11 February 2013

Pingu Popcorn

Assalamualaikum...

Tahu tak apa tu Popcorn? atau nama Melayunya, ialah Bertih Jagung. Nama pun bertih jagungkan, jadi semestinya di perbuat daripada jagung. Semua orang tahu lah kan..Aduhai..Aini ni.


Kalau dulu, saya nak cuba juga buat popcorn sendiri dekat rumah. Sebab dulu dalam kartun Pingu, Pingu selalu curi jagung dalam almari, buat popcorn dengan adik dia. Waktu tu, saya rasa nak cuba, hehe..tapi tak cubalah sebabnya mahu kena pelakong dengan umi.


Hehe..sangat comel adik Pingu. Tapi kadang-kadang adik dia nakal, makan sorang-sorang.


Nyum-nyum sedapnya. 

Selalunya tengok dekat pasar malam, memang cara dia buat popcorn macam tu. Dia guna dapur khas, letak mentega, letak gula, pewarna. Memang ada popcorn homemade kan. Nanti dah cuba buat lah. Tapi kalau nak buat popcorn, kena guna jagung kering, tak jumpa pula dah.

Rindu pula nak tengok kartun Pingu ni. Waktu kecil dulu, ikut ayah pergi pasar malam, jumpa mainan penguin bergerak. Ayah belikan satu. Adik saya, Farah, tak dapat, saya pula yang dapat. Main punya main, ramai-ramai, rosak, menangis. hehe. Pernah tengok tak kartun ni?


Auto Post

16 comments:

  1. adik nk tau tak..ari tu kwn akak bt popcorn pastu ada yg menjadi, ada sikit tak kembang jagung nya tu, pastu ada yg tnya knapa ada yang tak kembang ni. Akak pun jawab lah bg pihak...sedangkan bom zaman jepun dulu pun ada yang tak meletup lagi..inikan pulak popcorn, hahahahah satu opis gelak.

    ReplyDelete
  2. pernah tengok kartun ni...
    rasa macam budak2 pula bila tengok kartun ni... sebab apa yang pingu cakap bukan faham pun... :D :D

    ReplyDelete
  3. Lissa suka katun pingu~!!! lama x tengok.. huhu x daa kena siarkan daa.. T__T

    ReplyDelete
  4. Pernah. Kartun ni best, kan? Lama tak tengok cite ni. Rindu pulak xD

    ReplyDelete
  5. Prnah pernah.. Kte suka tgk kartun pingu tu. Comel sangattttt..

    Aini suka popcorn eh.. Kte xsuka popcorn.. Hehehe

    ReplyDelete
  6. mmg sedap popcorn ni...makan pon laju je...sedar2 dah habis...

    ReplyDelete
  7. pernah2! :D haha best pingu suke buat bunyi NYOT NYOT haha :D

    btw, like page nie leyh? hehe
    https://www.facebook.com/pages/We-Are-Human-/102665629891187

    nice blog! ;)

    ReplyDelete
  8. Alamakkkk teringat pulak dengan kartun ni. Saya membesar dengan cerita kartun ni tahu?? Hehehee terharu pulak :')

    ReplyDelete
  9. teringat zaman muda muda dulu. eh budak budak dulu selalu tengok pingu :d huuu lama dah tak tengok :'(

    ReplyDelete
  10. saya sangattttt suka makan popcorn cik aini! aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiii. kalau p tengok wayang wajib beli popcorn! kadang2 tu tak p tgk wyg pun beli jugak popcorn! huhuhu

    ReplyDelete
  11. rinduuuu nak tengok kartun pingu ni ! bella dulu suke sangat tengok . even tak paham pun apa yg dorang cakapkan tu .

    ReplyDelete
  12. Sampai sekarang, Wilma still tengok kartun Pingu nie dengan anak2 buah Wilma (anak cousin)...Walaupun Pingu tak bercakap, tapi budak2 faham pulak apa yang Pingu tu cuba sampaikan kan ^_^

    P/S: Wilma pernah try buat popcorn sendiri dulu...Jadi jugak la walaupun keras sikit...Hehehe...

    ReplyDelete
  13. pingu... tengok.. tengok... tengok... mmg comel... si penguin tanpa kata... hehehe

    ReplyDelete
  14. aini ! PINGU ni rancangan peberet akak ! sangattt suke! dulu pepagi sllu tgk cte ni haha, suke tgk walopun die xpnh becakap. haha ~ PINGU ngn OGGY pehh walaopn tahpape, ttp peberet :P

    ReplyDelete
  15. didiey kurang gemar popcorn...rasa xsedap..hukhuk

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.