28 February 2013

Segmen: Follow Sambil Tutup Mata By Lia Abdillah

Assalamualaikum...


Oleh kerana saya di tag oleh akak +nea lopah ku sayang maka saya pun join lah segmen ini..hehe. Sangat comel kan nama segmen ni. Siap ada bear bear, yang tutup mata. Tak tahu kenapa dia tutup mata. Malu kot.

Kalau nak join boleh lah klik banner di atas ye. Tarikh tutup pun lambat lagi. Bolehlah blogwalking slow-slow.


dan sesiapa sahaja yang nak join. Jom-jom. Jemput join ye kalau tak busy. ^___^


Jambatan Cyberjaya Runtuh

Assalamualaikum...


PUTRAJAYA: Jambatan Cyberjaya menghala ke Aman Putra yang bersempadan dengan Cyberjaya dan Putra Perdana runtuh kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Balai Polis Dengkil mengesahkan terdapat laporan dibuat mengenai runtuhan itu sebentar tadi.

Katanya, jambatan berkenaan sudah lama ditutup untuk lalu lintas kenderaan lebih sebulan lalu.


Sila guna laluan alternatif lain seperti keluar melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki Lebuhraya Lembah Kelang Selatan, SKVE untuk ke Putrajaya/Cyberjaya.

Anda boleh juga merujuk peta oleh PLUS yang digunapakai ketika kerja-kerja pembinaan jambatan Putrajaya Link dilakukan

Macam mana boleh runtuh ye?


Errr?



Saya Menang Motor

Assalamualaikum...

Dalam keadaan browser saya yang asyik redirect tu tadi kan, saya sempat terbaca dua komen. Mula-mula komen dari adik Nabeel.



Tahniah? Eh..Akak menang motor ke? hehe..sebab saya tak nampak, adik Nabeel komen di entry mana. Ya lah sebab problem asyik redirect je.

Kemudian masuk, pula komen Kak Mia. Tahniah..ohh..baru faham..hehe.




Yes..Alhamdulillah. Saya menang Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com.



Link blog saya di no 15. Terima kasih Kak Mia. Tak sangka boleh menang. Terharu sangat-sangat. Lap air mata..hehe. Betul, sangat terharu. Sayang Kak Mia. Blog Kak Mia memang ada dalam bloglist saya dulu, kini dan selamanya. Semoga Kak Mia panjang umur dan murah rezeki.

Terima kasih pada adik Nabeel juga. Terharu, banyak terharu ni. Terima kasih sebab maklumkan pada akak. Terima kasih adik. Semoga adik, dapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk SPM tahun ini ye. Terima kasih pada semua juga. Saya rasa macam saya dah menang motor. hehe.

Saya tidur pagi ini, dengan senyuman..hehe. Terima kasih, terima kasih. ^______^


Dia buat hal pula dah...

Assalamualaikum...

Tak tahu kenapa, tiba-tiba datang penyakitnya..browser chrome saya ni buat hal. Setiap kali nak buka dashboard, dia redirect ke website ini.


Ingatkan blog saya lah yang kena malware. Rupa-rupanya, bukan blog tapi browser ni haa kena malware pula dah. Sakit hati sangat, sebab dah tulis komen panjang-panjang redirect, nak buka blog, new tab, redirect. Tertekan tahu tak..hehe..rasa nak uninstall je chrome ni. 

Tapi oleh kerana berfikiran waras, dan malas nak kena buat kerja banyak kali install chrome ni (dah lah line slow kan, nak install lagi sekali memang cari nahas lah) maka saya carilah jalan penyelasaian. Tapi dekat web, tak banyak caranya. Penat buat, tak jadi-jadi. Lastly, terfikir nak buang bookmark, disable adds ons, clear cache dan segala mana yang patut. 

Alhamduillah baru lah selesai. Dapatlah saya blogwalking dengan tenang dan yang paling penting nak cari maklumat buat assignment pun tak terganggu. Susah kan, kalau software kita buat hal. Lagi-lagi Adobe buat hal. Laptop buat hal, lagi lah nak menjerit kan. Okay, tipu. 

Tak lah menjerit, tapi sunyi dan sangat tekanan..hehe..sebab tak ada hiburan. Ya lah, duduk di kolej tak ada peti television dan lagi satu assignment tertangguh lah. Lagi sedih..hoho. Menangis bawah bantal, sebab tak dapat buat assignment. Pernah ke? hehe. Kos kami, tak boleh hidup tanpa laptop. Tak ada laptop, tak ada lah markah kami. 

Jadi sentiasa akan keluar ayat-ayat manis dari mulut kami, memujuk laptop agar jangan buat hal, lagi-lagi time nak dekat final assessment.

"Sayang-sayang, sayang jangan buat hal ye,saya sayang sangat kat awak ni." (sambil ketap gigi dan usap-usap laptop ni)

Hehe..bukan gila, tapi kami tak nak laptop ni merajuk. Cuba marah dan maki laptop anda bila dia buat hal, mesti lagi dia bertambah merajuk. hahaha. 

p/s: Ish ish ish..kesian..tertekan semuanya. T____T

27 February 2013

Bergurau Ada Batasnya

Assalamualaikum...

Bergurau ini boleh. Kalau tak ada gurauan, hidup kurang ceria pula kan. Tetapi bergurau ni tetap ada batasannya. Jangan kita main redah je. Walaupun sekadar bergurau tapi kita kena tahu manusia ini ada hati dan perasaan.Ya, kita bebas untuk berkata-kata tapi jangan sampai kata-kata kita ini boleh mendatangkan mudarat kepada orang lain dan juga diri kita sendiri.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya "Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !" (Riwayat Abu Daud)

Niat pada asalnya untuk bergurau senda  bertukar menjadi pergaduhan, dendam dan sebagainya.


"Eleh..bergurau sikit pun tak boleh"

"Kau, janganlah ambil hati. Dia bergurau je tu"


Kecekalan dan kekuatan hati itu berbeza, jadi janganlah kita dengan mudahnya mengatakan "Oh, tidak mengapa, aku bergurau sahaja". Nama ayahnya, Don. Digunakan nama Don itu untuk dibawa gurau. Adakah nama ayah boleh di bawa gurau? Adakah soal jodoh, maut boleh di bawa gurau? Merendah-rendahkan orang lain? Bergurau.

Nak bergurau silakan, tapi janganlah melampaui batas. Ada adab bergurau yang di gariskan dalam Islam :

  • Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a.w.
  • Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
  • Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
  • Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
  • Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
  • Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
  • Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
Sumber : Mstar Online(Diterbitkan oleh Jakim)

Perkataan kita mencermikan peribadi kita.

p/s:  Saya hanya hormat pada orang yang boleh hormat orang lain. Saya akan jadi orang yang sangat-sangat kurang ajar, kalau orang itu kurang ajar. Makanlah di pinggan yang saya makan, barulah dapat rasa masinnya, manisnya, pedasnya dan pahitnya. ^____^


Auto Publish

Wordless Wednesday #12 : Susah Senang

Assalamualaikum...


Ya atau tidak? Sila tekan buzer anda. 

Auto Publish

26 February 2013

MEGA GIVEAWAY by DJH

Assalamualaikum...





Jom join sekali, sambil tu boleh support rakan blogger kita ni iaitu Diari Jejaka Hangat. Hadiah pun gempak-gempak dan memang kebabom lah. Nama pun Mega Giveaway kan. Kalau nak tahu hadiah apa, bolehlah serbu blog beliau.

Kalau nak join, klik banner di atas ye. Tarikh tutup : 25 Mac 2013. Tapi kalau dah lebih daripada 80 peserta, kemungkinan GA akan di tamatkan lebih awal.

Semua boleh join ye..Cepat-cepat. ^____^

Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang

Assalamualaikum...

Atas permintaan kakak ku sayang. Maka saya bagi lah tips ini..hehe. Saya pun tak lah banyak mana dapat CPUV ni. Sekadar untuk berkongsi tips je. Ini untuk kak +Mar Haini Abdul Rahim, Kak Okje, Adik Nabeel dan juga sesiapa sahaja yang nak tahu. hee.


Pihak advertiser yang berhak memilih untuk beriklan di blog anda ye bukannya Nuffnang. CPUV ini bermaksud Cost Per Unique Visitor, iaitu pengiklan bayar kos iklan di blog anda berdasarkan kepada jumlah pengunjung unik ke blog anda.

Semakin tinggi pengunjung unik datang ke blog anda, khasnya pada waktu iklan itu di siarkan (macam tv pula dah), maka semakin tinggilah ganjaran atau bayaran yang anda terima. Faham dok? Belit-belit doh ni..hehe.

Tips nak dapatkan CPUV dari Nuffnang

     1. Rajinkan diri untuk update blog


Sekurang-kurangnya update lah blog  2-3 kali seminggu, kalau lebih, itu lagi baik. Pihak Nuffnang, akan beri keutaman kepada blog yang rajin update berbanding blog yang tidak di update.

     2. Update survey dan juga blogger profile/bio.

Selain itu, rajin-rajinkan lah diri anda untuk update survey di web Nuffnang. Survey ni penting sebab dari situlah advertiser ini tahu, kategori blog anda, kekerapan anda update blogpelawat anda siapa, dan lain-lain lagi. 

Dekat mana nak update survey tu?


Sign in account Nuffnang -> Manage My Blogs -> Survey -> Update Survey

Pilihlah yang mana yang patut ye. Oh ya, jangan lupa update juga blogger profile/bio di nuffnang ye. Di bahagian atas, drop down menu dan pilih profile setting.

      3.  Hantar tiket pada Nuffnang

Dah selesai update blog, update survey itu semua. Maka rajin-rajinkan diri yang tak rajin macam saya ini untuk menghantar support ticket kepada Nuffnang. Bukan tiket concert ye. Support tiket ini, macam-macam fungsinya, antaranya nak tanya, kenapa blog saya tak dapat-dapat CPUV lagi ni. Sedangkan saya ni rajin orangnya..hehe.. Ya, anda boleh menghantar tiket sedemikian, supaya pihak Nuffnang sedar akan kewujudan blog anda.

