makan yang umi masak, hehe, lagi sedap. Terima kasih umi, sayang umi..hehe..nanti kita buat lagi ye.

Tak ada gambor laksa, jadi pinjam gambor pak cik google, toce toce.. kamsahamnida..Kenyang sekenyang kenyangnya..Tapi kejap lagi nak sambung balik makan..kuat gila..haha..Selamat malam dan selamat menjamu selera.bye-bye. wassalam.

p/s : Yeah.. nuffnang bagi BE baru..hehe..terima kasih nuffnang.

Doodle Mudah menggunakan SAI

Assalamualaikum..

Sekarang ni terkenalkan doodle doodle ni. Jadi jom kita cuba mendoodle juga nak..hehe..Cara termudah untuk lukis doodle. Tak payah nak copy-copy orang punya, kita buat sendiri, memang sangat simple tak payah pening-pening kepala. Tapi ini bukan tutorial buat doodle tau.

Caranya adalah dengan menggunakan PAINT TOOL SAI. Kalau tak ada bolehlah download dekat sini untuk portable, dan dekat sini untuk full version. Tool apa yang perlu diguna untuk buat doodle yang simple ni. Secara kasarnya adalah hanya menggunakan Curve tool dan Pen tool sahaja.

Dan ini adalah hasil mendoodle yang paling mudah menggunakan SAI, walaupun buruk, tapi itu hak kita kan, tak copy-copy hak orang.

Ini saya waktu kecil pakai baju kembang??..haha..comel tak?sila perasan ye Aini. Saja je aku buat muka comot, sebab dulu memang suka comot-comot ni.
Ini pula kakak saya waktu kecil juga pakai baju kembang??...saya lukis rambut dia gitu sebab dulu-dulu rambut dia kerinting, tapi sekarang tak dah..hehe..buruk kan..kahkah..kalau buruk semua akak aku. tettt..Mengamuk dia kalau dia tahu aku tulis gini. Dah lah buat muka dia muka sedih.
Ini pula aku tak tahu siapa, tak terlintas nak lukis siapa, jadi aku jadikan lah dia sebagai adik perempuan aku yang no 1. No 2 kecil, so nanti akak buat lain ye.hekkk..Ehh..baru perasan yang budak ni macam menari Oppa Gangnam Style.. T__T

Ini pula abang saya..ehh..kepala besar, senget sebelah..hehe, kesian betul tengok doodle ni..kan dah kata doodle yang saya buat memang buruk..separuh je siap, sebab dah memang tak boleh dibaiki dah doodle ni..tension betul. Dan satu lagi, memang dari dulu lagi kalau nak lukis lelaki memang fail. Jadi pondon..aishhh.
Ini pula sesat, haha..kesian dia..tak apa ini saya jadikan sebagai adik ummi syafiqah..eeee, comel adik pakai tudung sekolah(bukan doodle yang comel tapi bayangkan adik den yang comel). Walaupun adik dah darjah tiga, tapi aku tak kenapa penyakit miang aku still ada..suka sangat cium dia..haha. Padahal dia dah besor.

p/s: ini bukan tutorial ye, cuma nak habaq mai, silalah guna SAi untuk beginner. Maklumlah berjinak-jinak nak buat doodle, kita mula dari bawah idak?

26 October 2012

Tukar windows 7 Logon Background

Assalamualaikum.

Kali ini kita nak tukar Logon Background pada windows 7. Jom kita customize pc atau laptop kita supaya jadi smart, tertarik menarik kau memang debom nak tak..hehe..Mungkin ramai yang dah tahu kan, tapi saya nak beritahu juga..

Cara manual tanpa guna software, hanya perlu ubah beberapa registry settings dan hasilnya anda boleh tukar logon background itu.

Caranya :

1. Run Registry Editor and navigate to: HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Authentication\LogonUI\Background
2. Now create a DWORD value called OEMBackground and set it to 1
3. Now copy your image file (JPG file) into %windir%\system32\oobe\info\backgrounds and rename it to backgroundDefault.jpg (By default info & backgrounds folders don’t exist, so create them)

NOTE: Image must be less than 256kb in size.

Bolehlah cuba ye, tapi susah sikit cara manual ni sebab kalau tak biasa dengan registry ni, ter "delete", alamaknya lingkuplah machine anda itu.

