27 January 2013

Udang Lipan

Assalamualaikum...

Pernah tak, dengar atau makan Udang Lipan? Selain udang lipan, ada juga yang memanggilnya sebagai Udang Ketak, Udang Mentadak atau Udang Ronggeng.

Nama english nya Mantis shrim. Udang ini ala-ala mentadak pun ada, lipan pun ada. Waktu akak saya beli udang ini dekat Pasar Malam terkejut juga sebab badan dia memang lebih kurang atau persis lipan.

Udang Mentadak, Udang Ketak
Sumber Gambar

Eee..sebiji macam lipan kan, mentadak pun ada. Sesuailah dengan namanya.

Sumber Gambar

Yang ini tak nampak sangat kan gelinya.

First time makan udang ni, memang sedap sangat. Isi dia sama macam udang biasa. Tapi rasanya macam rasa isi ketam, sotong pun ada. Betul, tak tipu. Udang ni memang ramai kot, tak makan sebab nama dan rupa bentuknya yang seperti lipan. 

Sebenarnya, cukup di potong ekor dan kepala, rasanya dah okay, mesti lepas punya makan. Janganlah bayang yang tak patut. hehe..tapi umi memang tak makan, nak tengok pun geli. Umi kata nak termuntah. huhu..Pertama kali dengar umi cakap macam itu.

Sumber Gambar

Tapi berdasarkan selera saya yang memang agak memilih ini, saya kata udang ni sedap. Saya rasa, saya di dalam kalangan orang memilih makan sebab saya tak makan ikan keli, harun, dan spesis-spesis ikan sungai. 

Bukan apa, memang tak makan. Nak telan tak lepas, hanyir ikan sungai kuat sikit kan. Dulu-dulu selalu sangat memancing ikan sungai dengan arwah ayah dan umi. Memang paling suka memancing tapi tak suka makan. 

Orang kata rugi kan tak makan ikan keli sebab sedap. Bagi saya tak pun sebab tak boleh nak makan. Lagi satu, badan dia licin..hohoho..entah apa-apa, entah alasan. Ustaz saya dekat sekolah dulu pun kata dia tak makan ikan haruan, sebabnya ustaz saya kata, muka dia hensem sangat..hehehe. 



p/s: Anda semua pernah makan tak, udang ni?


20 comments:

  1. Wahhh dah pernah makan. Ada satu resipi yang mak saya pakai untuk masak benda alah ni dan memang sedap. Hehee sepinggan tak cukup

    ReplyDelete
  2. tak pernah tapi pernah tengok secara live depan mata, terasa takut nak makan... errkkk ! hehehe

    ReplyDelete
  3. wah tak pernah makan lg ni....pelik betul bentuk dia...

    ReplyDelete
  4. waahh.. first time lissa nampak udang macam nii.. >.<

    ReplyDelete
  5. comel, tapi macam seram je nak mkn . gullpp.

    ReplyDelete
  6. pernah...
    ayah akak klu pergi ke laut dapat udang ni, masak ngan maggi sedap...

    **nak email detail kat aini, tapi tak da email aini

    ReplyDelete
  7. Salam adik..
    Akak pernah makan udang ni, tapi dah lupa rasanye. hehehehe
    P/S : akak suke udang galah yang sepit biru! hohoho

    ReplyDelete
  8. @Irwan Alessa Eee..kalau tengok dia hidup memang tak makan kot..hehe..lagi2 dia gerak. Tapi serious first time makan rasa dia sedap.

    ReplyDelete
  9. @Hatimi Tahirruddin kan..pelik kan..saya pun baru first time nampak dan makan.

    ReplyDelete
  10. @ASYRAF LAZIM hehe..memang seram sebab bentuk dia gitu..tapi bila makan sedap. Akak pun first time cuba makan n tengok.

    ReplyDelete
  11. @MAZLIZA ABD RAZAK Ohh..ye ke..menarik. Nanti saya bagitahu dekat blog akak ye.

    ReplyDelete
  12. @nea lopah hehe..akak kalau yang sepit biru tu saya rasa semua suka..hahaha..sedap sangat tu.

    ReplyDelete
  13. ikan haruan? ensem.? hehe.. kelakar lah ustaz tu... hehe. dulu akak pon xmakan, tapi sekrg hantu iikan. hehe.

    udang lipannn tu menakutkan la.. ehehheeh.

    ReplyDelete
  14. yeahhh udang lipan..ain suka mkn lagi kalo yg ada telo perghhhh...

    ReplyDelete
  15. suka makan udang ketak nie. hee. sangat sedap. selalunya, mak cik fiza akan rebus je udang ketak nie. pastuh makan macam tuh je. berebut2 makan dgn famly. tuh yg makin sedap. hee :DD

    ReplyDelete
  16. dulu, hari2 makan udang lipan neh. huhuu saya suka kalau yang ada telur tuh cik aini! sedap sangat ermmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  17. ehh bella tak pernah makan lagi udang spesies macam ni ? scary sikit kalau tengok gambarnya . sedap eh kak ? nak pujuk mak suruh beli la . hihik . bella takpernah makan ikan keli . tak tahu rasa dia cemana . hanyir eh kak ?

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.