09 March 2013

Awal Perkenalan Kami

Assalamualaikum...

Ketawa terbahak-bahak baca tajuk entri sendiri. Entah apa yang lawak, tak tahu lah ye. Tajuk tu buat saya geli geleman je. Macam berkenalan dengan orang pun ada.

Entri ni bukanlah menceritakan kisah awal perkenalan dengan mana-mana jejak atau jejaki kacak seantero dunia tapi di awal perkenalan saya bersama cik software untuk men"design" iaitu GIMP, Photoscape, Photoshop dan sebagainya.

GIMP kenal tak? Software gambar haiwan tu? Tak kenal. Ini dia:


Inilah software yang mula-mula saya download. Tapi bila saya download, nak guna, bukan sepatah tapi berdua patah halal pun saya tak reti. Saya godek-godek pak cik google, tengok tutorial pun saya tak faham. Sedih, apa ke "laju" sangat kau ni Aini. T____T 

Kemudian saya kenal Photoscape, ini yang paling senang. Makan kacang pun tak senang macam Photoscape ini kan. Tipu.. Nak dowload Photoscape klik sini.


Daripada Photoscape ini, maka terhasil lah, gambar-gambar di bawah.





Banyak lagi, tapi mana entah dia pergi. Ini hanya untuk suka-suka. Mengisi masa lapang bila dah habis SPM. Tak buat apa-apa. Lepas itu, post dekat Facebook, tag kawan-kawan. Itu zaman kegemilangan Facebook. Mula-mula buat account, biasalah "jakun".

Sebenarnya dalam ketiga-tiga software ini. Saya kenal Encik PS ini dulu. Encik PS ni famous. Mesti ramai yang kenal kan. Photoshop.


Saya kenal dia dulu, saya tahu nama dia dulu, tapi malangnya saya tak dapat guna dia dulu. Banyak kali saya cuba, sampai doa-doa lagi, dapatlah photoshop, janganlah engkau mati tengah jalan (download).

Tapi tak dapat-dapat. "Cerdik" sangat saya time tu. Saya tak tahu photoshop ada portable version saya download yang entah mana-mana entah, saiz yang besar gedabak. 

Akhirnya barulah  jumpa jenis protable itu dan boleh guna photoshop. Fuhh..mendownload je pun dah beria. Dan saya mudah mesra bersama encik PS ni. Senang dan mesra alam. Di sebabkan dia juga, tiba-tiba budak akaun terjatuh dalam lubang seni reka grafik. Tanpa di ketahui, bahawa kos itu kena melukis..sobsobs..dah lah tangan kayu. Apa pun tak boleh. 

Banyak lagi software yang di download, kununnya nak guna, last-last tak reti. PS juga di hati. Sumo Paint lah, Picasa, CorelDraw, Paint Sai Tool(basic drawing) dan macam-macam lagi. 

Cukuplah, dah penuh 8 muka surat dah ini. Itulah al-kisahnya, software-software yang anda boleh guna untuk mengedit-gedit ini.

28 comments:

  1. IQ lak

    Paint>>Photoscape>>Photoshop>>SAI...

    XD

    ReplyDelete
  2. mmg lah photoshop tu yg paling the best utk design...hihi...

    ReplyDelete
  3. software GIMP tak reti guna..huhu;p

    ReplyDelete
  4. bgus2!! leh lar donlod mna yg bkenan di hati.. hohoho

    ReplyDelete
  5. Kita apa pun xreti. Xde seni sebab tu xpernah nak godek2 benda ni. Memang tak reti, hehe

    ReplyDelete
  6. hee., kalau Lissa., Windows Photo Editor > Picasa > Photoscape > Pixlr > Photoshop., hehe

    tapi kadang2 Lissa pakai semua sekali combination software2 semua tuu., baru laa best., eheeee

    ReplyDelete
  7. GIMP akk baru je download..tu yang terhasil header baru tu..hehehe..
    photoshop ya ampun..langsung tak reti..hahaha..ada je kat laptop ni..kalau photoscape ni expert la sikit..tak la rumit mna kan..hehe

    ReplyDelete
  8. akak pnah kusus adobe ni Tp jarang2 guna. ingt2 lupa fungsi tools.

    ReplyDelete
  9. Lor ingat berkenalan dengan orang..hehe ps best kan..try explore lagi..banyak function dlm tu..akak still belajar lg :)

    ReplyDelete
  10. Gimp reti sikit2 guna..photoscape ok la..photoshop langsung xde basic T__T.

    ReplyDelete
  11. Dulu pakai gimp laa jugak tp skarang dah tak guna dah pakai photoscape jee jarang edit gambar melainkan untuk masuk dalam blog jee hehehe.

    #tajuknya tak boleh blahh hahaha

    ReplyDelete
  12. GIMP xpenah guna lg huhuuu ajr plsss ^_^

    ReplyDelete
  13. suka guna adobe n photoscape xbb mudah... GIMP tak pernah tahu..ada mse ajar yer

    ReplyDelete
  14. Haha sama la kita Kak Aini. Dulu pernah download GIMP tu tapi tak reti guna. Tengok tuto pun tak faam jugak T_T

    Kalau nak edit gambar, saya guna PhotoScape ja. Senang dan cepat :)

    Kalau nak yang kompleks sikit, guna Photoshop. Tu pun jenuh nak kena ikut tuto haha :D

    ReplyDelete
  15. nak kena doload satu2 ni.. kot kot boleh buat banner macam aini. haha. err.. impian macam banner aini tu... haha..

    ReplyDelete
  16. Dulu kenal dgn bnyk software GIMP,SAI,PHOTOSHOP tapi sayang masa tu sejuta patah tak reti guna reti bukak je pastu blurr haha

    ReplyDelete
  17. Banyak software ni yang boleh di guna.. Wan memang tak pandai edit sangat.. Hehe kekok nak edit gambar..

    p/s : Semenjak kenal Boni wan asik belajar nak edit video je sekarang.. Hehe nak buat vlog :)

    ReplyDelete
  18. dulu ada gak download gimp dan paint net...pas format lappy, sekarang ada photoscape, Ai, Ps, Sai....2 lagi tu malas nak install...

    ReplyDelete
  19. Photoshop mmg best kalau buat design... tp yg mudahnya photoscape la...

    ReplyDelete
  20. baca tajuk ingatkan kenal dengan siapa lah tadi. hehehe :D rupanya software2 ni ye :)

    saya ada gimp, photoscape, photoshop dengan SAI tapi sayang takpandai nak guna. haha

    pandai guna photoscape je :) photoshop pandai la jugak sikit sikit :) hehe

    ReplyDelete
  21. Dina start gune photoscape dulu... Photoshop tak tahu langsung nak gune.... Almaklumlah dah berbulan bulan dgan p.scape smpai dah biase yang tu je.... Pastu lepas p.scape ade p.filtre... Yang GIMP tu download pon tak boleh... Aiyooo -_-

    Hehehehehe..........

    ReplyDelete
  22. akak ni memang pandai la bhg edit2 ni . bella nak guna photoshop pun tak reti . tskk

    ReplyDelete
  23. hee, amboihh tajuk kontrobesi gitu,,hehe...btw akak pon suka guna PS, yg lain2 tu xbest sgt kan...hee

    ReplyDelete
  24. Aini...okje mmg buta Software....hehe...apa yg aini sebut tu pernah dengar to belum ada hati nk berkenalan hehe..

    ReplyDelete
  25. Kenal, member baik kak anis ni kalo buat keje :P

    ReplyDelete
  26. tajut entry kasi kontrobesiiii :P:P:P

    ReplyDelete
  27. akak pn kalo bosan2 gatal tangan jugak. hihi. eh tp tak pernah download photoshop, teringin lahh huhu nak download ktne ek ~

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.