12 February 2013

Sampai Anak Cucu atau Sampai Akhir Hayat

Assalamualaikum...

Pagi tadi sekitar pukul 7:30 pagi, saya bukalah tv. Nak tengok cerita menarik dekat tv. Biasanya pagi-pagi ni ada rancangan Motivasi Pagi kan. Menarik rancangan tu, sebab memang memberi motivasi. Tak pun, tv1 ada tilawah al-quran. Tapi pagi tadi, terbuka siaran tv Al-Hijrah.

Tengoklah satu rancangan ni, yang di beri nama Madrasah Akhlak. Tajuk utamanya "Janji", tapi menariknya bila Ustaz itu(saya tak ingat nama ustaz ni) sentuh bab percakapan seharian kita sebagai manusia dalam mendoakan saudara, sahabat handai dan sebagainya.


Selalunya kalau orang-orang kahwin, kita mesti mendoakan mereka kan, dengan ucapan. Tahniah, semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Atau.. Tahniah, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Mana satu yang selalu anda guna?

Ustaz itu cakap, kalau kita cakap semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Maknanya sampai anak cucu je lah dia bahagia, lepas dapat cucu 2 3 orang, bercerai. Macam itu ke? Dalam nada yang bergurau. Jadi adalah lebih baik kita cakap semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah, akan berkekalan hingga ke akhirnya.

Tak salah pun kalau cakap semoga berkekalan hingga ke anak cucu itu. Tapi ya lah, setiap perkataan atau ucapan itu kan adalah satu doa. Kalau nama pun sama, panggil lah nama-nama yang elok-elok dan mempunyai makna yang baik, kerana ianya juga satu doa untuk kita.


Dekat akhirat pun kita di bangkitkan dengan nama yang baik kan. Syukur, mak ayah kita beri nama yang sedap-sedap dan manis di dengar. Jadi, jangan panggil nama kawan-kawan kita, dengan nama yang tak ada makna ye. Lagi-lagi panggilan yang dia tak suka. Dah berdosa tau. Pendek lah, kecil lah..tapi kalau dia suka tak jadi masalah pun. Tapi..tapi..(banyak sangat tapinya kan) gunakan lah nama yang baik.


p/s: Malam turn saya guna broadband, pagi dan petang adik guna..Aii..susah betul tak ada broadband ni. Esok baru nak pergi bayar.

16 comments:

  1. Nice sharing Aini ^_^
    Betul jugak apa yang ustaz cakap tu...
    Wilma baru perasan perbezaannya :-)
    Thanks Sis coz sudi share info nie...

    ReplyDelete
  2. Hurm, betul tu. Selalu tengok dalam melodi, kalau ada artis kahwin, slalu cakap " Moga berkekalan hingga ke anak cucu" camtu. Fiqah pun ada fikir mcm ustaz tu cakap. Aik takkan sampai anak cucu je ? hahaha.

    Fiqah pun bersyukur sangat sebab ibu dengan ayah bagi nama yang sedap dan maksud yang baik ! :D hihiii. Kat kelas Fiqah, haihh. Macam2 gelaran nama ada. Langsung takde kaitan dengan nama dia. Huhuuu ~ Nasib baik takde orng panggil Fiqah yg pelik2 ^-^

    ReplyDelete
  3. sy prefer say 'hingga akhir hayat' ataupun 'hingga ke jannah' heheh.

    ReplyDelete
  4. Semoga brkekalan hingga hujung nyawa...
    Aini semanis org nya ♥

    ReplyDelete
  5. ade betul jugak ye..cik Que pun selalu tercakap mcm tu kat kwn2 yg baru berkahwin..lepas ni nak tukar ckp sampai ke akhirat lagi lh..^__^

    nice sharing !

    ReplyDelete
  6. yup seelok2nya kita cakap semoga bahagia hingga akhir hayat...tapi biasalah kdg2 tu dah jadi adat utk cakap sampai anak cucu tu...hehe

    ReplyDelete
  7. kalau kte.. kte selalu cakap, kekal hingga jannah.. :)

    ReplyDelete
  8. kalau kte, kte selalu cakap kekal hingga jannah :)

    ReplyDelete
  9. akak selalu cakap "Selamat Pengantin Baru... Moga kekal hingga ke syurga..." (^_-)

    Macam tu juga akak harap jodoh akak dan suami... mudah2an... Amin...

    ReplyDelete
  10. betul tu...akk pun tak suka cakap 'moga bhgia hingga ke anak cucu'..selalu yang akk guna, insyaAllah hingga ke akhir hayat @ hingga ke alam syurga.. :)

    ReplyDelete
  11. Kalau cakap semoga kekal till jannah..camne pulak tu?boleh je kan guna..nak la dapat jadi bidadari suami didunia dan di syurga nanti :)

    ReplyDelete
  12. emm betul2.. lebih baik kt sebut yg baik, kata2 mmg menjadi doa, hehe smoga bahagia hga ke syurgaNya, lg sweet hihii :D *cahaya mataku* :)

    ReplyDelete
  13. selalu cakap, sampai akhir hayat...
    kekadang wish selamat pengantin baru aje...

    ReplyDelete
  14. setuju! dulu selalu juga ckp sampai ke anak cucu tp bila sedar, terus guna wish moga kekal sampai akhir hayat/sampai syurga.... :)

    psst~cepat2 bayar..hikhik

    ReplyDelete
  15. betul. akak pernah komplen dulu.. kenapa nk doa hngga anak cucu, lepas tu apa jadi..

    seelok eloknya, kite doakan berbahgia sampai syurga. Inshaa Allah. =)

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.