05 February 2013

[Review Novel] Ku Seru Nama Kekasih Oleh Maya Aris

Assalamualaikum...


Hari itu saya ada kata nak review novel ni kan, saya lupa. Novel ini bukan hanya sekadar novel cinta jiwang karat tapi cinta yang sebenar-benarnya cinta.

Saya beli novel ni dah lama dah, akhir tahun 2010, waktu semester 1 dekat UiTM. Mula-mula tengok novel ini, ingatkan novel cinta macam yang kita biasa baca itu, tapi rupanya mendalam maksud tajuk novel ni.

Sinopsis belakang novel dia, tak menarik langsung..Maaf sangat-sangat. hehe..betul, tapi isinya sangat-sangat awesome. Banyak sangat ilmu yang boleh kita dapat.


Saya bagi jelah sinopsis belakang novel dia ye.

Rayyan, gadis yang sanggup berkorban apa sahaja demi teguhnya cinta terhadap kekasihnya. Dia sanggup memutuskan tali pertunangan dengan Zaim, agar mendapat keredaan kekasih.

Hanisa, gadis yang terpaksa meninggalkan dunia yang dikasihinya kerana kebahagiaan yang dikecapi berakhir dengan kesengsaraan. Dunia yang pada mulanya indah adalah palsu belaka.

Zaim, lelaki yang tidak pernah terfikir akan jatuh cinta dengan gadis bertudung yang mengamalkan cara hidup Islam dengan sepenuhnya. Namun, dia sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan hati seorang kekasih.

Mark, lelaki yang sedang tercari-cari seorang kekasih sejati. Seorang kekasih yang boleh memberikannya kebahagiaan yang hakiki.

Empat manusia yang berbeza latarbelakang mencari cinta sejati di sebalik bayangan semalam. Dalam pencarian mereka, seruan kekasih yang manakah bakal menggegarkan jiwa? Seruan kekasih yang manakah yang akan menjadi janji yang tertunai?

Ini sinopsis dekat kulit belakang novel ni. Menarik tak? Tak kan? hehe. Kulit buku dia pun tak menarik..Hahaha..minta-minta yang design buku ni baca..kuang-kuang-kuang. Betul, sebab cerita ini best tapi illustrationnya tak menarik. Kalau beli novel mesti salah satunya adalah kerana kulit buku tu cantik ye tak? Tajuk, penulis dah semestinya. Semua nak cantik kau ni Aini. Hakikat manusia, nampak luar je..hohoho.

"Apa yang awak faham dengan konsep triniti? Bagaimana seorang manusia boleh menjadi Tuhan, anak Tuhan, dan roh Kudus? - Rayyan

"Bagi orang-orang yang tidak memahami konsep triniti, kami selalu beri contoh masa. Ada masa lampau, ada masa kini, dan ada masa akan datang. Tetapi masa tetap masa"- Bidas Mark.

"Honey,cuba lihat apa yang saya jumpa di kedai Oriental tadi?" - Zaim

" Awak, tidak mahu letak gambar Hani dalam dompet awak, seperti suami-suami yang lain?" - Hanisa

Ada juga adegan-adegan Zaim dan Hanisa yang mencuit hati.

"Saya ketawa sebab sambal tempoyak awak sedap. Lebih sedap dari sos One Thousand Island" - Hanisa

" Aduhai...jangan buat macam itu, cik adik oii..nanti aku terkam, baru tahu.." - ucap Zaim dalam hati

" Ah! Mahu terkam, terkamlah..." - balas Hanisa juga dalam hati.

Haha..jangan salah faham ye. Zaim cakap macam itu sebab kononya keluarga dia ada ilmu membaca fikiran. Akhirnya, dia dapat juga mewarisi ilmu itu..hehe. Kelakar. Nak tahu lebih lanjut kenalah beli, memang tak rugi pun, sebab banyak ilmu dalam novel ni, yang boleh kita dapat.

Keseluruhannya bagi saya, novel ini memang sangat-sangat-sangat best.


p/s: Aini kalau tulis tak panjang memang tak sah..alahai!!


Auto Post

7 comments:

  1. Aa la..cover tak berapa cun .tapi cerita cam best..nak pinjammm ^-~

    ReplyDelete
  2. tak pernah baca novel ni...
    bolehlah cari nanti... tambah koleksi lagi... ^_^

    ReplyDelete
  3. eh eh.. kena suruh kakak akak beli ni. hehe *bukannakbelisendirikan. =p

    ReplyDelete
  4. saya tak baca lagi novel ni. macam best je sinopsis diaaa! >.<

    ReplyDelete
  5. wah suka2 je kutuk cover buku org...haha (takde la gurau je...)

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.