31 December 2012

Tahun 2012, tahun mencabar.


Assalamualaikum,

Sekejap je masa berlalu, lagi beberapa jam kita nak melangkah ke tahun baru. Tahun 2013..Waa..selamat datang tahun baru, dan selamat tinggal tahun 2012. Ermm, rasa sedih pun ada. sobs sobs..

Tahun 2012 adalah tahun mencabar bagi saya lebih mencabar daripada tahun ambil UPSR, PMR mahupun SPM..hehehe..dan tahun sejarah juga. Tahun paling banyak perkara dan peristiwa sedih berlaku dalam hidup saya..Kalau pusing-pusing balik dalam kotak ingatan saya ni, tahun ini tahun kurang gembira..boleh pula macam tu kan..hohoho..tak nak sedih sebenarnya. Tapi....tersedih juga.


Ayah meninggal bulan dua..2/02/2012. Belajar pun jadi down, rasa kosong. Mungkin sebab diri sendiri yang sememangnya pemalas, hehe..result pun turunnnnn. Rasa kehilangan yang amat besar, nak mengubat hati pun lama. Tapi saya ni selalu je lupa, Allah hanya pinjam kan sekejap je. Dunia pun, tak kekal. Itu semua ujian daripada Allah. Ya Allah, engkau letakkanlah dunia ini di tanganku dan bukannya di hatiku. Banyak sangat sedihnya.


Selamat Tinggal 2012.

Apa pun  kita kena teruskan hidup kan, kita buka buku baru, lembaran baru, kita tulis benda baru, cipta benda baru, buat perubahan baru..hehe...haaa..banyak sungguh barunya...dan tak lupa juga azam baru.hehe..Ada je azam tapi janganlah simpan, dan perap sampai jadi asam dan masam ye. Beberapa jam sahaja lagi, 2012 hampir  melabuhkan tirainya.

Dikesempatan ini juga, saya nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU. Kita sambut tahun baru kita dengan ucapan syukur, berdoa semoga di murahkan rezeki, dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. Jangan melepak, berpeleseran di tengah-tengah  malam yang buta ye. Mohon maaf juga jika ada tersalah tutur kata. Tapi dalam waktu sedih ada juga gembiranya bila jumpa kawan-kawan alam maya, walaupun tak pernah bersua muka, tapi kita rapatkan..hehe..Seronok dapat bersahabat dengan awak-awak semua.

dan dan dan..cepat-cepat post entry banyak-banyak sebelum masuk tahun baru..hahaha.. T___T..Mental that one.



p/s: Ingat nak post entry ni tepat jam 11:59 PM..haha..penyakit Aini ni.

Zikir Muzik Hati.

Assalamualaikum, 




Orang yang berzikir itu hidup dan tidak berzikir itu mati.
Orang yang sibuk berzikir akan dikerumuni oleh Malaikat, diliputi rahmat, diturunkan ketenangan atas mereka.

Menurut Hafiz Ibnu Qayim r.a terdapat lebih seratus kelebihan zikir antaranya :