Dengan itu ada cara mudah. Iaitu dengan menggunakan software windows 7 logon background changer.

Windows 7 Logon Background Changer adalah satu software yang mana membolehkan anda untuk menukar latar belakang atau background pada Windows 7 logon screen atau juga dikenali sebagai welcome screen, login screen atau LogonUI. Software ini adalah percuma(Freeware) atau free open source software. Percuma je tak perlu bayar-bayar.

Berfungsi secara cemerlang gemilang dan terbilang pada Windows 7 Home Basic, Home Premium, Professional, Ultimate, Enterprise dan juga Starter x86 atau x64 (32 atau 64 bits)

Gambar di atas menunjukkan logon background windows 7 yang asal. Kita nak tukar dia jadi macam ini :

See, dah menarik sikitkan daripada biru je memanjang.

Cara nak gunakan software ni pun mudah je, kalau berminat nak cuba. Bolehlah download ye, saiz dia kecil je, tak sampai berapa minit pun nak download.

Size :776 KB

Selamat Mencuba.

p/s : Windows 8 dah nak keluar, punya lama tunggu, baru dia nak keluar..33.99$ kalau convert duit malaysia 121++..Wait for me win8, dah lama mengidam nak guna awok..haha.

[Tutorial] Newer dan Older post di Blogskin.

Assalamualaikum...

Disebabkan ada banyak masa sekarang ni..hehe..maka saya dengan rajin dan pantasnya buatkan tutorial ini. Tutorial ini adik Miela yang request. Ini tutorialnya ye adik..Harap dapat membantu, dan jomlah kita blogwalking ke blog adik Miela ni sekali. Dapat tambah kenalan.

Okaylah ini tutorialnya.

Untuk simple newer dan older post
1.  Dashboard > Option > Template
2. Ctrl + F (untuk memudahkan pencarian) dan cari kod ini </blogger>
3. Copy kod di bawah ini :
<OlderPosts><a  href=<$OlderPosts$>>Older Post </OlderPosts> <NewerPosts> | <a href=<$NewerPosts$>>Newer Post</NewerPosts>

4.  Dan pastekan betul-betul dibawah kod </blogger>
5. Yang bold warna merah itu adik boleh tukar dengan perkataan sendiri.
6. Tekan Preview, kalau tak ada error boleh lah save.

Untuk newer dan older post yang ada background.
1. Dashboard > Option > Template
2. Ctrl + F (untuk memudahkan pencarian) dan cari kod ini </style>
3. Copy kod ini :
a.oldernew{
color:#fff;
-webkit-transition: 1.0s; padding:2px;
-moz-transition: 1.0s;
font-family:consolas;
display:inline-block;
width:40px;border:none;
margin:2px;
background:url(http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/AllPatternBG42.png);text-align:center;

4. Dan pastekan di atas atau sebelum kod </style>   5. Kalau dah siap, cari kod ini pula </blogger>
6. Kemudian copy pula kod di bawah ini(pilih salah satu kod):

1)

<a class="oldernew" href=<$OlderPostsgt;></OlderPosts>

<a class="oldernew" href=<$NewerPostsgt;></NewerPosts>

2)

<a class="oldernew" href=<$OlderPostsgt;>Older</OlderPosts>

<a class="oldernew" href=<$NewerPostsgt;>Newer</NewerPosts>

7. Dan pastekan betul-betul dibawah kod </blogger>
8. Yang bold warna oren tu URL IMAGE.
9. Tekan Preview, kalau tak ada error boleh lah save.

Okay, nak smart lagi adik boleh cuba, main coding-coding tu sikit..Harap akak dapat tolong adik, hehe..maaflah kalau penjelasan akak ni kurang difahami. Kalau ada apa-apa masalah bagitahu ye. Selamat Mencuba. ^__^

[Freebies] Unexpected Talent - Blogskin

Assalamualaikum.

I just contribute the new blogskin. Please don't remove a credit ya.

25 October 2012

Bila takbir berkumandang.

Assalamualaikum.

Bila takbir berkumandang itu petanda raya nak dekat..

Yeah..esok raya..

Disebabkan rumah dekat dengan surau, masjid pun dekat..maka tersangat dekat untuk mendengar laungan takbir hari raya. Ya Allah sedap sangat dengar takbir, semerdu suara seorang lelaki itu adalah ketika melaungkan ayat-ayat indah dari kalam Allah. Suara Pak Cik sedap sangat. Nasib baik pak cik, pak cik..haha..

