31 March 2013

Segmen Blogger Muslimah

Assalamualaikum...


Nasib baik buka blog, kalau tak melepas lagi dah. Terima kasih, akak +Mieza Jhaa K dan juga kak +miz ruha sebab tag. Kalau nak join juga klik je banner di atas.

Warna Baju : Turquoise
Warna Tudung : Putih
Nickname : Aini Zakaria


Sekarang mangsa tag saya : Adik Manis Sabella dan juga adik manis Lissa.

Cepat-cepat join. 




Tunggu saya beri penjelasan dulu, boleh tak?

Assalamualaikum...

Biasanya kalau kita tengok drama ke cerita-cerita dalam tv mesti susah sangat pihak-pihak yang terbabit nak beri penjelasan terlebih dahulu kan. Terutama sinetron.

Alahai...tak tahan je rasanya nak jerit. "Ehh..tak boleh ke kau bagi dia beri peluang untuk beri penjelasan!" Ini tak terus, cakap "tidak, ayuh...kita pergi dari sini." Tak pun, pangg...kena pelempang, lepas tu menangis-menangis, lari.

Penjelasan

Apa salahnya kan, kalau orang itu buat salah kita beri dia peluang untuk di bela diri. Beri penjelasan...hikhik. Tiba-tiba rasa geram sangat-sangat tengok cerita macam tu. Bukan sinetron saja rasanya, cerita Melayu pun kadang-kadang macam itu kan. Kesian orang itu, kadang-kadang dia tak salah pun, belum sempat membela diri dah kena maki, kena pelempang, kena halau rumah.

Lepas itu, sinteron sikit-sikit tertukar anak. Cerita korea, sikit-sikit touching. Cerita Hindustan, sikit-sikit menyanyi. Cerita Melayu, sikit-sikit iklan. ehh...Asyik tertukar anak saja. Serabut betul, susahlah kalau macam tu. Orang dekat sana tu, disarankan jangan bersalin di hospital, sebab takut tertukar anak. T_____T


Ohh...ini semua pengaruh telibisyen(television).

Peluang



Tapi dalam semua keadaan, semua orang haruslah di beri peluang kan. Misalnya, seorang yang dahulunya jahat ingin berubah menjadi orang yang baik. Berilah dia peluang untuk berubah. Bukannya menghina, mengeji dan menjauhi mereka, tapi kita dekati mereka, bawa perubahan dalam diri mereka. Moga dibuka dipintu hati mereka. ^___^


p/s: Tapi Sinetron, Korea Drama(Jewel in the Palace) dekat tv al-hijrah...semua best-best. 

30 March 2013

Tutorial | Cara Install Alexa Rank Toolbar di Chrome

Assalamualaikum...

Ada cik adik manis yang request tutorial ini jadi, saya tolonglah buatkan. Nama dia minta di rahsiakan. Sebab dia pemalu..hehe. Dah, akak tak dapat promote blog kamu.

Tutorial | Cara Install Alexa Rank Toolbar di Chrome


Cara Install Alexa Rank Toolbar di ChromeBoleh klik sini, kemudian tekan Added to Chrome.

Fungsinya :
The Official Alexa Traffic Rank Extension, providing Alexa Traffic Rank and site Information when clicked.Alexa Traffic Rank is Alexa Internet's free extension for Chrome, and is the only extension that includes you in Alexa's traffic panel. The Alexa extension accompanies you as you surf, providing you with Alexa data about the sites you visit without interrupting your browsing.

Atau boleh juga gunakan addons PageRank ini, ada dua-dua function, Alexa Rank dan juga PageRank.

Cara install PageRank Toolbar di Chrome pula. Boleh klik sini.

Fungsinya :
Shows Google PageRank and AlexaRank of current web page, quick access to Geo IP Location, Whois, Alexa, backlinks and indexed pages.
Bagus tau install addons ini, kita dapat tahu peningkatan atau penurunan blog kita. Ayuh, install ramai-ramai. Dah install? Bagus-bagus.. ^____^


p/s: Rank blog saya turun balik, sebab tinggal blog beberapa hari tak di update. T___T

Segmen: 300 bloggers

Assalamualaikum...


Segmen: 300 bloggers


Syarat :

1. Buat satu entri bertajuk "Segmen: 300 bloggers", letak gambar atas dan backlink ke entri ni.
2. Publish dan hantar link korang, settle.

Tarikh tamat @ 3 April 2013 | Tepat pada masa 11:59 malam

Nak join juga klik banner di atas.


29 March 2013

Elektrik Tak Ada, Blog Pun Tak Ada

Assalamualaikum...

Dah dua hari elektrik dekat rumah ini main cak cak. Kejap ada, kejap tak ada. Ada je rasa nak gigit-gigit ni. Nak gigit tiang elektrik tak boleh. Patah pula gigi. Gigit wayar, kena gejatan elektrik pula kang. Sabar saja lah kan.

