26 February 2013

Tips | Cara nak dapatkan CPUV dari Nuffnang

Assalamualaikum...

Atas permintaan kakak ku sayang. Maka saya bagi lah tips ini..hehe. Saya pun tak lah banyak mana dapat CPUV ni. Sekadar untuk berkongsi tips je. Ini untuk kak +Mar Haini Abdul Rahim, Kak Okje, Adik Nabeel dan juga sesiapa sahaja yang nak tahu. hee.


Pihak advertiser yang berhak memilih untuk beriklan di blog anda ye bukannya Nuffnang. CPUV ini bermaksud Cost Per Unique Visitor, iaitu pengiklan bayar kos iklan di blog anda berdasarkan kepada jumlah pengunjung unik ke blog anda.

Semakin tinggi pengunjung unik datang ke blog anda, khasnya pada waktu iklan itu di siarkan (macam tv pula dah), maka semakin tinggilah ganjaran atau bayaran yang anda terima. Faham dok? Belit-belit doh ni..hehe.

Tips nak dapatkan CPUV dari Nuffnang

     1. Rajinkan diri untuk update blog


Sekurang-kurangnya update lah blog  2-3 kali seminggu, kalau lebih, itu lagi baik. Pihak Nuffnang, akan beri keutaman kepada blog yang rajin update berbanding blog yang tidak di update.

     2. Update survey dan juga blogger profile/bio.

Selain itu, rajin-rajinkan lah diri anda untuk update survey di web Nuffnang. Survey ni penting sebab dari situlah advertiser ini tahu, kategori blog anda, kekerapan anda update blogpelawat anda siapa, dan lain-lain lagi. 

Dekat mana nak update survey tu?


Sign in account Nuffnang -> Manage My Blogs -> Survey -> Update Survey

Pilihlah yang mana yang patut ye. Oh ya, jangan lupa update juga blogger profile/bio di nuffnang ye. Di bahagian atas, drop down menu dan pilih profile setting.

      3.  Hantar tiket pada Nuffnang

Dah selesai update blog, update survey itu semua. Maka rajin-rajinkan diri yang tak rajin macam saya ini untuk menghantar support ticket kepada Nuffnang. Bukan tiket concert ye. Support tiket ini, macam-macam fungsinya, antaranya nak tanya, kenapa blog saya tak dapat-dapat CPUV lagi ni. Sedangkan saya ni rajin orangnya..hehe.. Ya, anda boleh menghantar tiket sedemikian, supaya pihak Nuffnang sedar akan kewujudan blog anda.

Tanyalah apa-apa pun, asalkan ianya berkaitan dengan Nuffnang dan iklan di blog anda.

Nak hantar dekat mana? Cara menghantar tiket kepada nuffnang



Okay, cara nak hantar tiket, pergi ke http://www.nuffnang.com.my/help, kemudian pilih mana-mana yang berkenaan dan tekan next dan isilah support ticket anda dan submit. Selasai? Tunggu pihak nuffnang membalas pertanyaan anda ye.

       4.  Kekalkan trafik blog anda.

Seterusnya, salah satu cara nak dapatkan CPUV ini juga adalah dengan mengekalkan  UV atau Unique Visitor ke blog anda dalam satu-satu masa. Contohnya, dalam satu hari sekurang-kurangnya 200 pengunjung unik singgah bertamu, di blog anda yang cantik, cute, miut itu. Dari situ, ianya boleh menarik minat advertiser untuk beriklan di blog anda. Kalau tak, rugilah dia kan.

Nak kekalkan trafik ini, caranya join segmen, giveaway, contest, blogwalking, dan ping kan entry anda di laman sosial.  Kalau ada duit lebih boleh juga anjurkan segmen dan lain-lain. Jangan lupa juga untuk menukar profile anda ke Google+ ye, sebab dekat situ je dah boleh naikkan trafik.

     5. Letakkan iklan di posisi yang betul

Sebaik-baiknya letakkan ketiga-tiga unit iklan nuffnang di blog anda. Satu di posisi atas, iaitu di bahagian header (hehehe..ini yang saya tak buat..), di bahagian sidebar dan juga di bahagian bawah entry blog

Itulah serba sedikit tips yang dapat saya berikan. Untuk lebih lanjut, bolehlah hantar tiket pada Nuffnang ye. Selamat mencuba dan semoga di murahkan rezeki oleh Allah untuk semua. Amin Ya Rabbal Alamin. ^___^


53 comments:

  1. yeahhh laju2 komen ! hehe skrg gak agak pi update survey ngee :P *tenkiuuuu aini syggg*

    ReplyDelete
  2. Thanks untuk tips2 yang berguna ni ye. Sharig is caring kan. Hehee

    ReplyDelete
  3. thanks . hee , berguna sangat :)

    ReplyDelete
  4. aini..bgus sgt tips awk..lg2 lah pasal tiket tuh..dr dulu sy xbrape nk pham nk hantar cmne...time ksih aini^^..<3