Meskipun raya korban ni tak semeriah raya puasa tapi kita tetap menyambutnya dengan penuh rasa syukur. Saya nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban (Aidiladha). Selamat berkorban kepada sesiapa yang buat korban tahun ni dan selamat menjalani ibadah haji kepada semua jemaah haji di Malaysia. Semoga mendapat haji yang mabrur dan semoga haji mereka di terima oleh Allah S.W.T.

Yang penting kita semua berkorban, berkorban untuk keluarga, mak ayah berkorban tenaga untuk mencari rezeki untuk anak-anak, pelajar-pelajar berkorban tenaga, perah otak untuk dapatkan ilmu, cikgu, polis, doktor, dan semua umat manusia semua berkorban.

Jadi marilah kita hajati erti pengorbanan yang sebenar ni. Bukan lembu dan kambing je boleh buat korban. kita pun boleh berkorban.hehehe..

Salam Aidiladha buat semua umat islam.

p/s: Esok, jom kita pergi raya sama-sama. Dapat duit raya juga tau, walaupun 50 sen. T__T

Aku tak suka negeri kau!!

Assalamualaikum.

Hehehe..baca tajuk dekat atas mesti geram kan..Tak geram?? Saya geram lah. Kita kan hidup satu dunia, satu bumi, satu negara, satu agama, satu bangsa tapi kenapa kita kena ada sikap benci membenci satu sama lain. Peliklah saya.

Bernanah telinga ni bila dengar ada yang kutuk mengutuk antara negeri-negeri ni. Kenapa nak kutuk mengutuk, kita sama je. Walaupun kita duduk dekat negeri yang berbeza tapi kita tetap satu,  lebih-lebih lagi kita satu bangsa dan agama. Semua yang beragama islam itu adalah bersaudara bukan? Jadi tidak perlulah wujud perkataan aku tak suka orang dari negeri tu, aku tak suka negeri tu.

Tak sangka sangat perkara macam ni ada ye..Memang nampak tak penting...ala hal kecil je pun beria sangat kenapa. Ye itu diluarnya tapi kalau kita tengok dasarnya, dekat sinilah boleh berlaku perpecahan antara kita. Tak kan sebab benda kecil ni pun kita nak berpecah.

Macam mana ia boleh berlaku?

Saya dengar kawan saya cakap macam ni :

"Saya tak sukalah orang dari negeri tutttttt, perangai buruk, suka berpuak-puak, pengotor dan......"

"Orang dari negeri tutttt, jahat...suka hantar ilmu hitam dekat orang, baik jangan rapat dengan orang negeri ni.."

"Aku dapat group yang hampeh..Group aku tu ada budak negeri ttuuutt, aduhhh...susahlah nak buat kerja. Budak negeri ni pemalas dah tu nak harapkan orang je buat assignment."

"Akak saya cakap, budak negeri tutttt ni pengotor, lepas dia makan dia tak nak basuh, tunggu nak makan lagi sekali baru basuh..sebab akak saya pernah jadi roommate/housmate dia.eeee..tak suka budak negeri ni"

Ishhh..tak baiknya. Kenapa nak kutuk negeri pulak kan..Kalau mulut saya celupar, saya cakap je, ala macam lah negeri awak tu bagus sangat..seee, dah nanti bergaduh pula.

Saya cakaplah bukan semua orang dalam negeri tu macam tu..Tapi dia balas lagi..

Kalau dengar memang sakit hati..walaupun dia tak kutuk negeri saya, tapi kenapa perlu kutuk segala bagai. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sebab salah seorang, daripada yang mereka kenal, dari negeri tersebut berbuat durjana, habis semua kena. Kenapa nak libatkan negeri, individu itu seorang sudah lah.

Ada lagi :

"Aku tak naklah kahwin dengan orang negeri tutttt..Mak aku tak bagi sebab orang negeri itu teruk"

"Mati hidup balik pun aku tak kan kahwin dengan orang negeri tuttt..."