Lampu Minyak Tanah

Tak ada elektrik ini sememangnya menyukar kehidupan seharian. Macam-macam tak boleh buat. Berblog ler tu. hehe. Saya memang suka main dengan lilin ini. Ala-ala candle light dinner. (Tangan di bahu mata ke atas).

Without Electric

Nak membaca pun susahkan kalau guna cahaya lilin ni. Nak rabun biji mata yang dah sedia rabun ni. Dekat punya dekat, tak sedar rambut terbakar. Sememangnya elektrik dan air satu keperluan. Terbayang rasa kesusahan mereka yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Lampu tak ada, air tak ada..Allah susahnya hidup.

Bersyukur-bersyukur. Alhamdulillah. Terima kasih...Ya Allah.


28 March 2013

Special Giveaway : Buah tangan dari LANGKAWI dari CF

Assalamualaikum...

*Nak join? KLIK BANNER*


Akademi Insan Cikgu Fizi diusahakan sepenuhnya oleh Cikgu Fizi. AMIN CF ini yang berada di Akademi Insan Cikgu Fizi, No 7-2, Jln Melati Utama 4, Melati Utama, 53100 Setapak Kuala Lumpur. Cikgu Fizi juga ada menyediakan Bengkel bengkel untuk Anak Yatim di Seluruh Malaysia. Sila lawati CIKGU FIZI' untuk info tentang bengkel bengkel.

Cikgu Fizi juga ada menjual buku Karangan Luar Biasa untuk UPSR, SPM dan STPM. Jika berminat sila Hubungi Cikgu Fizi Tel : 011-15657522.

Num Hp : 011-15657522

Pada 25/3/2013 Cikgu Fizi ke Langkawi untuk menjayakan satu Bengkel yang dadakan di sana. Bengkel ini untuk Anak anak yatim. Jadi sambil CF pegi Langkawi, CF ingin berkongsi rezeki dengan semua pengunjung blog www.cikgufizi.my.

Inginkan Ole Ole dari Langkawi oleh Cikgu Fizi? Meh jon SINI. Hadiah memang gempak!!!!!



Harimau Putih yang Sindrom Down

Assalamualaikum...

Si Kenny merupakan seekor harimau putih yang mengalami penyakit sindrom down. Unik kan. Tak sangka, binatang pun ada penyakit sindrom down ni.

Harimau Putih yang Sindrom Down

Harimau Putih yang Sindrom Down

Harimau Putih yang Sindrom Down

Harimau Putih yang Sindrom Down

Harimau Putih yang Sindrom Down

Tapi Kenny tetap comel kan. ^___^

Lampu Botol Plastik

Assalamualaikum...

Dengan hanya menggunakan Botol Plastik, Air dan juga Peluntur ianya mampu memberi bekalan cahaya lampu percuma kepada masyarakat di selatan Filipina ini. Menarik kan.

Lampu Botol Plastik

Memang sangat-sangat kreatif. 






Versi penuh cara nak buat lampu ini boleh lah menonton video di atas. 

Bersyukur sangat-sangat. Kita hidup dalam keadaan yang sempurna. Semua cukup. Cahaya yang menerangi malam kita bukan lagi lampu minyak tanah. Tak ada lampu je, susah dan malap je malam kita kan.

p/s: Tulis entry ni semalam, simpan dalam draft. Tup tup..pagi tadi pukul 6 tak ada elektrik ma..Maknanya dia saja, nak suruh saya try buat lampu ni kot. T____T

27 March 2013

Pencarian Bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip

Assalamualaikum...



Kalau nak join sekali..klik je banner di atas ye. Jom sama-sama join..support adik manis ini. ^___^. Jangan risau orangnya sangat-sangat peramah.


Syaratnya
  1. Follow Blog Bila Jari Mula Menaip
  2. Buat satu entri bertajuk "Pencarian Bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip"
  3. Tampalkan banner yang tersedia di atas dan linkkan ke entri ini.
  4. Klik like SINI *jika anda rasa gambar itu comel*
  5. Tinggalkan link entri anda di komen box entri tersebut.

1st Give Away Love LIMITED EDITION by cci

Assalamualaikum...