    ReplyDelete
  5. SALAM JEMPUT SERTAI SEGMEN JJCM BONDE N SHARE CERITA SAMBIL TAMBAH FOLLOWER DI :-

    http://kumahuitu.blogspot.com/2013/02/bloglist-jjcm-2013-by.html#links

    ReplyDelete
  6. oo.. mcm tu kee... oke2. akak pon pelik knp la tak naek naek kat blog akak. hehe. =)

    ReplyDelete
  7. tq for sharing.. :)

    akk tmbhkan duit poket aini.. :)

    ReplyDelete
  8. tq yer...la ni jugak p antar tiket..wat muka tak malu..haha

    ReplyDelete
  9. wah terbaik tips ni...nanti nak hantar jap lg...nak cakap kat dia tiket butterworth dewasa 4 org....heheheh :P

    ReplyDelete
  10. Sharing is carinh dear..up my traffic too

    ReplyDelete
  11. nak try la guna tips ni.
    kalo untung dapatlah tambah duit masuk. hehehehe

    ReplyDelete
  12. nice sharing aini...
    kak tak pernah lagi dapat cpuv ni... ^_^

    ReplyDelete
  13. nice sharing... bila nak merasa ^_^

    ReplyDelete
  14. ciksu blom pernh dapt cpuv lg..per click ye la...alhamdulillah

    ReplyDelete
  15. nuffnang sy sampai sekarang tak naik-naik....... :(

    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v

    sebab saya tak promote iklan diorang pun. heheheee

    ReplyDelete
  16. tip yg sgt sgt sgt bagus..akak tgh mempraktikkanya sekarang...

    ReplyDelete
  17. Tq Aini... sangat jelas dah ni...cuma nk buat tak tau bila....

    ReplyDelete
  18. Thank For The Information Ya ;)

    ReplyDelete
  19. thank you for the tips...tapi tu la...actually tak tahu apa2 pun...0 knowledge ni...kayuh skit2....huhuhu....inshaAllah...

    ReplyDelete
  20. nice sharing... :)
    salam kenal... :)

    ReplyDelete
  21. yeahh dh dpt ilmu dari orang kaye! tima kasih ye

    ReplyDelete
  22. terima kasih tipsnya :) singgah disini.

    ReplyDelete
  23. tq..info yg mantap skali..nice

    salam perkenalan

    ReplyDelete
  24. Thank you! :) This really helps x

    ReplyDelete
  25. tq...nice tips..
    http://warnawarniituindah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  26. terima kasih diatas info ini.. ;-)

    ReplyDelete
  27. belum lagi tahap UV200.. tengah nak kejar :D

    ReplyDelete
  28. thanks for sharing. nak tanya, if fllower ciput, boleh ke nak dpt BE? :')

    http://meeyamika.blogspot.com/

    ReplyDelete
  29. Terima kasih atas update, kalau senang2 masuk la kat blog saya http://kidstuffshop.blogspot.com ...

    Banyak info2 mengenai kanak-kanak dalam tu...

    ReplyDelete
  30. nice info..btw tantiknyee blog awak..suke sngt..nak2 tang runag komen tu comelje..huhu..kalo free singgah le blog (ctnariha.blogspot) kite..sudi2 le follow ye..thanksss ;)

    ReplyDelete
  31. @shafikaamin Follower ramai tak memberi apa2 kesan pada BE pun, dear..Kalau beri effect pun pada UV sekurang-sekurangnya 100uv ke atas. Kalau blog tak ada follower tapi ada pembaca, tak ada masalah. ^____^

    ReplyDelete
  32. @MissNadia Hehe..Kalau tak sampai 200UV, pun kadang-kadang Nuffnang bagi juga CPUV ini.

    Rajin-rajin update bahagian survey sebab baru mudah advertiser nak tahu niche blog kita. Hee..Semoga berjaya ya. InsyaAllah, nanti murah rezeki. Berpusu-pusu CPUV masuk. ^____^

    ReplyDelete
  33. info yang menarik..thanks for sharing

    ReplyDelete
  34. nice sharing dear. sgt membntu utk yg baru berjinak2 dlm dunia nuffnang mcm saya ni ;)

    irsyahealthyhouse.blogspot.com

    ReplyDelete
  35. good sharing dear..akak pun baru berjinak2 dgn nuffnang ni..masih blur2..anyway suka sharing u..keep it up :)
    http://ailzab.blogspot.com

    ReplyDelete
  36. ooo macam tuu..tima kasih utk info yeaa :)

    ReplyDelete
  37. tima kasih utk info ni yee..sangat2 membantu!

    ReplyDelete
  38. tq 4 info. Jom lah lawat blog saya. rashacinta.blogspot.com. Selamat berkenalan.;)

    ReplyDelete
  39. info sangat membantu!tq

    housewifwarts.blogspot.com

    ReplyDelete
  40. nice sharing info.. my blog syisziee.blogspot.com

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.