26 February 2013

Ucapan selepas bersin

Assalamualaikum...



Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda :

“Sesungguhnya ALLAH suka pada bersin dan benci pada menguap. Apabila salah seorang di antara kamu sekalian bersin dan memuji ALLAH Ta`ala (membaca Alhamdulillah), maka adalah tuntutan ke atas setiap muslim yang mendengarnya mengucapkan: ”yarhamukallah يَرْحَمُكَ الله” (semoga ALLAH merahmati kamu). Adapun menguap, maka itu berasal dari Syaitan. Apabila salah seorang di antara kamu sekalian menguap maka ia mesti menahannya sekuat tenaga, kerana apabila ada salah seorang di antara kamu sekalian menguap, maka Syaitan mentertawakannya.”(HR al-Bukhari)


Sementara orang yang mendengarnya hendaklah mendoakannya dengan menyebut Yarhamkallah (bagi lelaki) atau Yarhamkillah (bagi perempuan). Dan sunat pula bagi orang yang bersin itu menjawab dengan ucapan Yahdini wa yahdikumullah (semoga Allah memberi hidayat kepadaku dan kepada kamu semua).

Kita juga dianjurkan supaya tidak meninggikan suara serta menggunakan kain untuk menutup hidung dan mulut ketika bersin. Bersin ini baik untuk kesihatan kerana buang segala benda-benda asing. Jadi jangan tahan-tahan. Tetapi kalau menguap,haa..itu seboleh-bolehnya kita kena tahan sekuat hati.


Auto Publish

10 comments:

  1. hatchumm bersin kat sini. Alhamdulillah ;)

    ReplyDelete
  2. ek. xleh tutup dgn kain ye ? habis kena hala ke dinding la ek ? yela nnt kena org semburan penyegar tu. hihik. Yarhamkillah aini :)

    ReplyDelete
  3. @Mar Haini Abdul Rahim hehe..akak ni main-main lah..saya ingat salah tulis. Akak jangan salah baca..malu saya macam ni..hehe.

    ReplyDelete
  4. Rupanya Aini perkataan pertama Nabi Adam setelah ia diciptakan adalah Alhamdulilah...selepas dia terbersin

    ReplyDelete
  5. oo okay2.. pernah dengar jugak dulu.. hehe.. =)

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.