Syarat-syarat:-
  • Buat 1 entry bertajuk "1st Give Away Love LIMITED EDITION by cci" dan backlinkkan entry tersebut disini.
  • Copy Banner di atas dan letakkan di entry korang
  • Follow Blog cci dan Fan Page cci 
  • Mencari 10 orang pemenang + 10 org pemenang= 20 Orang
  • Pemenang akan dipilih secara random dan pandai membodek cci :P

Hadiah-Hadiah:-
  • 1x Note Pad Book
  • 2x Set Button Badges
  • 10x Bookmark
  • 5x Greeting Card
  • 2x Watermark
  • 2x Header
Tarikh Mula:- 25hb March, 2013
Tarikh Tamat:- 07hb April, 2013
Masa:- 11.00mlm


Akak..nak kena bodek akak ye..hehe. Jap-jap..nak bodek ini. Akak kan comel, cantik, baik hati, saya kenyit-kenyit mata ni. Akak nampak tak? hehe. Moga murahlah rezeki saya. Dapatlah saya 1 hadiah dari akak yang super duper comel dan baik hati ni..hehe..Ikhlas tak boleh cakap. Tapi memang saya ikhlas..hehe. ^__^

Nak join juga? Klik je banner yang memang MasyaAllah..comel bebenor..Bodek lagi ni kak.. 1 point, credit dalam account saya ye kak..hehe.  ^___________^

Jom semua join ramai-ramai..untuk memeriah segmen dan GA ini juga kan.



Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com

Assalamualaikum...






NAILI SHOPPE : Kedai Online Termurah Di Pasaran


Naili Shoppe merupakan pemborong, pengedar dan penjual pelbagai produk kecantikan, kesihatan, tudung (bawal, labuh, ratu), stoking buluh, shawls serta pelbagai jenis aksesori bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Naili Shoppe ini ialah D’Herbs, Anugerah, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Nurbeautyline, Fellina, Megah Perawan, CocoaCollagen, Avail, Pamoga - Vida Beauty, Beauty Umairah, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Hijrah, Smartherbs, Pompure, D’Qistee, Produk Sunnah, Jerslin, Jamu Ratu Dara dan banyak lagi.


PEMBELIAN SECARA ONLINE AMAT DIALU-ALUKAN

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-
Puan Naili : 013-3913 349
Emel  : nailishoppe@gmail.com

Alamat Premis :
Naili Shoppe
T00-UF2, Blok C
Pangsapuri Putra Damai
Jalan P11E Presint 11
Putrajaya

Business Hours :
Isnin – Jumaat ( 10 pagi – 9 malam )
Sabtu – Ahad ( 10 pagi – 8 malam )




Syarat Penyertaan Giveaway

  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Like Fanpage NailiShoppe dan Add To Circle Google+ Naili S
  3. Like Fanpage Keledek Pedas dan Add To Circle Google+ Dennis Zill
  4. Buat entri bertajuk Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
  7. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual.
  8. Giveaway ini akan berlangsung dari 12.01 pagi 23/3/2013 sehingga 11.59 malam 7/4/2013


Hadiah Giveaway - Wang Tunai Berjumlah RM 200.00

  • Pertama : RM 40 X 1 orang
  • Kedua : RM 30 X 2 orang
  • Ketiga : RM 20 X 2 orang
  • Keempat : RM 10 X 6 orang


Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh Naili Shoppe dan Mykeledek dengan kerjasama Mialiana.com


Feed blog memang ada masalah ye?

Assalamualaikum...

Saya tak tahulah kenapa dengan blog ni..grr..hehe..geram je. Update punya lah lama, tapi tak keluar-keluar. Kalau lambat keluar tahan lagi, ini tak keluar langsung. Sampai saya buang domain sekejap, kemudian pasang balik.

Geram betul..hehe..Nak marah siapa ni..hehe. Saya tengok, blog kak +miz ruha pun gitu. Kak ruha dah post entry dah beberapa jam yang lalu, dah siap saya komen dan baca pun tapi dekat dashboard baru keluar 15 minit lalu.

Selalunya jadi macam ni saya re-sync feed atau ping feed dekat feed burner, okay balik..tapi sekarang ni, saya dok buat banyak kali tak jadi-jadi. Kenapa ye? Ada sesiapa tahu tak?



p/s: Mesti entry ni lambat keluar..berjam-jam dah publish baru dia nak keluar..


Menang Segmen Template Siapa Paling Cantik?

Assalamualaikum...

Pagi tadi, bukalah CBox..Lepas tu tiba-tiba terbaca shout dari Huda.

Tahniah awk menang dalam segmen cik fie

Terkejut..menang apa? hehe. Rupanya menang Segmen Template Siapa Paling Cantik ? Ye lah, saya ini kan jarang bertuah..kihkih. Alhamdulillah. Rezeki Allah beri untuk saya, saya menang no 2. Baru minggu lepas tulis entry pasal adik-adik SPM.

Rezeki dan nikmat Allah sangat luas dan banyak. InsyaAllah, suatu hari nanti mesti melekat punya dekat kita, tidak di dunia pasti Allah beri di akhirat.
Alhamdulillah..Syukur Ya Allah..Kan betul, pasti ada rezeki yang melekat dekat kita. Kalau bukan sekarang, nanti mesti ada. Ye lah, Nurul Aini ini kan suka sangat merungut, konon dirinya tak bertuah. Nah..Allah bagi rezeki pada saya.