  1. Zikir menjauhkan Syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
  2. Zikir menyebabkan keredaan Allah.
  3. Zikir menjauhkan dukacita dan kerisauan dlm hati.
  4. Zikir menguatkan hati dan badan.
  5. Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya.
  6. Zikir menarik rezeki.
  7. Orang yang berzikir akan diberi kehebatan dan kemanisan (Orang yang memandang akan merasa kehebatan dan kemanisan).
  8. Zikir melahirkan cinta terhadapa Allah.
  9. Zikir membawa hakikat muraqabah (membawa seseorg kemartabat Ikhsan)
  10. Zikir membawa seseorang kembali kpd Allah dan akhirnya Allah menjadi pelindung dan pembantu dlm setiap keadaan.
  11. Zikir menghampirkan seseorang kepad Allah.
  12. Zikir membukakan pintu ‘makrifatuAllah’.
  13. Orang yang berzikir disebut Allah dlm majlisnya.
  14. Zikir menghidupkan hati.
  15. Zikir membersihkan karat.
  16. Zikir adalah makanan roh dan hati.
  17. Zikir menjauhkan dosa dan maksiat.
  18. Zikir menjauhkan sifat keraguan seseorg terhadap Allah.
  19. Sesiapa yg mengingati Allah dlm kesenangan dan Allah akan mengingatinya dlm kesusahan.
  20. Zikir menyelamatkan seseorg daripada azab Allah.
  21. Zikir menyebabkan turunnya rahmat dan sakinah.
  22. Majlis zikir adalah majlis para Malaikat sebaliknya majlis lalai adalah majlis Syaitan.
  23. Seseorg yang berzikir secara Istiqamah akan terselamat dari melupakan diri sendiri.
  24. Zikir meningkatkan kerohanian seseorang.
  25. Nur Zikrullah akan bersama seseorg itu samaada di dlm kubur atau ketika meniti Titian Sirat.
  26. Zikir adalah rawatan bagi penyakit-penyakit hati.
  27. Zikir adalah punca persahabatan dgn Allah sebaliknya kelalaian adalah punca permusuhan.
  28. Allah menurunkan rahmatnya utk org-org berzikir dan para Malaikat berdoa untuk mereka.
  29. Sesiapa yg ingin berada di taman-taman Syurga ketika di dunia ini maka hendaklah berada di dlm majlis-majlis zikir.
  30. Majlis zikir ialah majlis para Malaikat.
  31. Allah berbangga terhadap org-orag yg berzikir dihadapan para Malaikat
  32. Sesiapa yg banyak berzikir dia akan masuk Syurga Allah sambil tersenyum-senyum. Dengan berzikir setiap yg susah akan menjadi senang. Bebanan berat menjadi ringan dan semua bala bencana akan terlenyap.
  33. Segala ketakutan dan kebimbangan akan terlenyap melalui zikrullah.
  34. Wajah org yg berzikir akan berseri di dunia dan akan bercahaya di akhirat.

Jadi ayuh berzikir, memuji Allah S.W.T yang Indah.

30 December 2012

Buruk rupa pun, dia ciptaan Allah.

Assalamualaikum,

Semua manusia yang Allah ciptakan pasti menginginkan kecantikan atau suka pada benda yang cantik dan indah kan, kerana itulah fitrah semulajadi kita sebagai manusia. 

Bukan itu sahaja, Tuhan yang kita sembah itu pun sangat cantik. Rasulullah S.A.W menegaskan dalam satu hadisnya, Allah itu indah dan suka pada keindahan. Keindahan Allah terletak pada sifat-sifat kesempurnaan-Nya.


Siapa yang tak suka akan kecantikan kan..Saya pun suka. Semua yang cantik kita suka tapi kalau benda tu buruk kita nak buang ke?

Ohh..cantik itu kan subjektif atau abstrak. Jadi setiap orang ada definisinya yang tersendiri mengenai cantik. Kalau bagi awak benda tu cantik, bagi saya tak..awak janganlah marah saya sebab citarasa, penglihatan, perasaan dan segalanya tentang kita mungkin berbeza.

Tapi saya kurang setuju, bila kita manusia ni terlalu memilih atau fanatik terhadap  kecantikan sehingga sanggup menghina yang lain yang kononnya tidak setaraf dengan kecantikan mereka.


Allah telah berfirman dalam surah At-Tin ayat yang ke-4;

لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Yang bermaksud "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."


Sekali pun awak cantik, janganlah sesekali menghina rupa paras atau fizikal orang lain. Ada yang sanggup melemparkan kata kesat pada yang "kurang cantik" ni.
"Awak itu tak cantik, hodoh, sedar sikit diri"

"Eh, buruknya muka dia"
Sentap tak? kalau kita yang "tak perasan" atau "tak rasa", diri kita ni cantik, dengar ayat tu.

Dan kalau pun bagi awak dia tak cantik atau hensem. Dia juga ciptaan Allah. Kalau awak nak menghina dia, cuba awak fikir balik, awak cantik, siapa bagi? Dia, yang kononnya tak cantik bagi awak, Siapa cipta?

Ada yang lain ke mencipta?

Kalau awak menghina rupa, wajah atau fizikal dia, cuba awak fikir balik, awak hina siapa?


Dan bagi yang rasa dirinya tak cantik, tak menawan dan sebagainya, jangan sedih. Allah akan nampak awak cantik dengan menjadikan agama sebagai tunjang utama dalam hidup awak. Kita ada kelebihan masing-masing kan. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. 

Cantik, Kacak, Hensem, Lawa itu ada untungnya tapi kalau kita banyak untung dekat dunia tapi akhirat kita rugi? Macam mana?