Lepas itu saya cakaplah :

"Awak jangan cakap macam itu, sebab jodoh itu dekat tangan dan rahsia Allah, orang yang kita benci mungkin kita akan suka suatu hari nanti. Cikgu saya cerita balik pengalaman dia...cikgu saya ni, dia cakap dia tak suka orang dari negeri tuttttt, tapi last-last dia kahwin juga dengan orang dari negeri tu..Cikgu saya sendiri kongsi pengalaman dia, dan dia pun cakap jangan cakap besar dengan jodoh"

Bila saya cakap macam tu, dia buat muka..esoknya, entah apa angin dia tak baik kot, dia cakap kuat-kuat :

"Aku tak suka orang dari negeri tuttt....dan aku lagi tak suka bila ada orang cakap jangan cakap besar, nanti kahwin dengan orang negeri tu...huhh"

Sedap gila rasanya kena sound...dah lah waktu tu tengah sedih sangat-sangat sebab laptop rosak tak boleh buat assignment yang nak kena hantar beberapa hari lagi.... Lagi tambah sedih bila kena sound macam itu. Lebat dan laju je manik putih jatuh dari birai mata.hahaha..sangat-sangat sensitif time tu.

Bukan apa kalau orang dari negeri tu dengar, tak ke membangkitkan kemarahan, sebab itu wujudnya puak-puak. Benci membenci sebab aku bukan satu negeri dengan dia. Aku tak suka negeri tu. Manalah rakyat Malaysia nak bersatu, manalah bangsa Melayu nak berjaya, manalah umat islam nak berkembang..haishhh..silalah jangan memperlekahkan orang/negeri orang lain. Sebab yang penting kita sama, ada baik dan buruknya. Kalau semuanya baik, tak ada lah undang-undang dan polis dekat dunia ni.

Saya dengar semua ni, bila saya duduk dalam kelompok manusia dari pelbagai negeri tapi satu bangsa dan agama. Adatlah kan, ada yang begini dan begini. Nama pun manusia, kalau tak buat khilaf, itu bukan manusia namanya. Bukan nak memburukkan nama kawan saya atau sesiapa cuma nak berkongsi rasa.

Jomlah kita sama-sama pupuk rasa kasih dan sayang, tolak ansur antara satu sama lain. Marilah kita buka hati dan minta untuk berfikir, bahawa tak semua orang  itu sama dengan kita. Perbezaan itu juga kadang-kadang perlu ye.

Saya ingatkan diri saya sendiri juga supaya jangan cepat menilai orang atas dasar luarannya sahaja. Allah yang lebih layak memberi penilaian terhadap manusia sebab Allah lah Pencipta kita yang Maha Mengetahui setiap pelusuk dalam diri kita termasuklah hati kita.

p/s : Kalau kita tak suka seorang itu kerana sikap atau perangai buruk itu tak mengapa ye supaya kita jangan contohi sikap atau perangai yang buruk mereka tapi jangan mengutuk mereka pula.

24 October 2012

Segmen : 8 Things About Me

Assalamualaikum.

Segmen ini di bawa khas dari blogger Mohamad Solehin. hehe..best kan segmen ni. Entry dah 2 hari dah buat tapi tak post, hari ini tarikh akhir, so cepat-cepat join. Nak join klik banner di atas.

Eight - Things about me
• Seorang yang banyak cakap dan sangat pendiam dan pemalu.
• Seorang yang gila membaca dan menulis sepanjang-panjang yang boleh sampai orang yang baca pun boleh pengsan.hahaha.
• Seorang yang sensitif dalam diam rupanya..ohhh..baru tahu.
• Peramah dan sangat sporting yang kena tempat..hahaha.
• Sangat confident..hukhukhuk..kadang-kadang rasa macam terover confident pun ada.
• Sangat pentingkan keluarga dan kawan-kawan. Sekali dia kawan saya, dunia akhirat dia kawan saya.
• Anak Pahang, saya sayang sama Pahang.
• Bercita-cita nak jadi cikgu, polis, doktor, wartawan, pengacara..haaaaa...banyak lagi ni, kau ada?? T___T

