08 March 2013

Belajar Main Alat Muzik

Assalamualaikum...

Satu alat muzik, yang saya memang nak sangat belajar. hoho..tertiba je kan. Tak lah dah lama, nak belajar main alat muzik ini. Apa dia..tadaaa.....

Piano

Yeah...Piano.

Saya menarik, tertarik dan terdebom dengan Piano ni. Suka instrumental. Pianist yang I kenal Yiruma seorang je, itu pun sebab korea..hohoho. Kalau tak jangan harap. 

Hukum bermain alat muzik :

Belajar Main Alat Muzik
Maklumat yang lebih lanjut klik sini


Teringin nak balik zaman sekolah dulu, menyesal tak belajar muzik betul-betul. Lagi pun belajar muzik ni untuk mencukupkan jadual waktu je. Waktu tingkatan 1 dan 3.  Belajar main keyboard piano, cak lempong, macam-macam lagi. Tapi sebab tak minat dengan notes-notes muzik, major, minor dan segalanya. Maka memang masuk telinga kanan, bergayut kejap, lepas tu tak lama kemudian tergolek dan terjatuhlah dari telinga kiri.

Oleh kerana, dekat rumah tak ada piano(amboii..kau kaya sangat ke Aini nak ada piano?) saya selalu main piano online. Dekat Virtual Piano. Tapi, tak best. Paling best dekat Button Beats. Boleh bermain menggunakan keyboard laptop anda.

Jadi boleh lah berangan seolah-olah anda bermain piano(Kesian..saya ler tu.) Anda juga boleh memuat turun aplikasi piano tersebut. Selain virtual piano, macam-macam lagi ado, Xylophone ado, Electric Player Guitar  pun ado.

So, apa lagi. Anda juga teringin nak main piano. Ado ke? Jom lah sama-sama kita bermain virtual piano ni. Tak reti, hentam sajalah Labu. Saya pun taram sajalah, main punya main, dengar balik, bunyi macam music horror. T____T


p/s: Untuk suka-suka sahaja. Saya tak tahu dan buta muzik ye.

Auto Publish

15 comments:

  1. kak mia pun minat muzik juga.... paling suka tengok orang main gitar...

    ReplyDelete
  2. Reti main alat muzik dari permainan budak-budak tu je. heheh

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum awak. saya pun teringin nak belajar main piano. tapi tak mampu la. hehehe

    ReplyDelete
  4. samalah, saya pun teringin sangat nak pandai main piabo. hehe, minat Canon. :D

    ReplyDelete
  5. baru dua tiga hari lepas iha pergi button beats, yang gitar tu macam payah sikit nak main sebab kena pakai cursor..
    p/s: kalau betul2 minat main piano, tak payah terlalu serius utk belajar.. biar buta not janji telinga kena tajam sikit :)

    ReplyDelete
  6. Tak teringin pun nk belajar muzik... dah terlambat kot hehe

    ReplyDelete
  7. kalao akak nak belajar piano, gitar, biola dan paling suka drum..suh ammar naqeel je la nanti

    ReplyDelete
  8. paly pn suke maen piano, penah skali maen piano ngan tablet, lagu yiruma, kiss the rain.. tp skrg dah xingt :D

    ReplyDelete
  9. waa~ akk aini suka main piano ?? sama la ngn adk :D adk un suka tpi x prgi klas piano la...:( klu bleh wt la akk wt la klas piano~ keke...gurau je XD

    ReplyDelete
  10. Lissa suka main piano., tapi virtual piano jea., yang real x daa., heheh

    ReplyDelete
  11. zaman sekarang nak belajar main muzik senang je...cuma rajin dgn malas..segala video dah ada kat youtube...

    kalau betul2 teringin nak belajar piano belilah keyboard yg ada sambungan USB...

    kalau sekadar suka2 nak buat muzik boleh je guna keyboard laptop tu...hehe

    ReplyDelete
  12. best main alat music. tapi... tak reti la.. hehe :P

    ReplyDelete
  13. hehe. akak pernah maen satu je yang jelas dalam ingatan... kompang. hahahha. tu pon cekgu tegur, tangan jangan melantun. *gulps*

    kompang pon failed! hoho.

    ReplyDelete
  14. Eyish sama lagi. Saya pun minat nak main piano, dulu ada dekat rumah tapi takda siapa reti main lalu ayah bagi kepada orang lain. Rasanya la. Hehe

    Alia pun duk bukak jugak web button beats tu, main piano. Ada macam-macam versi. Syiokk :D

    ReplyDelete
  15. akak pun suke piano ! sedap kan kalo dgr instrumental dr piano.. hehe xpe la feeling2 dr online pn okey la, nk beli xmmpu hihi :D

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.