Carilah wajah hati dan rupa budi yang menawan. Ingatlah bahawa kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu, pertama, tanamkan di dalam hati kita iman berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Kemudian iman ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. 

Burulah kecantikan yang sejati, kerana di situlah ketenangan dan kebahagiaan abadi!

Saya pun tak sempurna..sama-sama kita perbaiki diri.

p/s: Ramai orang kata orang cantik ni berakhlak buruk? dan yang hensem itu playboy? Sentap tak? hehe..


29 December 2012

Diam...

Assalamualaikum..

Ini hanyalah luahan hati semata-mata. Kalau rasa meluat, dan tak tahan nak baca, baik jangan baca ye..hehe.

Cuma nak cakap, kadang-kadang kita diam ni pun susah juga kan..banyak cakap pun susah..Haii, susahnya nak cakap, susahnya nak diam. Saya bukan apa, saya nak cakap tapi saya nak diam, faham tak maksud saya, saya bercakap dalam hati je lah.

Misalnya, saya ada masalah, dan masalah saya, saya tak suka nak kongsi dengan orang, saya suka simpan sorang-sorang dan yang paling penting tempat mengadu saya adalah pada Allah. Tapi mungkin orang salah tafsir sikap atau perbuatan diam saya ni.

Saya tahu mungkin diam saya menyakitkan hati orang tapi apa yang nak buat, saya tak mampu nak cakap nak luahkan pada orang. Saya tak tahu cara nak luahkan pada orang. Salah saya mungkin. Saya diam bukanlah saya lupakan awak, nak buang awak atau sebagainya. Saya nak awak faham..Ya, saya tahu, mungkin bukan semua boleh faham apa yang kita rasa dan lalui. Tak apa, saya tak salahkan awak.

Saya cuma tak mampu nak luahkan. Saya sayangkan awak dunia akhirat, sekali kita bersama, sampai bila-bila ikatan kita tak kan putus kecuali mati yang memisahkan kita, tapi keputusan awak mengatakan bahawa saya anggap awak macam sampah membuatkan hati saya sangat terluka.


Ya, saya tahu awak mungkin terluka dengan sikap saya. Mungkin awak ingat saya marah dan terasa dengan awak. Tapi saya tak pernah anggap perbuatan, atau tindakan awak salah. Saya tak pernah marahkan awak, awak adalah insan yang teristimewa hadir dalam hidup saya. Seseorang yang boleh tegur saya, kongsi masalah dengan saya. Saya sayang awak dunia akhirat. Hanya Allah yang mengetahui betapa saya menyintai awak.

Saya minta maaf kalau buat awak terasa kerana diam saya. Saya minta maaf sahabat, saya cuma tak mampu nak luahkan pada awak. Biarpun langit itu tinggi, tinggi lagi kasih ku terhadapmu, sekali kita berkawan sampai bila-bila pun kita tetap kawan.


Saya tak boleh nak cakap pada awak sebab waktu tu saya saya tak mampu nak cakap. Meskipun awak tak tahu yang saya tak pernah lupakan awak, tak mengapa, sebab saya ada Allah, saya sentiasa berdoa padanya agar awak sentiasa gembira, di kurniakan kesihatan yang baik, akhlak yang baik, dan kehidupan yang baik di dunia akhirat. Saya doakan kejayaan awak, di permudahkan urusan di dunia mahupun di akhirat.

Saya sayang awak sahabat, saya sayang awak dunia akhirat...dan maafkan saya kerana buat awak terluka. Maafkan saya kerana saya tak mampu nak luahkan pada awak. Maafkan saya buat awak terasa, maafkan saya menyia-yia kan awak. Tapi dalam diam, saya nak cakap saya sayang awak sahabat, sayang di dunia sampai akhirat.


Pemenang: Siapa nak edit blog secara percuma.

Assalamualaikum..

Semalam, saya ada buat segmen simple kan..iaitu saya dengan berbesar hati nak edit blog anda secara percuma.

Jadi disebabkan macam dah tak ada yang berminat..Saya tutup dah..hehe..Seramai 11 orang yang berminat..Susah juga nak pilih ni. Saya ambil secara random, harap jangan ada yang berkecil hati ye. Kalau ikutkan hati nak je, pilih semua tapi takut saya tak ada masa. Nak edit blog sekali dengan design ni susah juga..hehe.