Tanyalah apa-apa pun, asalkan ianya berkaitan dengan Nuffnang dan iklan di blog anda.

Nak hantar dekat mana? Cara menghantar tiket kepada nuffnang



Okay, cara nak hantar tiket, pergi ke http://www.nuffnang.com.my/help, kemudian pilih mana-mana yang berkenaan dan tekan next dan isilah support ticket anda dan submit. Selasai? Tunggu pihak nuffnang membalas pertanyaan anda ye.

       4.  Kekalkan trafik blog anda.

Seterusnya, salah satu cara nak dapatkan CPUV ini juga adalah dengan mengekalkan  UV atau Unique Visitor ke blog anda dalam satu-satu masa. Contohnya, dalam satu hari sekurang-kurangnya 200 pengunjung unik singgah bertamu, di blog anda yang cantik, cute, miut itu. Dari situ, ianya boleh menarik minat advertiser untuk beriklan di blog anda. Kalau tak, rugilah dia kan.

Nak kekalkan trafik ini, caranya join segmen, giveaway, contest, blogwalking, dan ping kan entry anda di laman sosial.  Kalau ada duit lebih boleh juga anjurkan segmen dan lain-lain. Jangan lupa juga untuk menukar profile anda ke Google+ ye, sebab dekat situ je dah boleh naikkan trafik.

     5. Letakkan iklan di posisi yang betul

Sebaik-baiknya letakkan ketiga-tiga unit iklan nuffnang di blog anda. Satu di posisi atas, iaitu di bahagian header (hehehe..ini yang saya tak buat..), di bahagian sidebar dan juga di bahagian bawah entry blog

Itulah serba sedikit tips yang dapat saya berikan. Untuk lebih lanjut, bolehlah hantar tiket pada Nuffnang ye. Selamat mencuba dan semoga di murahkan rezeki oleh Allah untuk semua. Amin Ya Rabbal Alamin. ^___^


CPUV Pertama Tahun 2013

Assalamualaikum...

Hohoho..disebabkan ramai yang update pasal ni. Saya pun nak juga..boleh tak? hehe. Sebenarnya dah dapat 18hb hari tu, lupa nak buat entry, sebab terlebih excited.

Ya lah, orang lain dah dapat awal-awal tahun lagi kan, tapi saya masih terhegeh-hegeh menunggu cempedak jatuh ke riba. Maklumlah blog cabuk. Akhirnya, penantian berakhir, apabila pada 18hb saya menerima CPUV pertama untuk tahun 2013. Alhamdulillah.

Taraaa...


Nanti rajin-rajinlah datang blog saya ye. Terima kasih Nuffnang, terima kasih pada semua. Sayang pada semua. ^___^


p/s: Orang kata, kalau kita tak update blog, lagi banyak CPUV kita dapat. Memang betul pun rasanya sebabnya tahun lepas, waktu sebulan saya tak berblog, 2-3 CPUV saya dapat..hehe..Jadi? Selamat Tinggal blog. T____T


Bible 1,500 tahun | Tertulis Nama Muhammad

Assalamualaikum...

Sumber

SubhanaAllah, terkedu dan naik bulu roma saya ketika membaca cerita ini di blog Nabilabiela. Mereka menyembunyikan kebenaran.  Seperti mana yang kita tahu, New Testament (Bible) yang sedia ada sekarang telah di ubah oleh tangan-tangan manusia yang mementingkan kedunian.

Gospel atau bible asal yang ditemui di Turki ini mencatatkan bahawa Muhammad S.A.W merupakan Rasul yang terakhir.  Pihak Vatican telah membuat permintaan secara rasmi kepada Kerjaan Turki, Ankara, Turki, bagi mengkaji Kitab Bible yang sudah berusia 1500 tahun, dan bernilai $28 million ini. 

Pihak Vatican berharap agar mendapat peluang untuk mengkaji dan menyiasat secara mendalam terhadap kitab bible tersebut. Namun, kitab ini di kawal ketat di bawah Turkey's Ankara Ethnography Museum.

Mungkin ada daripada mereka yang telah mengetahui kebenarannya tapi kerana terlalu cintakan dunia, demi untuk kepentingan diri sendiri, mereka itu sanggup menyembunyikan kebenaran dan membutakan hati mereka pada kebenaran yang jelas lagi nyata. 

Bukti kekuasaan Allah. Tiada siapa yang dapat menyangkalnya. Allahuakbar.


Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli

Assalamualaikum...



Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli.. 


Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..


# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini Eraz Fadli kreditkan kepada blogger Mia Liana.. 

Ucapan selepas bersin

Assalamualaikum...



Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda :

“Sesungguhnya ALLAH suka pada bersin dan benci pada menguap. Apabila salah seorang di antara kamu sekalian bersin dan memuji ALLAH Ta`ala (membaca Alhamdulillah), maka adalah tuntutan ke atas setiap muslim yang mendengarnya mengucapkan: ”yarhamukallah يَرْحَمُكَ الله” (semoga ALLAH merahmati kamu). Adapun menguap, maka itu berasal dari Syaitan. Apabila salah seorang di antara kamu sekalian menguap maka ia mesti menahannya sekuat tenaga, kerana apabila ada salah seorang di antara kamu sekalian menguap, maka Syaitan mentertawakannya.”(HR al-Bukhari)


Sementara orang yang mendengarnya hendaklah mendoakannya dengan menyebut Yarhamkallah (bagi lelaki) atau Yarhamkillah (bagi perempuan). Dan sunat pula bagi orang yang bersin itu menjawab dengan ucapan Yahdini wa yahdikumullah (semoga Allah memberi hidayat kepadaku dan kepada kamu semua).