Seven - Hobbies
• Membaca
• Menulis
• Blogging
• Tengok drama/movie korea.
• Menghadap laptop sampai nak pecah skrin.
• Duduk terperap dalam bilik.
• Edit blog sampai hancur blog orang tu..hahaha.kidding. T___T
Six - Things I Hate
• Katak..kesian awak katak, tapi maaf, saya tak benci tapi geli..eeeeee..
• Kalau nak merokok, sila merokok dekat Pluto ye.
• Buang Sampah merata-rata, sila buang dalam tong sampah, kalau tak nak, telan je plastik tu. T___T
• Jangan nak kurang ajar dengar orang tua, walaupun dia bukan ibu bapa awak. Kalau ada orang biadap dengan ibu bapa awak, awak suka ke marah??
• Orang yang tak buat kerja..dan terlalu bergantung pada orang lain.
• Broadband...bandwidth dah habis!!
Five - Song I Like
• Yoon Gun- Like a latte
• Lee seung chul feat Christina Love Lee - I believe
• SNSD - Etude
• SNSD - Into The New World
• Kim Soo Hyun - The One And Only You
Four - Favourite film/drama/musical/series
• Running Man
• Family Outing
• Harry Potter
• Hello Ghost

Three - Favourite Food

• Semua yang umi masak. Umi is the best cook.
• Laksa
• Nasi Keduli (Orang Pahang punya nasi)

Two - Wishes

• Capai semua cita-cita yang dekat atas tu...hehe..beranganlah kau.
• Semoga dapat bahagiakan keluarga dan kawan-kawan di dunia dan akhirat.

One - Quotes
• Tika kau jatuh tersungkur, kau harus bangkit dari kegagalan. Tika kau putus harapan, kau harus ke depan, kerana masih ada harapan.

p/s : Maap-maap, tertulis panjang pula dan semua ini hanyalah reka semata-mata, tiada kaitan dengan ayam dan itik dalam reban. T___T

Giveaway Syoknya Raya by Nurul Aini

Assalamualaikum, dengan lafaz bismillah, saya dengan ini melancarkan satu Giveaway yang diberi nama Giveaway Syoknya Raya by Nurul Aini.

Marilah join ramai-ramai ye.

DILANJUTKAN SEHINGGA 31 OKTOBER 2012. MOHON MAAF ATAS PERUBAHAN TARIKH DAN BANNER GIVE AWAY.

Syarat-syarat penyertaan.
1. Warganegara Malaysia sahaja. Mempunyai blog.
2. Buat satu entry mengenai Giveaway dan ceritakan kenangan ketika raya yang tak dapat anda lupakan sehingga sekarang. (Tidak kiralah sama ada sedih, gembira, duka, derita dan sebagainya). Untuk lebih menarik saya cadangkan saja ye, anda buatlah pantun hari raya, dapat markah lebih dekat situ. Mengikut kreativiti anda ye, yang copy tambah paste? Tak boleh lah kan. Tulis point pun tak apa.
3. Copy banner GA di atas dan paste di entry anda.
4. Tinggalkan URL/Link entry dan Facebook di bahagian komen di entry ini sahaja. Cbox dan lain-lain tidak sah dan tidak dibenarkan sama sekali.
5. Like Page dan Follow Blog saya.
6. Sila like dan follow semua sponsor. (WAJIB)
7. Tag? Tak perlu tapi ajaklah ramai-ramai untuk join Giveaway ini ye.
Di ingatkan sila follow dan like semua sponsor. Wajib. Saya akan check satu-satu siapa yang tak buat, maaf penyertaan anda batal. Sebab sponsor dah baik hati sangat-sangat nak sponsor hadiah. Harap Maklum ye.

Cara pemilihan pemenang
1. Entry atau cerita yang paling menarik.
2. Cabutan.
3. Top Referral.

Hadiah dan Senarai Sponsor.
Pembahagian Hadiah.
Senarai Peserta.

Tarikh Mula Penyertaan: 4/8/2012
Tarikh Akhir Penyertaan: DILANJUTKAN SEHINGGA 31/10/2012  TEPAT JAM 12:00 MALAM.
Tarikh Umum Pemenang: Akan diberitahu kemudian.

Sekiranya penyertaan kurang daripada 50 orang, Giveaway ini akan terbatal.

GA Syoknya Raya Tamat. (25/10/2012)

Assalamualaikum.

Disebabkan GA tak dapat sambutan yang menggalakkan maka saya akan tamatkan GA lebih awal. GA ini telah berlangsung selama beberapa bulan namun tidak terlalu mendapat sambutan, cuma ada beberapa peserta sahaja yang sudi join. Terima kasih banyak-banyak. Bukan salah orang lain, salah saya juga yang tidak ada promosi hebat. Maafkan saya juga kerana terpaksa melewat-lewatkan tarikh tamat GA ini. GA ini akan ditamatkan pada 25/10/2012 tepat jam 12 malam nanti. Jadi siapa nak join, boleh join untuk kali yang terakhir sebelum pukul 12 malam.

Hal ini kerana, saya sibuk dengan assignment, projek-projek dan final project dan sebagainya dan tidak banyak masa nak promosikan GA saya ini. Mungkin juga GA saya terlalu sukar untuk peserta sertai. Banyak sangat sponsor nak kena like dan follow. Maaf sangat-sangat sebab itu adalah perkara wajib untuk dapatkan hadiah dan bantuan daripada sponsor. hehe, saya faham, sebab kalau saya join segmen atau GA pun susah juga kalau nak like dan follow sponsor ramai-ramai..

Jadi saya memohon maaf atas kelewatan ini.

Tetapi seperti yang saya maklumkan di entry GA, jika penyertaan kurang atau tak cukup daripada 50 orang maka saya akan batalkan GA ini kan. Setelah berfikir panjang, penat peserta-peserta buat entry GA, tapi GA saya batal, macam kejam je saya. Jadi disebabkan hal itu. Saya akan teruskan GA ini dan akan mencari pemenangnya.

Pemenangnya akan saya umumkan beberapa hari lagi. Harap bersabar ye.

Hadiah dan Senarai Sponsor.
Pembahagian Hadiah.
Senarai Peserta.

Siapa yang ikut semua syarat, maaf ye..penyertaan anda tidak di ambil kira.

p/s : Tak ada pemenang untuk top referral sebab tak ada pengunjung unik. T___T

Wajah baru blog saya.

Assalamualaikum..

Pagi-pagi buta ni disebabkan tak ada apa nak update, saya nak cakap sikit. hehe..blog saya dah bertukar wajah. Tukar biasa-biasa je, taklah sehebat blogger Lysaa Faizureen punya blog..hehe, blog idaman blogger-blogger celik. Mana taknya, ada terbaca dekat facebook, siapa boleh edit blog cantik-cantik secantik atau sama macam blog Lysaa..Waaa..nampak tak di situ, bahawa blog Lysaa memang cantik.

Apa yang saya tukar, tulisan pada header. Haaa..saya gantikan dengan nama saya. Sebab dulu "Just Write" macam serabut sangat, link lain, nama lain..Letak nama sendiri senang. Tak ada orang nak clone-clone kan..Gambar pada header, tetap maintain, guna yang lama cuma tukar warna je. Kali ni nak guna warna hijau dan biru atau turquoise sebab memang dah lama nak warna ni..Saya memang suka warna biru, tenang je.

Penambahan baru, ada footer..yeahhh..haha..penat explore baru menjadi cantik macam ni..huhhh..cantik ke? Ermmm..banyak lagi nak letak ni, biar berat blog ni..kahkahkah. Lagi satu penambahan exchange link blog. Nak kena letak ni. Merepek dan merapu banyak sangat bukan ada orang nak baca pun kan..Okay, ini lah hasilnya template baru itu. Ni dekat bawah ni :

Kalau rajin komen lah apa yang patut. Kalau buruk boleh buat perubahan balik...Opsss..lupa pula, dok menggalak edit blog sendiri. Blog Cik Nana tak habis edit lagi..Maap-maap Cik Nana. Sat gi kita sambung edit blog awak ye..

Sempena raya aidiladha ni, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban. Semoga kita juga sedia berkorban untuk agama, bangsa dan negara. eheh..pelik ayat itu..Baiklah, hayatilah hari raya korban ini dengan penuh keinsafan. Macam raya puasa pula dah..okaylah..Wassalam.

22 October 2012

Mudahnya berkata sabar

Assalamualaikum..

Sabar :  satu perasaan, tindakan yang tidak dapat didefinasikan.

Memandang manusia yang sedih mungkin terdetik dalam hati, ala sabarlah ini ujian daripada Allah. Sabarlah...sabarlah. Ramai yang mudah berkata "sabar ye?" apabila orang lain ditimpa masalah, tapi apabila diri sendiri diuji dengan ujian yang amat dahsyat, masihkah lagi perkatan sabar dapat bertahan dalam diri?

Bak kata pepatah "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul."

Ayuh! kita belajar bagaimana ingin membuah sabar.

Meminjam peribahasa "lain lubuk lain ikan" disamakan dengan "lain orang lain ujiannya".

Setiap ujian yang ALLAH beri berbeza-beza tertakluk pada kemampuan hamba-Nya. Lupakah kita pada firmannya?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - Surah Al-Baqarah, 286

Lihat! Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Dia tidak akan timpakan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Dia juga tidak akan jadikan suatu ujian itu sia-sia tanpa ada hikmah disebaliknya.

Ujian Rasulullah

Kita singkap kembali sirah, baginda Nabi Muhammad s.a.w, ujian yang menimpa baginda sangat hebat.

Bermula semasa lahir, baginda sudah kehilangan ayahnya, kemudian ibunya, datuknya, disusuli bapa saudaranya, sehinggalah isterinya yang tercinta, Siti Khadijah.

Orang-orang yang baginda kasihi sudah mengadap Illahi.

Ini belum lagi termasuk ujian dalam menyebarkan Islam untuk sampai kepada kita pada hari ini, bermacam-macam ujiannya.

Dibaling najis, gigi baginda patah dalam satu peperangan, dipulau dan bermacam-macam lagi tekanan yang baginda hadapi.

Tapi ujian itu tidak pernah menghalang baginda supaya menjadi orang sabar.

Cuba kita renungkan kembali di zaman baginda s.a.w dahulu tiada handphone, tiada facebook, tiada yahoo messenger dan tiada kemudahan internet seperti yang kita ada pada hari ini, tapi lihatlah kerana kecekalan, kesabaran baginda dan para sahabat, Islam sampai kepada kita hari ini dan kita mengenal Allah dan merasa indahnya iman.

Mungkin ada sesetengah mengatakan bahawa baginda dapat menghadapi ujian-ujian tersebut kerana baginda merupakan seorang Rasulullah.

Mengapa pula begitu, baginda juga manusia biasa seperti kita, apa yang membezakan ialah baginda mempunyai keimanan yang benar-benar mantap.

Begitu juga dengan ujian yang baginda hadapi sesuai dengan kemampuan baginda.

Ujian yang hebat untuk manusia yang hebat! Kita bagaimana?

Bicara tentang iman

Iman itu ialah ketaqwaan kepada Allah, penuh khauf dan raja'. Jadi apabila kita ditimpa ditimpa sesuatu musibah atau ujian pintalah kepada Allah agar dibesarkan iman untuk kita hadapinya bukan diminta dikecilkan masalah yang kita hadapi.

Kita boleh mengatasi segala ujian yang Allah berikan dengan tenang jika kita punyai pergantungan yang tinggi kepadaNYA.

Oleh itu apa jua masalah yang ada, muhasabah kembali hubungan kita dengan Allah, renungkanlah kembali.

Adakah kita telah menjaga sebaik-baiknya hubungan kita dengan-Nya?

InsyaAllah jika kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan yag lain. Allah akan bantu kita dari segenap sudut yang kita tak sangka-sangka.

Tapi kalau saya dah jaga hubungan dengan Allah sebaiknya macammana pula?

Jika begitu, kita perlu muhasabah kembali, mungkin tanpa kita sedari ada hak-hak dengan Allah kita tak tunaikan, begitu juga dengan hubungan sesama manusia.

Dan jika dah jaga semuanya, itulah dinamakan ujian sama ada kifarah dosa-dosa lepas atau peluang kita merebut pahala dan meningkatkan iman. Bukankah kita ini hanya manusia?

Jangan pernah lupa bahawa kita adalah hamba Allah s.w.t. Jadi, kita layak diuji kerana kita hanyalah hamba-Nya.

Jadilah hamba yang bersyukur.

Apa jua yang ada dalam hidup, syukurilah, belajarlah jadi orang yang sentiasa bersyukur. InsyaAllah masalah-masalah yang kecil tidak akan timbul, dan kita akan miliki sifat sabar.

Rasulullah s.a.w, walaupun dijamin syurga tapi Baginda s.a.w, tetap menunaikan solat dan ibadah malam sampai kakinya bengkak-bengkak.

Dalam satu hadis, apabila ditanya Aisyah r.a, mengapa Baginda beribadah malam sehingga kakinya bengkak sedangkan baginda sudah dijamin syurga, Baginda menjawab dengan tenang, "Aku ingin jadi hamba yang bersyukur".

Salam mujahadah marilah kita membuah sabar.

Diolah dan dipetik dari artikel iluvislam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome