Godaan demi godaan, tiba-tiba timbul niat nak buat kimchi. Ini semua kerana Running Man dan Family Outing. Saja lah mengada nak cuba buat, orang kata sedapkan. Kalau tengok dekat dalam variety show tu mesti meleleh-leleh air liur tengok. Okay, tipu..tapi mesti berbunyi-bunyi lah perut.
Nak pergi Seoul Garden tu, mak aii..jauhnya dari sini. Maklumlah i ni orang kampung je. hehe.. Carilah resipi, cara-cara nak buat kimchi ni. Semalam pergi beli barang-barang. Dah pergi beli, hari ini buatlah.
Excited ni, siapkan bahan-bahan..dah complete. Buatlah Kimchi punya paste. Kalau buat kimchi kena guna sos ikan. Waktu tengok WGM, Yonghwa dan Seohyun guna, dia kata busuk. Saya bau tak busuk pun, kemudian bila dah tuang.. Allah..busuknya. Paste dia bila di gaul dengan radish, carrot, leeks, memang nampak dah menjadi.
Tapi, bila baunya..Allahhuakbar, pening sangat-sangat. Lepas tu nak cubalah makannya dengan kobis cina yang di rendam dengan garam, terus rasa nak termuntah.
Nampak gaya nya memang saya fail buat kimchi, ada hati nak buat sendiri. Berangan ler tu. Percubaan yang gagal, mungkin bukan kerana kimchi ini tak sedap, tapi saya tak reti nak buat atau tak kena dengar selera. Ya lah tekak orang Melayu. Makan sambal belacan lagi sodap. Nasib baik buat sikit, tak membazir. Beli barang-barang pun tak sampai 20 ringgit.
Ini lagi sedap kot.
Nak salahkan Running Man dan Family Outing pun tak boleh sebabnya, saya buat sendiri, dah belum tentu sedapkan, jadi tak nak putus asa nanti nak pergi makan juga. T_____T. Memang buat julung-julung kalinya, gagal memasak..nampak tak menipunya. tuituitui..hehe. Buat malu company je. Tapi ada je orang Malaysia yang buat menjadi. Saya je, K tambah O..K.O.
p/s: Kena terbang ke sana dulu lah, baru dapat makan kimchi yang 100% asli. Baru puas hati. Mungkin sebab terlebih sos ikan itu kot. Terlebih "cerdik" lah katakan.


skali gagal, takpe... lepas ni cuba lagi...adjust2 mana2 yg patut..he3
ReplyDeletelama2 nanti pandailah..
kimchi tu mcm mee pasta jugak ea?
ReplyDelete*nampak sangat la cik Que ni ketinggalan zaman..T_T
tpi sekurang-kurangnyer kita cba btl x??...sya p0n nk cuba wat kimchi..tapi x thu nat wat macam mana...hehhehehe
ReplyDeletehaha.. xpe lah, u can go to mana-mana korean food restaurant syg, mesti dapat rasa kimchi yang sedap! :)
ReplyDeleteterliur tengok sambal udang tu! terus rasa lapar nasi. :'O
waa..? susah jugak yea buat kimchi..? huhu tapi tapi tapi.. sambal belacan lagi sedap rasanyaa., haha
ReplyDeletemenurut kata org malaysia yg pernah makan kimchi...mereka kata tak sedap...:P
ReplyDeletemungkin tekak korea baru rasa sedap kot...
Terliur Wilma tengok kimchi buatan Aini nie ^_^ Confirm sedap bah...Kimchi Malaysia...
ReplyDeleteekk akak bru nak tergoda nak mtk resepi.. hehe adik akak ckp xsedap, tp teringin gak nak rase.
ReplyDelete*psstt akak x menghilang, menyepi bawak diri je :P
wah,buat kimchi sendiri?hebat2! :D
ReplyDeletekalau kita nak buat makanan diaorang, kita kena rasa yang ori dlu....betul tak? lepas tu baru bley wat sendiri...kan kan? XD
ReplyDeletesambal belacan is the best! haha!
Ohoh..sedapnya sambal belacan tu.. Actually..kimichi tu apa.. Hehehe.. Nasib aini buat sikit..klu x..membazir je.. Hehehe
ReplyDeleteamboi! nama yonghwa oppa ku ada lah..hikhik!!!
ReplyDeletedidiey pernh rasa kat seoul garden hari tu..masam ckit.xkena ngan tekak melayu ni..huhu
rindu goguma couple :)
hehe saya pun teringin sangat nak merasa kimchi..mungkin bila saya buat lebih menjadik an o.k? hehe just kidding ^^
ReplyDeleteKimchi ? hurm, macam pernah dengar. Tapi tak tahu rupanya macam mana. Haha. Betul ke bau dia naik loya ? Hurm. Ni nak google lah.
ReplyDeleteJom kak kita gi serbu sana ramai ramai xD haha.
kawan saya suka sangat makan kimchi ni, tak salah sekurang-kurangnya sis mencuba
ReplyDeletewaahahaha...wanie pun tgok kimchi tu cam sedapp je! tapie ta penah try lagie~ haha
ReplyDeletetry tgok kat sushi king...kut kut ade? :D
mungkin kena amik kelas belajar masak masakan korea. haha
ReplyDeletekalau tekak saya memang tak terima kimchi. tu pasal la selalu tak paham kenapa dalam tv tu kimchi ni nampak sedap je. ;D
kak pun terasa terliur tengok drama korea yang ada scene buat kimchi... nampak best aje... dah lah diorang buat dalam kuantiti yang banyak....
ReplyDeleteaini, memang kena terbang ke sanalah untuk dapatkan kimchi yang ori tu...
nampak sedap, tapi pedas tak? hehe.. tak pernah makan lagi :P
ReplyDeletesalah bahan kot..bukan bhn kimchi dorg jerukkan dulu ke? ala..org korea bau sambal belacan pon mesti rasa nk muntah jgk huhu..
ReplyDeleteterliur tgk sambal belacan.
ReplyDeletewah.. AINI pon tengok goguma couple? akak suka goguma couple antara semua WGM punya show. hehe.. mase tu rasa seohyun tu lawaaa sangat.. heh heh.
ReplyDeleteIshk yeke sedap. akak rasa memang rasa dia macam tu. tekak melayu kan lain, pada dorang sedap la. hehe.
Hari tu akak makan real deobukki eh ke rice kek. rice kek la... tampa kuah pedas tu tak panggil deobukki lagi kan, TAK SEDAP. rugi seribu won akak. =P
nampak macam sedap. hahaha tapi cik aini saya tak makan ler benda pelik2 neh uhuhuhu.
ReplyDeleteFirst time dengar Kimchi , suspen jugak dibuatnya . Rupa2nya makanan =) bhahahaha !~
ReplyDeleteassalaamualaikum.
ReplyDeletesaya jual kimchi online. boleh ke facebook page saya Han Su Rii
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10201063655732591&set=a.3819476044449.2172400.1204101277&type=1&theater
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10201063655732591&set=a.3819476044449.2172400.1204101277&type=1&theater
ReplyDeleteassalaamualaikum
saya ada jual kimchi online.boleh terus ke facebook page saya Han Su Rii