Rasa sangat sedih mendengar rayuan seorang nenek mengenai anaknya, menceritakan bahawa anak lelakinya mengamuk. Tidak lagi mampu menjaganya, pentingkan isterinya. Ugut ibu nak duit. Mengungkit pemberian. Ada saja kelakuan ibunya yang tak kena di matanya. Di halau dari rumah bila tak di perlukan, menelefon bila ada keperluan. Ohh..anak.. Kesian Ibu.
Sangat-sangat sedih bila kita dengar dan lihat perkara ini depan mata. Tidakkah mereka sedar betapa besarnya tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap kedua ibu bapanya.
Kesian nenek tua.. Berkata " Aku tak ada tanah nak buat rumah"
Dahulunya rumah itu miliknya, kini bertukar tangan kerana tidak mampu membayar lebihan harga, rumah kampung itu. Bila nenek itu sakit, tidak mampu berjalan, di halau keluar kerana arahan si isteri. Hebatnya anak.
Tolonglah jadi anak yang lebih bertanggungjawab. Jangan tinggalkan ibu mahupun ayah yang dah sakit tua, tidak lagi mampu bekerja. Kalau dulu, ibu bapa kitalah yang membelai, memanjakan kita, menyayangi kita ibarat menatang minyak yang penuh. Tak sanggup melihat minyak itu tumpah walaupun sedikit. Tidakkah kita kasih kepada mereka?
Anak lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar berbanding anak perempuan. Anak lelaki tetap kena jaga ibu bapa walaupun dah kahwin sekalipun mempunyai isteri yang cantik dan jelita. Pentingkanlah ibu bapa. Kasihkan lah mereka, sanggup ke kita tengok ibu bapa kita merempat tidur di jalanan.
Saya lihat perkara itu depan mata saya sendiri. Ya Allah, kenapa kau buang ibu bapa. Mereka juga yang menjadi kan kau kaya dan berjaya. Syurga anak lelaki masih di bawah telapak kaki ibu bukan si isteri.
Banyak harta, banyak isteri yang cantik, banyak segala-galanya tapi tak kan tertanding dengan nilai kasih sayang dari ibu dan ayah.
Semoga kita menjadi anak yang bertanggungjawab dan dijauh dari sifat yang sedemikian.
p/s: Terlalu sedih tengok nenek tu. Siapa pun ibu bapa kita, kita kena jaga dan sayang mereka sampai hujung nyawa.