Terima kasih pada Cik Fie dan juga sponsor-sponsor yang lain. Rezeki manusia, Allah dah tetapkan. Jangan risau ye. Kalau tak dapat sekarang, Allah ganti dengan yang baru. Allahuakbar, Allah itu Maha Adil. ^____^


p/s: Terima kasih pada rakan blogger juga. Mulut anda semua masin-masin. Mendoakan saya. Kan percakapan itu satu doa. Terima kasih semua.


Blogwalking Bermula

Assalamualaikum...

Senyum

Hello..i back..Macam pergi lama je kan. hehe. Maaf sangat-sangat tak blogwalking blog anda semua. Lately, saya super duper busy. Maaf ye, serba salah rasa.

Anda semua rajin juga datang dan tinggalkan komen dekat blog ni tapi saya tak balas jejak. InsyaAllah, hari ini saya khatam satu blog anda. Saya komen balik entry-entry lama blog anda ye. Tunggu saya ke blog anda semua. Nanti jangan terkejut pula saya spam dengan komen..hehee. ^__^

Tunggu saya di sana.

p/s: Rindu dengan semua.

Wordless Wednesday #20 : How to be a Panda

Assalamualaikum...


Wordless Wednesday #20 : Panda

Hehe..boleh testing dekat Cusu(kucing saya) yang dekat rumah tu. hee. Comel. ^__^


Wordless Wednesday #19 : Suka Tak?


Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #19 : Suka Tak




Auto Publish


22 March 2013

Jangan sedih adikku

Assalamualaikum...

Semalam keputusan SPM dan juga STPM telah pun selamat keluar dengan jayanya..hehe. Kelakar je bunyinya. Tahniah pada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Pada yang tak berjaya, janganlah bersedih hati, InsyaAllah..pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Terimbau kenangan waktu ambil SPM dulu..saya sampai lambat sikit, diluar dewan riuh dengan suara-suara cikgu-cikgu dan rakan-rakan. Dubdubdabdab rasa hati. Takut, seronok dan macam-macam perasaan ada. Ada kawan-kawan yang dapat 6A, 7A..waaah..makin berdebar ni. Saya jumpa 3 orang kawan baik saya. Kami melangkah ke dewan sama-sama, ambil result berdebar-debar sungguh. Kami buka result kami.

Ya Allah..melompat-lompat seronok. Peluk-peluk dan ketawa sama-sama. Alhamdulillah..berkat usaha kami. Walaupun kami bukanlah dari sekolah asrama penuh mahupun MRSM tapi kami tetap dapat buktikan bahawa pelajar luar bandar pun mampu buat yang terbaik. Subjek tambahan yang kami ambil pun, alhamdulillah. Siap tunjuk dekat ustaz, ustaz kami dapat A+..hehe. Ustaz hensem senyumanmu manis. ^___^ Terima kasih cikgu. Rindu cikgu-cikgu yang kami sayang dunia akhirat.

Rezeki dari Allah..Sesungguhnya setiap kejayaan itu haruslah di mulakan dengan usaha. Tiada istilah orang yang bodoh di dunia ini. Semua orang mampu berjaya. Kalau gagal sekali bukan bererti gagal buat selama-lamanya. Teruskan berusaha. Rezeki dan nikmat Allah sangat luas dan banyak. InsyaAllah, suatu hari nanti mesti melekat punya dekat kita, tidak di dunia pasti Allah beri di akhirat. Janganlah sedih ye adik-adik ku.

Frust, kecewa, sedih sebab tak dapat apa yang kita impikan? Jom kita baca doa ini sama-sama ye.


Jangan sedih adikku


Pengukur kejayaan seseorang bukan terletak pada A nya sahaja tapi berdasarkan pencapaiannya pada masa hadapan. Kalau A banyak, tapi tiada masa depan kan tiada guna juga kan kan kan.. Jadi janganlah putus asa dan terus kecewa. Teruskan sahaja berusaha ye. Jangan sedih-sedih, Allah sentiasa ada. Luahkan pada DIA, DIA faham dan tahu segalanya. Allah itu sangat-sangat "sweet". Dia sayang semua hamba-hambanya.

Orang yang berjaya adalah orang yang tidak menyimpan rasa amarah dan rasa sakit hati kerana kekecewaan yang lalu, tetapi terus menyimpan semangat untuk terus maju kehadapan.

p/s: Salam Jumaat semua. Solat Jumaat, jangan lupa. Tak solat Jumaat 3 kali, ditutup pintu hati. >___<

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

Assalamualaikum...


MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

Akhirnya GA yang di tunggu-tunggu telah berlangsung..hehe..Jom join sekali support Mak Dara. Nak join klik banner di atas ye.

Tag : +Mar Haini Abdul Rahim+miz ruha+Nabeel Fikree dan semua blogger yang baca post ini.

GA atau segmen yang awesome ini turut ditaja oleh :

SheilaSalim,MrsVelentine,PuanGojes,MasZull,SeneoritaBaharin,Hazmanakaspecies1980,NadiaFarahida,Keyme,mamahannybunny,SiMatatajam,DayangDeno,AimanAziz,SuWaRaEntertainment,BetaKupu,SyidaRasyida,HanaMaroo,DatinTyka,ShimaMazlan,MimeMF,ZamaniAbe,MrsValentine,NormiNieza,SayaSukaGelak,CTCHEERY,ERAY,AYUJEAN,Lynn Si Pipi Merah,Kesuma Angsana,Kyle Kesha,Mohd Ridzwan.


Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang

Assalamualaikum...

Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang


Ini adalah segmen pertama dari Belog Cik Kumbang.Tujuan Cik Kumbang buat segmen ini adalah untuk memudahkan Cik Kumbang blogwalking & terjah update terkini blog korang yang join segmen nie.Segmen nie inspired by Mia Liana & Cik Farah,sebab Cik Kumbang menggunakan konsep copy&paste coding HTML sahaja untuk join.Mudah kan?



KENAPA KORANG PERLU JOIN?



SEMUA blogger yang join segmen nie akan dimasukkan ke dalam Blog Khas,Bloglist Cik Kumbang di [SINI] untuk sepanjang tahun 2013 ini.Best kan :) Dan yang paling best, Cik Kumbang akan pilih sekurang-kurangnya 10 blog untuk direview di facebook page Belog Cik Kumbang dan 5 blog untuk direview di Belog Cik Kumbang dengan menggunakan random.org !!! Menarik tak? JOM JOIN !!!

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN



1.Follow Belog Cik Kumbang untuk mengetahui update terkini segmen ini.Klik

2.LIKE Fanpage Belog Cik Kumbang.Klik

3.Buat satu entry dengan tajuk Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang.

4.Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila klik di bahagian coding, kemudian tekan Ctrl+C serentak untuk copy dan akhir sekali paste kan ke ruangan HTML korang.

5. Make sure korang tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen NIE & nyatakan kategori blog korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist Cik Kumbang nanti.



TARIKH TAMAT: 20 April 2013.

21 March 2013

Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist

Assalamualaikum...


Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist


Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Mac dan April iaitu pencarian bermula dari 19 Mac 2013 hingga 11:59 malam 21 Mac 2013 nanti.


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog NabeelStories.com.
  2. Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja


Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.


p/s: Jom join ramai-ramai support adik Nabeel. ^__^
.

Tutuplah Aib Orang, Allah Tutup Aib Kita

Assalamualaikum...

Jom muhasabah diri sebentar. Saya juga tanpa sedar melakukan kesilapan. Kekadang bila hati terasa sakit dan geram mulalah ringan sahaja jari menulis dan mulut ini mengata, mengumpat dan sebagainya. Astaghfirullahalazim..maafkan hambamu ini Ya Allah.

Kita sememangnya tak pernah terlepas daripada perkara ini bukan. Malu sungguh rasa diri. Kalau di hitung dosa kita, adakah ianya dapat ditutupi dengan amalan kita yang sedikit itu? Dosa kita pun tak terhitung, jadi tak usah lah kita buka aib orang lain.

Tutuplah Aib Orang, Allah Tutup Aib Kita
Kalau kita tutup aib orang lain, jangan risau Allah akan tutup serapat-rapatnya aib kita, di dunia mahupun di akhirat. Kalau kita buka aib orang lain, jangan risau juga, Allah akan bukakan seluas-luasnya aib mu di akhirat.

Umpama wayang pacak, ditayangkan di padang awam untuk tonton umum. Semua orang nampak. Bayangkan kalau semua orang tahu keburukan kita. Ya Allah, malunya. Kenapa..aib orang, kita buka. Aib kita, kita tutup? sebab kita malukan. Jadi kenapa perlu, kita buka aib orang, orang yang di aibkan itu tak ada rasa malu dan sedih ke? Kalau kita di aibkan? Kita suka?

Tutuplah Aib Orang, Allah Tutup Aib Kita

Allah..Maafkanlah Hambamu ini.

Apabila kita melihat keburukan orang lain, lihatlah dulu keburukan kita. Senaraikan satu persatu kejelikkan diri kita. Sungguh kita tak kan mampu menghitungnya, tidak tahu sama ada ianya terlalu sedikit atau terlalu banyak untuk dihitung. Syurga dan neraka adalah HAK ALLAH. Dia yang lebih layak menilai hambanya.

Sekali pun dia buat salah, tegurlah dia dengan cara yang tersembunyi (private) tanpa membuka aibnya pada orang lain. Aib ini adalah dengan menyebut nama dan keburukannya kepada orang lain.

Sungguh banyak dosaku perbuat, tidak layak ku untuk ke syurgaMu, Ya Allah..tapi takut pula aku untuk ke nerakaMu. Ya Allah, ampunilah dosaku dan saudara-saudaraku dan tutuplah aib-aibku.

p/s : Kita nampak dan kelihatan baik sebab Allah tutup semua aib kita.


20 March 2013

Wordless Wednesday #18 : Love Egg

Assalamualaikum...

Egg Love Shape


Let's have a try..hehe. Bagi dekat buah hati kita. Umi saya lah.

Auto Publish

Manfaat Facebook untuk kenali Jodoh

Assalamualaikum...


Manfaat Facebook untuk kenali Jodoh


Manfaat Facebook untuk kenali Jodoh

Manfaat Facebook untuk kenali Jodoh

Manfaat Facebook untuk kenali Jodoh


Auto Publish

Wordless Wednesday #17 : Kembar Saya

Assalamualaikum...


Wordless Wednesday #16 : Kembar Saya


Ehh..kembar ye?

Auto Publish

Wordless Wednesday #16: Batman bin Suparman

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #19: Batman bin Suparman

Unik kan nama dia. 

p/s: Tiada niat untuk memperkecilkan nama dia, cuma nak berkongsi keunikan namanya. Nama atuk saya pun unik juga. Unik itu pelik, pelik itu unik kan. ^____^

18 March 2013

Telah Habisku Selongkar

Assalamualaikum...

Malam semalam, tiba-tiba je line berukband ini laju..hehe. Maka saya pun menerjahlah ke laman sesawang, mencari cerita mahupun lagu-lagu yang menarik untuk di tonton dan di dengar bagi melepaskan tekanan dan kepenatan yang melanda. Buka punya buka, terbuka Vitaminbie punya channel.

Siapakah Vitaminbie itu? Beliau ada Mr.Bie yang suka sangat buat Parodi khasnya lagu artis-artis dekat Malaysia ini. Kenal idok? Mesti dah kenal kan. Mr.Bie and the geng ini bukan buat Parodi yang kelakar-kelakar tu tapi Parodi yang sangat-sangat bagus untuk anak-anak muda yang sukakan hiburan.

Hiburan mereka bercorakkan keislaman. Mengajak kita mengingati Maha Pencipta, ALLAH, dan juga agama islam. Di sebabkan sangat-sangat tertarik dengan video-video mereka, maka habis video di channel Vitaminbie saya selongkar. Saya paling suka video ini. Winter Sonata. Sonata Seorang Kekasih iaitu Rasulullah S.A.W.



Nak tengok semua video-video parodi Mr.Bie ini boleh lah pergi ke channel beliau di sini. Mr.Bie and the geng pun dah keluarkan album. Mesti semua dah kenal dia kan, lagi pun parodi dia baguih. Selamat Menonton. 


p/s: Banyak betul artis youtube ye. Ada jumpa seorang Encik Mimpi, suara dia pun sedap juga lah. Bukan mimpi sampai ke bintang ye. Ada blog juga. Ehh..promo pulak dah. T___T

Janganlah Jadi Orang yang Sombong

Assalamualaikum...

Orang yang sombong biasanya selalu rugi. Kalau kita tak sombong, semua orang akan rasa dekat dengan kita. Bila kita susah, mudah nak dapat pertolongan. Jom kita ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Kita berada di atas puncak, kita nampak semua di bawah adalah kecil dan kabur bukan? Sebenarnya semakin kita berada di atas, kita akan rasa kita semakin kecil. Kebarangkalian untuk jatuh juga adalah amat tinggi.

Bila ianya jatuh, hancur dan  terus berkecai. Apa gunanya? Jadi, janganlah apabila kita di atas kita rasa kita makin besar. Riak, takbur, sombong dan bongkak itu tergolong daripada salah satu Syirik Khafi.

Syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara. Nauzubillah. Tanpa kita sedar kita melakukannya.


Janganlah Jadi Orang yang Sombong


Maksudnya;
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri[18].

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai" [19].


Janganlah Jadi Orang yang Sombong


“Ya Allah jadikanlah aku disisimu termasuk orang yang paling tinggi darajatnya, dan jadikanlah aku dalam diriku orang yang paling rendah dan ditengah-tengah manusia menjadi orang yang biasa-biasa saja”(Khalili bin Ahmad)


p/s: Ditujukan untuk diri saya juga, yang selalu saja alpa dan leka.

 Auto Publish

17 March 2013

Ukiran pada Buah Pisang

Assalamualaikum...


Ukiran pada Buah Pisang

Kreatif dan unik kan..tapi dalam satu masa, menakutkan pun ada.




16 March 2013

Youth Credit Card Contest #4

Assalamualaikum...

This post for Youth Credit Card Contest which is organized by Nuffnang. Here it's my explanation the design for this card.



Rocking Name : Splash with Colour 

Splash color in the card are showing the youth are enjoying the colourful of life. Live your life like splash color. Bring the happiness in your life by using this card. Enjoy using it in the smart way.


Youth Credit Card Contest #3

Assalamualaikum...


Youth Credit Card Contest #3





Check out my first and second design here :
Your comment are welcomed here. 


Semangat Patriotik Hilang?

Assalamualaikum...

Tadi tengok MHI, perbincangan yang sangat menarik, iatu berkaitan dengan Semangat Patriotik. Lagi menarik, ada juga di selitikan 2 buah filem yang saya tak pernah tonton. Iaitu Darah Satria (1983) dan juga Prebet Lapok (1979).

Tak pernah tengok walaupun sekali..tahu pun tidak. Rasanya saya tak pernah nampak pun mana-mana tv yang siar balik 2 buah filem ini. Astro itu, saya tak tahu sebab saya tak ada piring kelabu atas bumbung.




Kalau Bukit Kepung, Sarjan Hassan, Leftenan Adnan dan lain-lain, itu memang selalu di tayangkan. Pernah tengok lah kiranya. Last tengok Bukit Kepung, dengan arwah ayah. Allah..sedih sangatkan cerita itu. Memang banyak jasa-jasa pejuang-pejuang negara kita. Sekaligus, berkobar-kobar dan semakin bertambah semangat patriotisme dalam diri.

Sekarang dah kurangkan filem-filem yang bertemakan Patriotik ni. Rasanya memang patut di tayangkan semula atau buat filem baru. Baru anak-anak Malaysia ini dapat lihat dan kenali balik sejarah-sejarah negara kita menentang penjajah. Dari situ, kita dapat rasa betapa besarnya tanggungjawab pejuang negara kita, bukannya menghina.

Sepatutnya seluruh rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira apa parti, bangsa, mahupun agama. Bersatu untuk kedaulatan dan keselamatan negara kita juga. Tak usah lah kita sibuk bergaduh, sedangkan bukan kita yang rasa dan duduk di tempat mereka di sana. Bukan kita yang mengangkat senjata, bukan kita yang mencelikkan mata untuk bersiap siaga. 

Apa yang kita buat, kita doakan keselamatan pejuang negara, menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Bersatu menentang musuh. Kekalkan kedamaian yang sedia ada.  Ayuh, kita tanamkan semangat nasionalisme dalam diri sebagai rakyat Malaysia. 
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci;..." (Al-Baqarah : 216 )

p/s: Dari dulu nak jadi Polis, saya cuba lah minta dulu lepas dapat result SPM,tapi  dia kata time tu tak ada pengambilan anggota perempuan. Kenapa tak mohon sekarang? Roomate saya kata, habiskan belajar dulu. hehe. Sekarang ada pengambilan untuk TLDM, lelaki je. Untung tau jadi lelaki.. ^_____^

14 March 2013

#1 - WEEKLY GA BY SHARINA

Assalamualaikum...



Oleh kerana saya di tag oleh kak +miz ruha, saya pun join lah. Lagipun GA ini simple je. Nak join klik banner dekat atas ye. Jadi mangsa tag nya adalah..jeng jeng..hehe. kembar ku adik +aini shahroni dan juga akak +Rieyn Anna. Maaf tertag. ^___^

Jemputlah join semua, sebelum tarikh tutup lagi 2 hari je lagi.


Youth Credit Card Contest #2

Assalamualaikum...

This post are related to Nuffnang new Youth Credit Card Contest. Here it's my second design for this contest. Looking for my first design, just click here.


Youth Credit Card Contest #2


Any idea or critique are welcomed, just leave your comment below. Till then, bye-bye.  ^___^

Cek Nuffnang Dah Sampai

Assalamualaikum...

Bulan 1 hari tu, saya cash out Nuffnang untuk pertama kalinya dan tengah hari tadi umi kata saya dapat surat. Bukan surat cinta, tapi surat dari Nuffnang. Yeah, cek saya dah sampai. Alhamdulillah, lama juga menunggu cek ni, padahal jumlahnya tak banyak mana pun.

Cek Nuffnang Dah Sampai

Setakat makan nasi putih, ayam bakar dan air asam dekat dm lepas lah..hehe. Tak tahu bila nak tunaikan. Malas satu hal dan sibuk pun satu hal ni. Apa-apa pun terima kasih Allah, Alhamdulillah.. dan juga pihak Nuffnang. Nanti bagi lah CPUV banyak-banyak ye..hehe.

Hari itu saya ada hantar ticket pada Nuffnang, bertanyakan 2 soalan iatu berapa lama kempen atau CPUV bertahan di dalam blog kita dan cara nak dapatkan CPUV. Dah pun dibalas, nanti saya share ye.


Google Reader akan ditutup mulai 1 Julai 2013

Assalamualaikum...

We launched Google Reader in 2005 in an effort to make it easy for people to discover and keep tabs on their favorite websites. While the product has a loyal following, over the years usage has declined. So, on July 1, 2013, we will retire Google Reader. Users and developers interested in RSS alternatives can export their data, including their subscriptions, with Google Takeout over the course of the next four months.
(Sumber)

Google telah membuat pengumuman di googleblog bahawa Google akan memberhentikan beberapa services mereka termasuklah google reader yang akan di tutup mulai 1 Julai 2013. How sad.. ianya amat penting buat kita terutama sebagai seorang blogger. Nanti susahlah nak follow up entry-entry baru anda semua.

Apa fungsi Google Reader ini kepada kita?

Google Reader merupakan satu aplikasi atau platform yang di sediakan oleh Google untuk mengumpul data-data dari sesebuah laman web. Ianya bertujuan untuk memudahkan kita membaca post-post atau update terbaru dari mana-mana laman dan juga blog yang kita bookmarks atau follow.

Google Reader akan ditutup mulai 1 Julai 2013


Jadi susahlah kan bila ianya bakal ditutup. Oleh itu, jom ramai-ramai selamatkan reader list kita dengan menggunakan Google TakeoutFlipboard atau NuffnangX.

13 March 2013

13/03/2013 - Happy Birthday to you

Assalamualaikum...


Sanah Helwah My Dear.

Selamat Hari Jadi buat kakakku yang tercinta, Nurul Asikin. Selamat Hari Jadi, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Diberikan kesihatan yang baik. Dah masuk 22 tahun, jadi akak tak boleh jadi budak-budak dah. Sila jadi mature ye..hehe.. (Cakap dekat orang, padahal saya pun sama je). Disebabkan beza umur kami cuma 1 tahun, kami macam kawan-kawan je. 

Dan pada hari ini juga, hari jadi sahabat saya Shafina. Semoga panjang umur dan juga dimurahkan rezeki. Di permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat ye. Tak lupa juga, all the best for the final diploma show. InsyaAllah, pasti usaha dan pengorbanan awak terbalas dengan kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Amin Ya Rabbal Alamin. 


p/s: Wish..wish juga tapi doa jangan lupa..hehe. Opss..hadiah? Tak payah dah besar. T____T


Youth Credit Card Contest #1

Assalamualaikum...

This post is about The Next Youth Credit Card Contest organized by Nuffnang . So, I wanted trying my luck and come up with my design for this credit card. Erm..actually, I really doesn't know how to create the most suitable design for youth especially in Malaysia. Yes, even I am youth, i don't know because everyone have their own preferences. I take about 2 days, just to brainstorming the ideas to design this card.

Okay, let's move to my design...here it goes.


Youth Credit Card Contest #1

Tadaaa..

Youth Credit Card Contest #1


Any idea or critique..just leave your comment below. Really need the opinion from all of you to improve my design.

p/s: Nak submit satu lagi design lah.  It's little bit same but have a different color.

Youth Credit Card Contest #2


Wordless Wednesday #15 : Cooking Style

Assalamualaikum...


Beginikah cara anda memasak? hehe.


11 March 2013

Review Filem | A Crazy Little Thing Called Love

Assalamualaikum...

Pernah tengok tak cerita ni? Mungkin ramai yang dah tengok kan sebab cerita ni dah lama tahun 2010. Tak apa, saya nak review juga.

A Crazy Little Thing Called Love






Nam seorang gadis berkulit gelap dan berkaca mata dalam diam-diam meminati seniornya iaitu Shone. Nam dan 3 orang sahabatnya mencari jalan untuk mendekati Shone dengan bantuan buku "Nine Recipes of Love".  Mampukah Nam meluahkan perasaannya terhadap Shone.

Itu je, nak tahu lebih lanjut, kenalah tengok. Cerita ini memang best, gila-gila, bergenre romantic comedy. Kalau kita tengok cerita ni macam cerita budak-budak sekolah, yang mengalami "cinta monyet". Nama lain bagi cerita ni "First Love".

Jadi saya nak share kegilaan cerita ni bersama-sama anda. Kelakar pun ada, sedih pun ada, kisah persahabatan pun ada. Memang menarik untuk ditonton. Ost dia pun best. Crazy Little Thing Called Love OST. Jadi cepat tengok.

“Can you hear that? My heart.. Is telling you I LOVE YOU. But I cannot reveal my true feeling to anyone..”


p/s: Siapa yang dah tengok? Bestkan movie ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome