06 January 2013

Pemain Bola Dunia Hafaz Al-Quran

Assalamualaikum..

Rasanya peminat bola atau kaki bola mesti kenal dengan Abou Diaby ini kan. Abou Diaby ini merupakan seorang pemain bola sepak kebangsaan Perancis dan juga pemain kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal.

Pemain bola dunia hafaz al-quran
Add caption

Apa yang menarik tentang Abou Diaby ini adalah beliau begitu minat untuk mendekati dan menghafal Al-Quran. SubhanaAllah, hebatkan. Beliau sebenarnya mempraktikkan cara hidup sebagai seorang muslim, kerana minatnya yang mendalam terhadap ilmu agama, sains, falsafah dan juga ilmu astronomy.

Menurut Mufti Ibrahim, seorang tenaga pengajar Ebrahim College yang kerap dikunjungi oleh Abou Diaby mengesahkan bahawa pemain bola handalan ini telah pun menghafaz sebanyak 19 juzuk al Qur'an pada ketika ini.

Abou Diaby
Keratan akhbar Berita Harian 6hb Januari 2012

Abou Diaby juga dikatakan amat prihatin mengenai permasalahan umat Islam sejagat terutamanya mengenai isu Rohingya dan telah memberikan sumbangan kewangan yang besar untuk masyarakat Islam etnik Rohingya di Myanmar.

SubhanaAllah, jika pemain bola sepak dunia begini, bagaimana pula dengan penyokong atau peminat bola yang lain. Adakah begini juga?

Reflect pada diri sendiri, dia hafaz 19 juzuk, kita? Sedih dan malu pada diri sendiri.


7 comments:

  1. Assalamualaikum kak Aini. Wan rasa mesti Abou Diaby ni pandai. Kebanyakkan org yg mengkaji Al-Quran bijak. Alhamdulillah & tahniah Abou Diaby! Dan kak Aini, tahniah sebab menjadi seorang blogger yg prihatin! Kak Aini merupakan salah seorang blogger yg Wan kagumi.

    ReplyDelete
  2. Jom join sini :

    http://aimi-wardina.blogspot.com/2013/01/2nd-giveaway-by-aimi.html

    ReplyDelete
  3. kan.. sangat malu sbb kita sendiri yg beragama islam pun masih lagi terkial-kial menghafal.. peringatan tuk diri sendiri.. :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... umm. malu jugak. hafaz.. jauh nya... malunya. =(

    ReplyDelete
  5. @wan namikaze Waalaikummussalam..alhamdulillah kan. Allah berikan hati yang bersih buat dia. Akak pun tak layak lagi dik, Akak kagum dengan adik. Walaupun kecil tapi pemikiran matang. Alhamdulillah..Wan mesti budak yang bijak ni. ^__^

    @adza irdawati hehe..kan mak dara..tak tahu nak cakap apa.

    @luqman zakaria Saya pun. -___-


    @Aimi Wardina ♥ terima kasih, nanti ada masa. insyaAllah, saya join.

    @cci betul kak..saya pun..peringatan untuk diri saya sendiri. Kecil je diri ni.

    @Maria Menado~ Alhamdulillah..hebatkan kak..saya pun malu. Ya Allah, sedih rasanya.

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.