Kalau dulu saya memilih 3 orang pengomen terpantas, jadi kali ini saya juga memilih 3 orang pengomen bertuah. Kepada yang tak berjaya itu jangan sedih ya, kalau saya ada banyak masa, insyaAllah, saya buat lagi, atau kalau berminat boleh membuat tempahan dengan saya kan..hehe.

Jadi inilah dia antara 3 yang bertuah itu..Calon-calonnya adalah :


  1. http://taufikmaria.blogspot.com/
  2. http://mazliza86.blogspot.com/
  3. http://misshunymadu.blogspot.com/

Tahniah kepada pemenang, dan terima kasih kepada semua peserta yang sudi join segmen simple ni.

Kepada pemenang, sila hubungi saya di facebook ini atau email kan detail anda ke ainizakaria92@gmail.com (subject : edit blog) sebelum 31/12/2012. Kalau lambat, saya akan pilih pemenang lain ye. Detail yang di perlukan adalah :

  1. Background blog : warna(boleh pilih di sini-copy code warna) atau background bergambar, sila sertakan dengan url image(jika ada) :
  2. Secara kasar nak blog warna apa :
  3. Header (warna dan detailnya bagaimana) :
Dan sesi perbincangan, kita akan lakukan di facebook atau email ye. Lagi cepat bagi detail, lagi cepat saya buat..heee. ^__^

Sekian, terima kasih semua.





Kahwin Muda


Assalamualaikum..

Detik demi detik..hari demi hari tanpa kita sedar, kita dah nak pun melangkah ke tahun baru. Macam-macam kita buat bila tahun baru nak menjelma ni, ada azam nak perbaiki diri, alhamdulillah..perkara baik sebenarnya tak payah tunggu tahun baru tak apa, saat ini, jam ini, hari ini, kita dah boleh perbaiki, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Ada juga azam, nak simpan duit banyak-banyak nak kahwin..haha..cakap pasal kahwin, ramai kawan-kawan sebaya saya dah pun selamat melangkah ke gerbang perkahwinan. Alhamdulillah juga, sebab kalau kita perempuan kita kahwin kita dah pun melengkap separuh daripada agama kita. Bebaskan diri daripada fitnah dan macam-macam lagi.

"Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400) 


Kawan-kawan sekolah saya dulu yang dah kahwin, dah anak pun..Saya sebenarnya terkejut juga. Alamak, aku dah tua ke?hahaha. Terkejut juga bila dia kahwin. Tahu pun dari kawan lain bila terjumpa dalam bas.

Maklumlah bila dah meningkat dewasa, kita ada hala tuju masing-masing, ada yang bekerja, ada juga yang menyambung pelajaran, dan duduk jauh dari kampung halaman. Disebabkan busy study, saya pun tak ada cuti, tak dapatlah menghadiri majlis mereka. Hanya ucapan tahniah dan doa mengiringi mereka.

Saya tak sangka saya sebenarnya bukan budak sekolah lagi, budak belasan tahun, macam tak sangka dah masuk alam lain. Mana taknya, perangai macam budak-budak lagi. Tak sedar dah masuk puluh-puluh tahun. Saya selalu perasan saya muda..hoho.

Bila tengok kawan kahwin dan fikir pasal kahwin, macam-macam rasa ada..haha..ketawa pun ada, sedih pun ada..haha..gila ke apa Aini ni?

Ada kawan saya masih belajar tapi dah mendirikan rumah tangga. Alhamduillah. Ada juga blogger kita yang kahwin muda kan..Bila baca cerita mereka, SubhanaAllah, cinta itu indah adalah apabila bercinta selepas nikah.

Semua perkara ada pro dan cons juga kan..termasuklah perkahwinan di usia muda ni. Teringat pula tajuk ceramah dekat u saya, pasal kahwin muda bahagia atau derita?.


Zaman mak ayah kita dulu pun kahwin muda kan, alhamdulillah kekal sehingga akhir hayat. hehe..tapi umi dan arwah ayah kahwin lambat juga..Umur umi dah 25 dan ayah 27. Kahwin dulu-dulu mak ayah atau orang tua yang tentukan, maknanya jodoh nenek dan atuk kita yang carikan. Bagi saya ianya sangatlah sweet. 