Kita juga dianjurkan supaya tidak meninggikan suara serta menggunakan kain untuk menutup hidung dan mulut ketika bersin. Bersin ini baik untuk kesihatan kerana buang segala benda-benda asing. Jadi jangan tahan-tahan. Tetapi kalau menguap,haa..itu seboleh-bolehnya kita kena tahan sekuat hati.


Auto Publish

25 February 2013

Jarang bertuah

Assalamualaikum...

Siapa yang macam saya juga? hehe..kalau ada cabutan bertuah ke tercabut tuah ke mesti nama atau nombor tak mengena. Susah sangat nak mengena. Pernah tak, pernah tak?

Hari tu duduk berborak dengan umi, kakak dengan adik. Bercerita pasal bertuah ni lah, dalam keluarga saya ni, yang selalu dapat hadiah bertuah, cabutan bertuah, arwah ayah seorang je..Hehehe..betul, murah rezeki arwah ayah dulu. Apa-apa je, mesti terkena nama atau no ayah.

Waktu saya sekolah dulu pun, ustzah saya cakap.

"Kalau bab-bab cabutan bertuah ni, ustazah pun kurang bertuah"
Ustazah saya cerita, cikgu yang selalu  bertuah ini adalah Cikgu Norseha, cikgu Pendidikan Jasmani kami. Apa-apa cabutan, hari Keluarga, hari guru, atau apa-apalah, Cikgu ni mesti menang hadiah cabutan bertuah. Sungguh-sungguh bertuah ni. Alhamdulillah..murah sungguh rezeki cikgu.


Sekadar gambar hiasan.

Sedih pula dah rasanya, susahnya nak bertuah ni. Sobsobsobs.. Sikit....sikit lagi, sipi-sipi lagi nak kena nama atau no kita, tapi..alah..tak kena lah pula(macam main loteri pun ada, ehh..jangan haram.) Mungkin ada tuah kita, tapi dia main sorok-sorok. Jadi apa kata kita, keluarkan dia dari tempat dia menyorok. Jom kita amalkan satu doa, iaitu doa murah rezeki.


Selain itu, dengan mengamalkan zikir asma ul-husna juga boleh membuka rezeki kita. Ya-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki, yang mana apabila di zikir kan mengikut kemampuan, sesudah solat fardhu khususnya subuh. 

InsyaAllah, akan dipermudahkan oleh Allah untuk mendapatkan rezeki yang halal dan membawa berkat dan juga rezeki yang datang tanpa di duga. Tetapi perlulah di lakukan dengan ikhtiar yang zahir. Maknanya doa pun doa, usaha pun usaha. Banyak lagi amalan-amalan untuk di murahkan rezeki. Boleh rujuk sini.


p/s: Jom amal sama-sama, mana tahu tup-tup "ada rezeki, terpijak di kaki"..hehe. Rezeki dari Allah tapi kita kena usaha juga kan. Siapa di sini yang senang menang cabutan bertuah? 

24 February 2013

Tak sedar diri!!

Assalamualaikum...

Hari ini dah masuk hari Ahad ye? Tak sedarkan diri. Cepat sangat masa berlalu kan. Kenapa cuti hari minggu sekejap sangat ye..hehe. Orang bagi betis, dia nak peha pula dah. Tak bersyukur betul Aini ni.

Dah stop bab itu, masuk bab lain.

Fenomena dunia crepe dah berlalu kan. Tapi saya tak pernah makan pun. Puas saya cari, tapi tak jumpa pun. Pelik betul. Sadisnya. Ada juga tengok orang jual online durian crepe ni, tapi tak nak lah beli makanan macam tu secara online. Tak best kan.


Ahh..gebunya..tergoda nak makan. T_____T.
Gambar ni culik dari blog Kak Hanida. Hehe.
Beberapa hari yang lepas, Kak Tasha Shilla opss...bukan, Kak Hanida(Kak Hanida muka macam Tasha Shilla..hikhik..betul okay. Cepat serbu blog akak ni.) pula dah ada post pasal durian crepe ni. Kebetulan waktu tu dalam otak ni terbayang durian crepe, buka-buka blog, alamak Kak Hanida tunjuk gambar durian crepe yang gebu. Aduh..sungguh cari pasal. Ampun.. kak, ampun.


Saja nak goda diri sendiri, sebab tu letak gambar banyak-banyak. 
Sebagai tanda protes, tak dapat makan, saya simpan je lah gambar durian crepe dalam folder..hehehe. Kot-kot rasa lapor, terliur, saya tataplah gambar tu. Silalah percaya..hehe..Nampok benor nipunya. Tapi kenapa ye, tempat saya tak ada pun jual benda ni. Ke saya tak jumpa. Selalu je pergi KL, pun tak jumpa. Perak pun tak jumpa. I "ulang alik" ke sana ye. Hampaaaaa....


p/s: Waktu tulis entry ni..tertelan air liur tengok gambar durian crepe tu..hekhek.. Sila abaikan. T___T

23 February 2013

Segmen Template Siapa Paling Cantik

Assalamualaikum...


Jom support adik manis ni punya segmen, segmennya mudah je. Copy paste, follow, like. Siap. Kalau nak join boleh, klik banner di atas ye. 


p/s: Dah lama follow cik fie. ^____^



Segmen header siapa paling awesome part 2

Assalamualaikum...



Saya mempertaruhkan header saya untuk segmen ini..Hehe..Bukan taruh ayam ye. Disebabkan header saya besar gedabak, maka untuk kelihatan lebih jelas, sila lah tekan ye gambar tu. Siapa nak join juga boleh klik sini ye

Jom ramai-ramai join segmen simple ni tapi hadiahnya awesome. Mana tahu ada rezeki awak-awak semua. ^____^



Arwendanish GA FM Aussie

Assalamualaikum...



Cantikkan Fridge Magnet dia. Kalau nak join klik banner di atas ye.
 Tarikh akhir 28/02/2013

Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum...



Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?


15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Sedih dan Gembira

Assalamualaikum...



Saya selalu ingatkan orang..tapi saya pun selalu lupa..hehehe..Jom ingat sama-sama. ^___^

22 February 2013

Saya nak header doodle part 1

Assalamualaikum...


Di sebabkan tergoda tengok banner di atas yang sememangnya cun melecun. Jadi saya nak join..hehe..hadiahnya header doodle. Ehh..ada part-part ke Kak Dysha? hehe..kalau ada banyak part, semua part saya nak join. Nak bolot semua. Okay, fine, tengah tamak ni. 

Nak join klik banner di atas, tarikh berlangsung selama 2 hari sahaja. Cepat-cepat sebelum terlambat.


Orangnya baik, tapi cakapnya straight.

Assalamualaikum...

Hehehe..baca tajuk dekat atas tu ada yang tersentap tak? Pernah tak jumpa orang macam tu? Orangnya baik, tapi kalau dia cakap, atau komen apa-apa straight to the point. Hehehe..kelakar sebenarnya orang macam ini. Saya tak pernah jumpa lagi orang macam tu sebelum ini.

Rasanya dia, memang orang paling jujur di dunia. Misalnya, dia cakap benda itu cantik, dalam satu masa dia straight cakap," Tapi besar kebabom lah pula." Tak pun.."Cantik, lebih cantik daripada yang hari tu, hari itu besar sangat tak sesuai langsung." Err..Nampak caranya lembut, tapi cakapnya pedas. Ya lah, kalau orang itu kita rapat dan kenal tak apalah kan, ini yang dia baru kenal pun dia cakap lepas.


Ada je jumpa orang yang cakap lepas, tapi bukan macam dia. Dia lain..Memang first time jumpa, saya cakap dalam hati "Woow, amazing"..hehe. Kalau kita nak komen, misalnya..kalau cakap berlapik "cantik tapi apa kata awak kecilkan bahagian ini sikit." Saya tak tahu nak terang macam mana, tapi bagi saya dia memang lain dari yang lain. Dia tak laser tapi jujur terlebih. Bukan jadi dekat saya ye, dekat kawan saya. Saya cuma lihat dan dengar sahaja. Saya dengar, saya ketawa, saya senyum, saya geleng-geleng kepala.

Hehehe..mesti orang cakap. Eleh Aini, benda itu pun hairan ke? Ada je ramai orang macam itu.

Ohh..ye? Maaflah tapi saya tak pernah jumpa. Hehe.. Sedih betul saya ni, rasa macam duduk dalam gua pun ada. Memang tabik spring orang macam ini tapi dalam satu masa, sikapnya boleh buat orang terasa..hehe..Tapi benda betul jangan ambil hati kan, jadikan sebagai panduan. Think positif.

Orang yang jujur adalah orang yang paling berani dan juga yang paling hebat. 

Lawak!!

Assalamualaikum...




Motif : Tak ada kerja, plus menghiburkan hati..hehehe.



Hari Biru, Hari Jumaat

Assalamualaikum...

Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar  ini merupakan Naib Canselor UiTM.
Beliau sangat berjiwa pelajar. Ayahanda kami. 


Rindu dekat arwah ayah. Setiap kali hari Jumaat, ayah pergi solat Jumaat memakai baju melayu warna biru muda. Ayahlah paling hensem, comel, dan juga penyayang.

Rindu dengan bau ayah, rindu nak lihat ayah memakai baju melayu warna biru tu. Warna kegemaran saya. Rindu dengan deruan motor ayah pergi dan balik dari solat Jumaat. Ayah duduk di kerusi bercerita kepada kami, tentang kutbah Jumaat yang ayah dengar tadi. Saya rindu dengan semua itu.

Salam Jumaat, Jumaat bagi saya hari warna biru, hari ketenangan. Peace..Pergi Solat Jumaat cepat-cepat. Dengar khutbah Jumaat, ingat dan balik rumah cerita dekat anak-anak, adik-adik, kawan-kawan dan semua orang ye. Ilmu bertambah, ingatan pun kuat. ^______^


Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui

Assalamualaikum...

Setiap apa yang kita buat dekat dunia ini pasti akan ada balasan. Tak kira kecil atau besar. Ingatlah dekat dunia ini kita duduk sementara je, ingatan untuk diri sendiri juga yang selalu leka dengan dunia.

Allah itu Maha Melihat apa yang tersembunyi dan tertutup. Kita tak boleh nampak, tapi Allah boleh nampak. Allahhuakbar. Engkau Mengetahui apa yang sudah berlaku, dan bakal berlaku.


Seperti kata imam Syafie :

Aku Mampu Berhujah Dengan 10 Orang Yang Berilmu, Tetapi Aku Akan Kalah Dan Tewas Kepada Seorang Yang Jahil Kerana Mereka Tidak Mengetahui Akan Landasan-Landasan Ilmu" 


Jumaat Hari Yang Indah. Penghulu segala Hari. Kepada para lelaki, pemimpin duniawi, tunaikan kewajipan mu untuk solat Jumaat. Lebih 3 kali tak pergi solat Jumaat tanpa keuzuran, maka tertutuplah hati kita. Ayuh, Lelaki budiman. Solat Jumaat. ^______^ Para bidadari syurga, wanita-wanita yang solehah, InsyaAllah...Kita solat zohor di rumah. hehe..

Hari Jumaat, Hari Paling Tenang, Hari Paling Gembira? Hari paling Bersejarah. Kenapa? Cuba teka?

Auto Post

21 February 2013

Keadaan sekarang...

Assalamualaikum...




Biarlah ianya berbicara sendiri. 

Upacara pembatalan air sembahyang?

Assalamualaikum...

Selalu dok kita dengor? Selalu kan.


Hehehe...kelakor UAI. Waktu saya kecil, saya pun pelik, saya selalu fikir, upacara pembatalan air sembahyang ni kena kentut dulu lah ye..Hehe, betul, sebiji macam UAI tu cakap.


Kawan dari sekolah lama saya, waktu tingakatan 2, bakal membina masjid tak lama lagi. Tahniah buat Nor Azra binti Hamdan dan pasangannya Abdul Nasir bin Syed Maiden. 

Selamat Pengantin Baru, moga redha Allah bersinar selalu. Semoga dipermudahkan urusan perkahwinan awak. Dan tak lupa juga doa saya, semoga awak dan pasangan berkekalan sehingga ke jannah. Amin Ya Rabbalalamin.

InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang, saya pun nak pergi serbu makan nasi minyak. Makan, makan juga, tapi hadiah pun kena bawa kan. Hadiah apa ye yang paling best? Nak bagi pada pengantin baru ni. Cer bagi cadangan. Harga belakang kira..hehe..


p/s: Tiada lagi secret admire ku yang kahwin..hohoho. Gurau-gurau..Ini semua poyo.  ^____^

20 February 2013

UNIC Records - Ikramul Kareem (Lyric Video)

 Assalamualaikum...




Sekadar perkongsian, saja nak kongsi dengan semua kerana lagu ini begitu indah rentak dan liriknya sehingga sungguh-sungguh menawan kalbu ku. Memuji Sang Pencipta, sama dengan zikir taubat. Cuma di perbaharui. 100 kali bertambah-tambah best dari yang sebelumnya. Sedang hati rasa sangat sedih, rasa tenang bila mendengar. Jom sama-sama dengar



Wordless Wednesday #11 : Express or Slow

Assalamualaikum...


MasyaAllah, indahnya Islam. Allah sayangkan kita sebab itu, Dia selalu suruh kita solat dan berdoa. Bukan untuk sesiapa tapi untuk kepentingan diri kita juga. ^____^ Baiknya Allah kan.


p/s: Saya pun selalu je express. Jom sama-sama, kita perbaiki. ^____^


Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool

Assalamualaikum...


Big GiveAway by CikguFizi, Fizgraphic.com, 


Akhirnya dapat juga buat entry untuk GA ini..hehe..sedikit busy, takut buat entry cincai-cincai. Terima kasih kepada Kak Dysha juga, sebab tag saya..Hehe..tahu-tahu je akak yang saya memang nak join GA ni. 

Bagi melangsaikan gundah gulana kerana takut terlambat join Big GA ini maka dengan ini saya istiharkan, diri saya sendiri untuk join GA ini. Saya juga ingin mengishtiharkan bahawa saya ingin "mengetag" (maaf cikgu bm, bukan salah cikgu mengajar..hehe..salah saya terajar) Cik +Sue Pelik ku sayang yang pelik tapi unik, berserta adik manis santun orangnya untuk memeriahkan majlis. Jangan main renjis-renjis.  T____T

Hadiah GA ini pun gempak-gempak habaq hang. Nak terkeluar biji mata. Nasib baik mata I ada spring. Tolak-tolak dia masuk balik. Sponsor dia berapa orang je tapi hadiahnya bertambung-tambung macam durian baru masak, berbau harum, enak di makan. Dah lama tak makan durian..dah bukan musim dia kan. Dari dulu cari durian crepe. Tapi saya tak pernah jumpa dan tak pernah makan. Kesian betul. Ehh..melalut sudah. Kita cerita lain entry.

Jadi kepada sesiapa nak join, boleh klik banner yang awesome di atas tu ye.

p/s: Kepada Cikgu Fizi, Selamat Hari Jadi. Semoga Panjang Umur dan dimurahkan rezeki. Anda pula faham tak maksud perkataan bertambung-tambung?


Wordless Wednesday #10 : Baju Adik

Assalamualaikum...



Hehe..comel angat aiih..adik dia tu. Kalau sayang kita "tangan-tangan" kan. Sayang itu bukan setakat dekat dunia, tapi juga untuk di bawa ke syurga. InsyaAllah. 

p/s: Tegurlah saya kalau saya ada buat salah, kalau dalam blog ni mungkin cara penulisan saya. Penyampaian saya. Tutur kata saya. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri.


Tunang Fizz Fairuz Isteri Orang

Assalamualaikum...

Baru-baru ini kita di kejutkan dengan Fiz Fairuzz bertunang kan, bukannya dengan Almy Nadia, tapi dengan gadis kenalannya setahun yang lalu. Mungkin ramai dah tahu kan.


Tapi yang mengejutkan lagi, apabila..di khabarkan, Tunangan Fizz Fairuz, Isteri Orang? iaitu merupakan isteri kedua kepada seorang usahawan. Fizz Fairuz pun dapat tahu perkara ini daripada adik tunang dia tu, sendiri. Dikatakan juga, Fizz Fairuz bagaikan terkena sihir cinta.

Astaghfirullahalazim.. Terkejut kan dengar. Saya ingat siapa, rupanya Fizz Fairuz. Itu pun dengar dalam MHI. Nasib baik baru bertunang, itu pun dah tak tahu nak cakap apa. Memang satu perkara yang memalukan bagi keluarga Fizz Fairuz. Walaupun dah berkenalan satu tahun, Fizz pun tak tahu bahawa bakal tunangnya itu isteri orang. Semoga Fizz Fairuz sekeluarga tabah menghadapinya.

Semoga perkara ini juga menjadi pengajaran buat kita, kenali siapa pasangan kita, keluarga dan latar belakangnya terlebih dahulu. Macam-macam boleh jadi sekarang. Dan jangan tak percaya pula, memang ada yang terkena sihir cinta. Memang cinta itu buta. Kerana ianya tak bermata. Tapi jangan kita butakan hati kita dengan cinta yang dah sedia buta.

p/s: Pelakon Malaysia yang saya suka, Fizz Fairuz dan Almy Nadia je. T____T Boleh cari akhbar Metro untuk keterangan lanjut.


IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013

Assalamualaikum...



Kalau nak join klik banner di atas ye.

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :


1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry.
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. hihii


TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2013
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.

19 February 2013

Kadar kelembapan yang tinggi.

Assalamualaikum...

Kelembapan di atas bukanlah merujuk kepada kain yang basah akibat terkena air hujan mahupun lampin pakai buang tapi tahap kelembaban berukband..yang mengalahkan siput-siput babi antarabangsa. Kesian siput babi, bila marah selalu binatang yang jadi mangsa. Apa salah dia. sobsobsob..

Oleh kerana tahap kelembaban berukband ini berada di tahap bahaya, maka saya memberhentikan seketika proses-proses blogwalking. Maaf sangat-sangat kalau saya tak dapat tinggalkan jejak di blog anda.

Baca je boleh tapi nak komennya tak dapat. Sedih betul, sedap-sedap nak tidur, orang tarik bantal. Macam itu lah boleh di ibaratkan situasi saya. Seronok-seronok baca entry, nak komen tak lepas. Kadang-kadang nak buka blog pun tak lepas, loading memanjang. Nampak tajuk entry je, isinya tak ada.

Kalau tambah pun, sekejap juga habisnya. Mana taknya kan 24 jam asyik men"download" je. T______T

p/s: Berukband tu saja dengki dengan saya. Aishh..Aini ni tak habis-habis dengan berukband dia tu kan. Entah apa-apa.


18 February 2013

Giveaway Gossip Girl

Assalamualaikum...


  1. X perlu entry berjela
  2. Kopipes dan komen sahaja
  3. Tunggu tarikh pengumuman hadiah anda
  4. Hanya follow dan like AQOUSTICA ZATI

HADIAH

  • SATU NOVEL "SEMILIR CINTA"
  • 5 RIBBON BROOCHES
  • 5 HEART BOOKMARK CORNER + 10 STICK BOOKMARK
  • 20 LAMINATED BLOGGER BOOKMARK
  • 9 LOLLIPOP ICE CREAM

50 PEMENANG


*SEMUA PESERTA AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BLOGLIST + hadiah penghargaan sebab join. p/s : x mahal pun.

Same boat. Different cabin.

Assalamualaikum...


“Take a bit from my plate, chew, telan then talk” - Trisy. From Rooftop Rant by Hlovate

Kata Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, “Jika kita melihat kepada seseorang insan pada unsur baik semata, tentu kita akan menilainya sebagai insan yang baik. Jika kita pula melihat di sudut yang buruk semata, maka pasti kita akan menilai sebagai insan yang buruk. Namun, jika kita melihat kedua unsur itu secara seimbang dan adil, pasti kita akan dapat membuat kesimpulan yang betul”.
(Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Insaf Dalam Menilai Setiap Insan).


“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada antara kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu berasa jijik...”(Surah al-Hujurat ayat: 12). 

Sebelum dan Selepas Kahwin

Assalamualaikum...

Pagi tadi waktu blogwalking, jumpa satu entry Wilma..iaitu Kes Tayar Pancit. Menarik entry tu. Lepas itu teringatlah cerita ustaz saya waktu tingkatan 4. Kisahnya antara dua individu sebelum dan selepas berkahwin.


Mula-mula kenal aka sebelum kahwin:

Jalan-jalan pergi pasar malam. Jalan rapat-rapat sambil pegang tangan, jalan pun seiring dan sejalan. Pilih sayur sama-sama. Bila terserempak dengan member, member tegur :

 "Awek, kau ke ni?"

Balas si boyfriend : "A'ah awek akulah ni" senyum dengan lebar.

Sudah berkahwin/ Setahun, dua atau tiga tahun Kahwin.

Jalan-jalan pergi pasar malam. Seorang di depan, seorang di belakang.

Isteri kata.  "Abang nak sayur apa ni?"

"Ermm.." bernonong jalan ke depan, tanpa menghirau kan si isteri.

Terserempak dengan member :

"Eh...kau, sorang je ke?"

Si suami : " Tak lah, aku dengan bini aku tu"

"Bini kau? Mana?"

Si suami : "Dekat belakang"
Si suami : " Alah, dekat belakang tu, yang gemuk macam Doremon tu."

(Tak pun)

Si  suami : " Alah, yang nak berjalan pun susah, yang gemuk macam tong dram tu."


Tambah ustaz saya lagi - Mula-mula kahwin, pengantin baru, kereta yang heret tin, lama-lama kahwin orang perempuan yang heret tin.

Tak semua macam tu kan, buktinya arwah ayah dan umi saya selalu je berjalan seiring dan sejalan. Pergi pasar malam sama-sama, pilih sama-sama. Walaupun tak berpimpin tangan, tapi ayah susah nak keluar berjalan kalau tak ada umi bersama. Kalau ada kami, berderet je berjalan ikut belakang ayah dan umi.

17 February 2013

Pemaaf kah anda?

Assalamualaikum...



1. Orang yang mudah memaafkan tapi sukar melupakan itu dia memang orang yang bijaksana tapi dalam satu masa dia susah nak bahagia dan kemungkinan besar dia seorang yang pendendam. Mungkin juga dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Jadi dia mengambil "inisiatif" dengan memaafkan tapi tidak melupakan.

2. Orang yang tidak memaafkan dan sukar melupakan dia mungkin menjadi orang yang zalim kerana kita haruslah sedar setiap manusia tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan dan dosa. Orang selalu kata, sedangkan nabi ampunkan umat ini kan pula kita manusia biasa.

"Aku bukan nabi". 

Ya lah, kita bukan nabi, tapi kita ingat balik, apa tujuan Allah melantik Rasul dan Nabi di atas muka bumi ini? Sebagai teladan kepada umat manusia kan. Jadi apa kata, kita amalkan sifat-sifat baik yang di tunjukkan dan di ajarkan oleh Rasul dan Nabi kita.

3. Ada juga individu yang mudah memaafkan dan juga mudah melupakan. Sebenarnya dia bukanlah orang yang bodoh tapi lebih kepada lurus. Orang yang sebegini sebenarnya lebih bahagia berbanding dengan orang yang bijaksana itu. 

Mungkin juga kerana dia tidak suka menyimpan dendam dan berfikiran bahawa yang berlalu biarlah berlalu. Ambil yang jernih buang yang keruh. Orang yang begini selalu positif, tetapi dalam satu masa, dia juga mudah di tipu.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran, ayat 134)

Walaupun kalimah maaf, sukar untuk dilafazkan, tapi berusahalah untuk menjadi pemaaf. Beruntunglah orang yang memiliki sifat pemaaf kerana dalam sifat pemaaf itulah terkandung kemuliaan, keberanian dan kekuatan.

Ketahui dengan sifat ini, anda mungkin di kurniakan ganjaran syurga, yang tidak ternilai harganya. Jadilah seperti Rasulullah yang selalu tersenyum dan sentiasa memaafkan meskipun telah banyak hatinya dan tubuhnya di sakiti.

Padamkan api kemarahan sebelum tidur mu, hulurkanlah kemaafan sebelum ianya berlalu, kerana tanpa sempat memberitahu, ajalmu tiba tidak menentu. 

Pekerjaan dan ganjaran yang berat dan besar adalah memberi kemaafan.

p/s:  Saya rasa saya orang yang no 1 dan 2. Susahnya jadi pemaafkan. Kamu-kamu, orang yang no berapa?

Auto post.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome