06 January 2013

Segmen : Saya Blogger Dari Negeri...

Assalamualaikum...

FizGraphic Dot Com
Nak join klik banner ye.


Saya rasa dah ramai kot, yang dah tahu saya berasal dari negeri mana. Dah terserlah di bahagian sidebar blog saya ini bahawasanya saya merupakan anak kelahiran negeri Pahang Darul Makmur.

Nak spesifik lagi saya orang Bentong, Pahang. Tak tahu Bentong dekat mana? Sarawak? ehh..itu Betong.. Ini Bentong, kalau anda orang pantai timur mesti tahu kan..duduk di tengah-tengah atau penghubung lebuhraya pantai timur dan juga Kuala lumpur. KL - Karak.

Apa yang menarik tentang Pahang ini. Macam-macam ada. Kalau tempat percutian itu, yang paling dekat dengan saya adalah Bukit Fraser dan juga Bukit Tinggi. Cameron dan Genting pun dekat juga. T__T.. Dari atas jalan rumah saya ni, boleh nampak bangunan Genting. Siap nampak reben warna pink lagi dekat bangunan tu. 

Makanan pula, siapa yang tak tahu Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak, atau dengan kata lainnya Gulai Masam Tempoyak. Famous dekat Temerloh, Pahang.

Lagi?

Nasi Keduli atau Nasi Kebuli.

Pernah makan tak?

Makanan istimewa di Pahang
Nasi ni kalau orang kampung buat,
 biasanya cuma ada nasi dan ayam sahaja. 

Nasi ini memang dekat Pahang je ada. Nasi yang berwarna kuning dan kaya dengan rempah ratus berserta ayam yang di rebus terlebih dahulu kemudian di goreng. Macam nasi ayam, tapi lain sebab kalau makan memang penuh dengan rempah-rempah dalam nasi ni. Nasi ini boleh di dapati di Kuala Lipis, Pahang. Susah nak dapat nasi ni. Tapi kalau anda pergi Raub, Pahang. Memang ada satu kedai je dekat situ. Nasi ini katanya adalah nasi Raja, kerana dahulunya dihidangkan hanya untuk Sultan Pahang.

Ada banyak lagi, yang mungkin anda tak pernah dengar, contohnya Gulai Asam Rom(tak tahu eja betul atau tidak). Gulai ini dia guna buah perah. 

Gulai Asam Rom


Kalau nak tahu lagi, ayuh kita ke Pahang..dan jemputlah sekali join segmen ini ye. Nak join, klik sahaja banner di atas. Selamat Berkenalan Semua.

Tag : Akak Maria
lagi lagi? siapa ye..semua lah.

p/s: dah macam pemandu pelancong dah ni..hehe. T__T


16 comments:

  1. wah mcm sedap je nasi yg kaler kuning tu....boleh buat bisnes ni kalau pandai masak...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum !
    saya terbang dr Selangor..

    http://musyirahariys.blogspot.com/2013/01/saya-blogger-dari-negeri.html

    ReplyDelete
  3. Tag akak!! thanks.....

    akak tau gulai masak tempoyak tu. tapi.. yang lain. ehem. tak tahu. haha..

    tak ade tarikh tutop ni. nanti akak nak join la. hari ni nak BW ajee.. hehe =)

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan.. Zati pun Blogger dari Pahang jugak.. Seronok dapat jenguk ke sini.. Btw, Zati dah follow blog awak ni yea ! :)

    http://izzatisyazwani97.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html

    ReplyDelete
  5. dah follow sini ..
    dari segmen sama.
    http://gadistehoaislimau.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

    ReplyDelete
  6. salam kunjugan dari blogger perak.. :)

    kalau sudi singgah sini jap ye.. :)
    http://hanyadihatiku.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html

    *nasi tu buat akk terliur..ate udoh lapo kan..hehe

    ReplyDelete
  7. Kunjungi sahabat n follow...
    dari segmen yang sama
    http://kharisma-alfath.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

    ReplyDelete
  8. salam

    saya dh follow sini

    saye org terengganu

    dari segmen yang same

    dtg lar jenguk and follow

    http://misszerocinta.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html

    btw , nice blog :]

    ReplyDelete
  9. Jambatan sesak naik feri,
    Sampai jeti tunggu giliran;
    Jenguk sini di malam hari,
    Sambil hulur salam kenalan.

    Berterbangan dari segmen yang sama, singgah di teratak ini & sudah lama FOLLOW sini`;-)

    http://engkumuzahadin.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

    ReplyDelete
  10. Dari Ngeri sembilan datang ke Pahang , Harap Pahang sudi datang ke Ngeri sembilan . XD .

    http://nurhidayah-azami.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html

    ReplyDelete
  11. rasa teringin pula nk rasa nasi kebuli..

    ReplyDelete
  12. jaa datang dari segmen yang sama...heeee... jaa blogger negeri kelantan..selamat berkenalan!

    http://www.jaakechik.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri-kelantan.html

    ReplyDelete
  13. hye orang pahang :D

    ciksu join juga.selamat bersegmen dear..
    dari kedah :D

    jemput singgah sini ;D

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html

    ReplyDelete
  14. hai assalamualaikum
    dtg dari segmen yg sama
    yeen stdy kat pahang ni ^^
    jom terjah ke nogori plk ~
    http://treasurelicious.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

    ReplyDelete
  15. dari segmen yang sama . :)

    http://www.cikfie.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.