Dulu waktu muda-muda..(eleh macam kau dah tua sangat)saja-saja tanya, bergurau dengan arwah ayah..
"Ayah, nanti ayah carikan jodoh untuk sayalah..ye..hehe"
Tapi ayah cakap apa?
"Carilah sendiri, kak midah(sepupu saya) pun cari sendiri."
Sebab katanya, kalau ayah carikan kalau salah atau ada apa-apa di kemudian hari kan ayah susah..

hehe..ayah ni mesti  terlalu banyak tengok drama atau filem orang melayu ni.

Motif tulis pasal ni sebab terkejut je, tak sangka umur ku dah tua..hehe..dan bila umur dan meningkat, terfikir, apalah amalan yang aku buat selama aku hidup ni, apalah kebaikan yang aku buat. Tengok balik masa lalu, rasa kerdilnya diri, rasa tak ada buat apa-apa pun semasa hidup.

Kahwin muda, apa pendapat anda?


p/s: Kalau dulu zaman-zaman sekolah..kawan-kawan sekelas kalau cikgu cakap pasal kahwin..amboi senyum lebar je. Gatal betui..hehe. Adik-adik yang masih belasan tahun dan masih bersekolah tu, fokuskan pada pelajaran dulu, buat masa sekarang sekolah/pelajaran itu penting untuk adik-adik. Jodoh Allah dah tetapkan, bila tiba masanya, ia akan datang juga.



28 December 2012

Siapa nak edit blog secara percuma?

Assalamualaikum..


TAMAT

Disebabkan hari ini saya buat came back..hoho..macam penyanyi pula kan..Oleh yang demikian saya dengan berbesar hati ingin melancarkan satu program..tuiii..bukan program tapi ala-ala macam segmen tapi bukan segmen pun...iaitu Saya buka ruang untuk sesiapa yang berminat, dan teringin nak tukar design atau template blog anda secara percuma. Saya ulang ye, percuma..hehe.

Segmen ini saya buat sempena aktifnya semula atau kembalinya saya ke dunia blog dan sempena berakhirnya tahu 2012 dan menyambut tahun baru 2013.

Berminat tak? 

Caranya mudah sahaja, cuma tinggalkan detail berikut di bawah iaitu di kotak komen entry ini sahaja. detail yang di perlukan ialah :


Nama : 
Link Blog : 
Kenapa nak saya edit blog anda : 
Email atau Facebok(untuk memudahkan saya hubungi anda nanti):

Dulu pun ada saya buat macam ni, tapi untuk 3 pengomen terpantas. Tapi kali ini saya akan pilih secara random dan pengomen paling kreatif. Berapa jumlah pemenangnya saya akan tentukan kemudian. 


Syaratnya?
  1. Tak ada syarat yang berat dan tak perlu buat entry cuma, jemputlah jadi follower dan like page saya..hehe..boleh kan.
  2. Saya edit ikut kehendak anda tapi mengikut kemampuan saya.
  3. Saya edit blog anda termasuk design header, footer sahaja dan lain-lain adalah mengikut budi bicara saya.
  4. Saya tak suka orang cerewet, kalau anda rasa anda tak suka design saya, jadi saya minta maaf, saya tak mampu nak buat. Saya cuma buat ikut kemampuan saya. Untuk contoh, blog saya edit boleh tengok di dalam blog saya. Contohnya di bahagian tempahan.


Tarikh Mula : 28/12/2012
Tarikh Akhir : Saya beritahu kemudian.

Jadi kalau anda berminat dengan design dan cara saya mengubah blog anda 360 darjah..cehh...Ayuh tinggalkan komen anda sekarang. 




TAMAT



Hai, i'm back!!

Assalamualaikum..

Saya dah balik..yeah..hehe. Terlebih excited pula. Dah lama tinggalkan blog ni. Hampir sebulan juga tak menulis. Bukan hampir rasanya dah memang sebulan pun. Ada yang rindu dekat saya tak..hohoho..perasan je. Disebabkan dah lama tak menulis, dan tak berblog ni, idea nak bercakap dan menulis pun kosong..kosong...ohhh..kosong. Rasa segan pula nak menulis..


Walaupun sebenarnya banyak perkara nak di tulis dan di cerita. Tak apa nanti saya pelan-pelan kayuh..heee. Rasanya memang dah tak tahu nak tulis apa, nantikan saya di entry selanjutnya..hehe..bye-bye.  Wassalam.


p/s: Rindu dekat akak ku, rakan blogger ku yang comel-comel dan baik hati tu.. ^__^. Terima kasih sebab masih sudi jenguk blog saya walaupun tak di update.  I lap u.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome