Assamualaikum...
Kalau dekat kampung, bangun pagi mesti dengar bunyi ayam berkokok kan..ayamlah satu binatang yang paling saya suka bila duduk dekat kampung..tuituitui..jangan nak kelentong sangatlah kan, ayam ni memekak je kejut kita bangun awal. Tapi tu dulu lah tak suka ayam berkokok sebab petanda hari dah nak siang, kena bangun pergi sekolah. Sekarang lain dah.
Suasana pagi ini telah mengimbau kenangan dulu-dulu. Kalau waktu kecil dulu, saya kalau bangun pagi bukan sebab apa, tapi sebab nak berjalan rumah jiran, semata-mata nak bermain. Seronoklah dulu-dulu main sama-sama, kita mana ada main Ipad, psp dan sebagainya kan..Kita main permainan tradisional.
Walaupun main permainan tradisional tapi kenangan itu penting. Main ramai-ramai tak kira kecil ke besar ke, lelaki ke perempuan ke semua bantai. Siap ada geng-geng lagi, kalau orang tu hebat main sesuatu permainan tu, mesti kita nak masuk kumpulan dia..hehe..
Haa..permainan Datuk Harimau ni siapa tak pernah main..hehe..permainan ni kadang-kadang geram pun ada, mana tak nya, asyik kena tangkap je, lepas tu menjerit bagai nak rak, bergegar satu kampung. Kebanyakan budak lelaki dekat kampung saya jarang main permainan ni. Kecil boleh lah, dah besar, malu kot. Budak perempuan steady je kan.
Baling Tin. Siapa yang tak pernah main baling tin memang rugi. Tapi majoriti main baling tin budak lelaki, lagi-lagi bila balik kampung dekat kelantan, semua budak kampung main baling tin ni depan rumah nenek. Memang setiap petang main baling tin ni. Kalau kena baling dengan selipar memang perit gila lah kan. Sekali dia lempar, nak pecah peha, bontot dan lebam segala badan ni. Kuat gila dia baling. Tapi main tetap main.
Satu hari tu, kami main baling tin bukan guna selipar, tapi guna bola tenis lama bapa saudara kami, main punya main, bola terlempar jauh sangat dan yang pasti tinggi gila, sampai terkena atap rumah nenek, hampir bocor atap kot, sedih gila, berapa banyak gila dah...kami semua kena marah, dan tak boleh main dah lepas ni. Bosannya lah petang-petang dah tak boleh main. Ishh..tu lah siapa suruh baling sampai macam tu sekali, nasib baik tak bocor atap tu.
Acik Menyorok ni pun best juga. Ada yang menyorok bawah rumah, atas pokok, dalam tong, hehe..tapi yang penting kalau saya menyorok memang susah nak jumpa. Jangan harap.
Lompat Getah ..permainan ni paling best bagi saya. Kalau dekat kampung selain daripada baling tin, permainan ni juga popular. Bukan budak perempuan je main, budak lelaki pun join sekali okay..Memang meriah sangat-sangat.
Pemain paling muda dalam setiap permainan semestinya Nurul Aini. Kalau saya tak join mesti tak boleh, aku menangis mengelupur depan rumah..haa..siapa suruh, tak bagi aku main..haha..tipu.. I atlet lompat tinggi, so tak heran lah kan..Siapa jadi geng i mesti menang punya..tuituitui..
Tuju Guli. Ini saya jarang main sebab budak lelaki je yang hebat, lagi pun, malas lah main habis duit aku je. Kalah je, guli tu milik dia. Tak ada duit nak beli guli.
Tudung Botol/Tin. Permainan ni pun best juga, semestinya Nurul Aini hebat..tuituitui..lagi perasan. Permainan ni meranap kan botol-botol kicap di rumah, menguntungkan para peniaga kedai kicap, mengurangkan pelupusan sampah dan lain-lain..hahaha..mana tak nya dok mengutip penutup botol je. Dalam tong sampah pun sanggup cari. Opsss..bukan gua, budak lelaki budak lelaki, gua kan macho, mana ada buat benda-benda gitu. T___T
Jengket-jengket/ Teng Teng. Kalau dekat tempat saya panggil jengket-jengket sebab kita hanya guna satu kaki. Maklumlah kampung..tak ada sebut teng-teng ni, nama teng-teng pun tak tahu. Kalau permainan teng-teng ni memerlukan kekuatan kaki..iaitu ketahanan menggunakan sebelah kaki. Ni pun saya hebat juga..lagi kau perasan Aini. Well, as you can see me, right now. Sila bagi penumbuk. Merapu je lebih.
Tuju Selipar. Ini pun salah satu permainan favourite kami dulu-dulu. Kalau main tuju selipar ni sampai ke Maghrib tak habis-habis lagi. Nenek, bapa saudara kami masuk campur, menjerit, melalak panggil balik, barulah terhegeh nak balik.
Zaman kanak-kanak memang best, kalau nak ulang memang takkan dapatlah kan. Tapi itulah kenangan budak-budak dulu yang mempunyai nilai estetika yang tinggi buat kita kan..ehh..drastik betul ayat tu. Rugi budak yang lahir zaman sekarang, dah kurang main permainan dan ada juga mungkin tak pernah tahu permainan tradisional atau dulu-dulu ni. Daripada permainan ni juga, kita boleh dapat tahu erti kerjasama, persahabatan, semangat kesukanan dan lain-lain tau.
Banyak lagi kan sebenarnya permainan dulu-dulu yang best..Kongsilah permainan apa yang selalu anda main waktu kecil-kecil dulu.
p/s: Baru perasan panjangnya..ish ish ish ish..