01 March 2013

Dua komando polis maut di Lahad Datu

Assalamualaikum...

LAHAD DATU: Dua komando polis terbunuh selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata, mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu selepas diarahkan pihak berkuasa.

Pada jam 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.

- BERNAMA (sumber)

Update : 2 mangsa tembakan telah di sahkan identitinya. Takziah buat dua komando polis iaitu INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN. Innalillahiwainnailaihirojiun.

Takut rasanya. Bapa saudara saya bekerja disana. Tapi dia tak dapat bertugas kerana menjalani pembedahan. Kalau tidak, tak tahu lah. Dah lah menceroboh masuk ke negara kita, lepas itu sewenang-wenangnya membuat durjana membunuh rakyat negara kita. Harap perkara ini dapat di selesaikan secepat mungkin. Sama-sama kita doakan agar mereka di sana selamat.

Update :  
10 penceroboh Filipina di Lahad Datu dilaporkan menyerah diri selepas pertempuran bersenjata berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh berkenaan, kata Kedutaan Malaysia di Filipina. ABS-CBN News melaporkan memetik Duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim berkata pencerobohan tersebut telah berakhir.


24 comments:

  1. semoga semuanya selamat.. aminn...

    ReplyDelete
  2. Oh patutlah hashtag #PrayForLahadDatu trending. Akhirnya terjawab jugak persoalan saya. Fuhhh~ tak guna mereka tu.

    ReplyDelete
  3. Ishh ntah ape ape je diorang tu...harap ayah saudara akak ok je kat sane...

    ReplyDelete
  4. takutnye la..harap semua selamat, pray for lahad datu :'(

    ReplyDelete
  5. innalillah
    dan salam takziah
    tgk berita tak sat

    ReplyDelete
  6. moga mereka yang berada disana selamat...

    ReplyDelete
  7. takutnye. hope semuanya selamat :/

    ReplyDelete
  8. al fatihah :( semoga tiada nyawa tekorban lgi

    ReplyDelete
  9. al fatihah kepada pejuang negara

    ReplyDelete
  10. hal ini akan menguji sejauh mana negara kita bersedia dari aspek pertahanan...apa2 pun takziah buat keluarga anggota polis yg terkorban...al fatihah

    ReplyDelete
  11. eeiii..geram nye. emo plak akak baca berita ni. huhuhu

    p/s: ari isnin akak pos hadiah yer. Adik mmg ada kat umah ke?

    ReplyDelete
  12. semoga rakyat Malaysia selamat aminnnnn

    ReplyDelete
  13. tu lah aini.. sedih akak, risau pun ye... hmm rkyat sabah adalah sebahagian dr kt.. cepat2 la isu ni selesai, jgnla rakyat menjadi korban lagi :'(

    ReplyDelete
  14. dah tamat eh, syukur Alhamdulillah ianya tak berpanjangan..

    ReplyDelete
  15. dgr cite dorang tu keturunan diraja sulu dulu dan dri info org sulu sendiri, dorg tak sokong askar diraja sulu ni sebab dorang nak ngra merdeka bukan jajag lahad datu bawah filipino.. cuma.. hrp2 dorang tak ganggu kite lagi la..~

    ReplyDelete
  16. Innalillahiwa innailaihirojiun... Moga semuanya kembali ok... :(

    ReplyDelete
  17. Kalau boleh tidak mahu ada pertumpahan darah dan diselesaikan di meja rundingan.

    ReplyDelete
  18. kita kita terus terpelihara dan dilindungi. Aman damai itu yg kita mahukan.. kan? Moga syahid bg mereka pejuang negara

    ReplyDelete
  19. Akak sedih sgt baca surat khabar tentang ni pagi tadi

    http://cinta25hb.blogspot.com/2013/03/abah-dah-meninggal.html

    ReplyDelete
  20. @Mieza Jhaa K Betul kak..sedih sangat. Kesian isteri dan anak-anak kecilnya..Isteri mengandung 2 bulan kan.. :(

    ReplyDelete
  21. Kalau dah berakhir...alhamdulilah...

    ReplyDelete
  22. Semoga semuanya cepat berakhir.. rasa takut tengok..

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.