14 February 2013

Beto Kushairy sebagai maskot A.L.O.N.G

Assalamualaikum...



Pernah tak tengok cerita A.L.O.NG? Maskot Kucing yang pandai bercakap tu. Ada Along, Angah dan juga Achik kan. Cerita A.L.O.N.G ini terkenal sekitar tahun 1980-an dan1990-an. Jadi siapa yang lahir sekitar tahun itu, mesti pernah tengok kan. Di siarkan di tv1, setiap hari Sabtu. Saya selalu tengok cerita ni sebab ada belajar sifir dengan mudah bersama Siti Sifir. Lagi-lagi dekat tempat saya setiap hari Sabtu ada Pasar Malam, jadi sementara tunggu ayah balik dari pasar, kami tengok cerita ni dulu.

Tapi pernah tak, tertanya-tanya siapakah pemilik suara latar di sebalik maskot A.L.O.N.G tu?  Mesti ada kan. Tak sangka, orang yang dahulunya hanya terkenal di sebalik maskot A.L.O.N.G adalah Beto Kushairy. Tak kenal? Ala yang berlakon dalam filem, "Istanbul Aku Datang" itu.




Wah..tak sangka kan. Sekarang dia adalah seorang pelakon yang menjadi kegilaan ramai. Saya pun baru tahu bila terbaca surat khabar. Mungkin ada yang dah tahu kan..hehe..Saya je yang slow motion sikit. Rindu pulak nak tengok cerita ni..hehe. Ingat lagi, lagu cerita ni...A.L.O.N.G. Simple je tapi melekat dekat otak. Sekarang dah tak ada kan, ulang siaran pun tak ada. Zaman kanak-kanak memang paling best. Kenangan tu.

Siapa yang pernah tengok cerita A.L.O.N.G ni? Angkat tangan..


p/s: Bayar bil broadband pun, tak boleh guna lagi. Haiii...lambatnya dia nak sambung line, selalunya laju je. Cuti CNY lagi ke..........

14 comments:

  1. Tak sangka kan Aini :-)
    Rupa2nya Beto Kushairy yang jadi maskot A.L.O.N.G. tu bah...

    P/S: Setiap Sabtu mesti Wilma tengok A.L.O.N.G. nie coz Wilma lemah sifir dulu...hehehe...

    ReplyDelete
  2. Lahhhh ?! Biar betul Beto Kushairy maskot ALONG ? Fiqah dulu masa darjah berapa entah selalu jugak tengok cerita ni. rancangan ni pun pernah dtg mitc, melaka. Dapat beg dgn baju t-shirt along >.< Suka gila.

    *biar betul citer ni fofular time akak cakap tu ? fiqah tengok citer ni masa tahun 2000-an camtu :3 Hurm~

    ReplyDelete
  3. ooo... bru tahu... hihi.. knl dia msa dia berlakon juvana...

    ReplyDelete
  4. Ainnii...akak xdapat online.. lama. sebab akak baru balik dri putrajaya, tetiba kwn akak kena musibah jadi akak kena g tolong dia.. ni pon curik2 je online.. nati akak bace sume entry aini... rinduu.. ngee~~

    ReplyDelete
  5. Owh dia ke? hahahaha... adik gun maxis ke celcom bb?

    ReplyDelete
  6. nice info...baru tau beto yg pakai kostum along tu...hehe

    ReplyDelete
  7. la yeke dia.. baru tau jugak ne... hohoho.. memg bes la dia berlakon.. mula2 xsuka, tp lama2 mantap jugak

    ReplyDelete
  8. memang tak sangka kann.. hihi dh la minat ngn beto ! minat jgk ngn A.L.O.N.G = ALONG *bernada
    hehe ~ rinduu nak tgk, plg rindu ngn siti sifir hihik

    ReplyDelete
  9. eh yeke?????? wah!!! suka beto! ihik!!
    selalu gak tgk Along ni dulu..ingat lg,ada siti sifir..haha

    ReplyDelete
  10. Ohh..? rupaanyaaaa. haha baru Lissa tauu., xD

    ReplyDelete
  11. haha.. deqja angkat tangan ni..nampak dakk ??

    satu kali dua , dua
    *siti sipir nyanyi...

    ReplyDelete
  12. Laaa yeke?akak pun baru tau hihi..

    Cite peberet ms kecik2 dl :)

    ReplyDelete
  13. Ye ke.. Baru tau hari ni... Kte pun minat gile dgn Along.. Tak sangka rupanya beto khusyairi.. Dulu mse kecik2 selalu tertanya2 siapa di sebalik maskot tu.. Hehehe

    ReplyDelete
  14. beto rupanya disebalik wajah along tu...
    baru ku tahu....

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.