02 February 2013

Part 1 | Misteri najis dalam tandas

Assalamualaikum...

Cerita ini mungkin  agak pengotor..hehe..tapi bagi saya dan kawan-kawan saya ianya merupakan satu misteri yang sampai sekarang tak dapat di kenal pasti. Nak tahu tak ceritanya? Satu lagi, pastikan ketika ini anda tidak makan, atau tidak memasukkan mana-mana objek ke dalam mulut. Takut termuntah nanti.

Peringatan ye, sesiapa yang susah nak tidur malam, macam budak AD jangan baca ye..hehe. Means, ketakutan dan penakutan yang amat tinggi, mohon jangan baca. Cehh..macam seram je kan..seram tak? seram kan..kan kan kan.

Ish..banyak betul membebel.

Bukan tandas dekat kolej saya ye.

Ceritanya macam ni, kolej(asrama) kami yang indah lagi permai ini semestinya di lengkapi dengan tandas kan. Waktu semester 2 saya dapat tingkat 2, bersama 3 orang roomate yang lain. Tandas yang kami guna tak apa-apa masalah pun cuma  ada satu kejadian aneh..err..aneh lah juga. Anehnya apabila kami jumpa satu-satunya taik yang sangat besar..sangat banyak..haaaa..jangan muntah jangan muntah. Di tandas no 2, ada enam tandas..tapi tandas no 2 macam misteri je, memang ramai yang tak guna tandas tu. Saya pun jarang guna, biasanya guna tandas no 4.

Pada mulanya kami tak heran sebab fikir mungkin ada orang sakit perut teruk sangat sampai banyak sangat terkeluar najis..hehehe..seriously bila teringat balik kelakar pun ada. Tapi yang tak tahannya bila dah buang tak tahu nak pam, kami geram. Dahlah bilik kami dekat sebelah toilet. Err..dua dari toilet.

Esoknya, tukang cuci pun dah bersihkan. Selang beberapa hari kemudian. Ada balik. Di dalam tandas yang sama, kuantiti yang lebih kurang sama..hehe..eee..pengotor. Misteri betul, siapakah pemilik taik tersebut. Kami pun tertanya-tanya. Pelik betul orang ni..asyik terbuang je tak tahu nak pam, pelik sungguh.

Lagipun, ianya berlaku di pertengahan semester 2. Nak tahu cerita lanjut? Nanti saya sambut part 2 ye...hehe..panjang sangat ni. Buat masa sekarang, biarkan dia menjadi semakin misteri. Kan? Tak ye? T___T




21 comments:

  1. baru lepas habis makan ais krim bila bukak entry ni, wakaka. ishh misteri betul, kalau sekali tu takpe gak. ni tak, ada pulak 'ta..' kali kedua. hmmm

    ReplyDelete
  2. adeh! kita baca punya saspen last2 ada sambungan pulak.huhuhu berdebar tugu sambungan yang seterusnyaaaa huhuhu

    ReplyDelete
  3. adeh,, part 2 plak...tak baek ler tggl2 cam tu, kan ade hadis sbt pasal ni.. harap2 insaf ler.. kalau tak, misteri ni berlarutan la jwb nye, haha

    ReplyDelete
  4. adeh...terbayang2 bentuknya bila membaca entri ni...agak2 kaler gelap atau cerah tu? hihihi

    ReplyDelete
  5. eee.. tringat dok kolej dulu... mesti ada taik bersepah..heran betul... xtau nak bersihkan ke... kawan akak siap amik video taik2 tu bt artwork hahahahaha

    ReplyDelete
  6. @Amanina Bukan dua adik..banyak lagi..nanti akak sambung..hehe.

    ReplyDelete
  7. @Sue PeLik hehehe...suspen ke? tunggggggu..cehh..hehe.

    ReplyDelete
  8. @Paly hehe..ada lagi memang berlarutan..hehe..tulah, tak tahu lah misteri sungguh.

    ReplyDelete
  9. @Hatimi Tahirruddin hahaha..eee tak boleh bayangkan..macam2 warna dan perisa ada..eeeee..

    ReplyDelete
  10. @◕ D Y S H A S A H H I R ◕ Hehehe..ye ke kak..eeee...gelinya, sampai ambil video..artwork untuk apa kak..hehe.

    ReplyDelete
  11. misteriiiii tuuu.. hehe

    ReplyDelete
  12. ini citer kelakar nih ahahaa..gelak laju2 hak3..

    ReplyDelete
  13. kite baru lepas makan. ok, tersae nak muntah T__T gelinyeeee.. misteri pun ada

    ReplyDelete
  14. gelak pula baca kat part 'sangat besar' tu... :D :D
    rasa kelakar bertukar menjadi misteri...

    ReplyDelete
  15. wekkk asal cenggitu ?? huhuhu... seb bek xmakan pape.. huuuu.. eh out of topic, aini stdy kt mne ? hehe

    ReplyDelete
  16. mak oii misteri gila ! sangat pelik ! kalau manusia , takkan tak reti nak pam ? tapi takkan la , yg melepas tu 'bukan manusia' ?

    ReplyDelete
  17. ta*k ni penuh misteri betul kan..hehehe
    kenapa la mesti ta*k..kalau jmpa duit berjuta2 pun best jgk.. ;)

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.