09 March 2013

Resepi | Aiskrim Coklat Koko Krunch (Homemade)

Assalamualaikum...

Biasanya kita nak makan aiskrim, kita beli dekat kedai yang dah siap kan. Tapi mesti makan tak puas kan. Jadi apa kata kita cuba buat aiskrim homemade.

Mudah dan senang je. Resipi ini saya jumpa di blog akak Nora. Terima kasih akak sayang. hehe. Saya modified sikit. Tapi memang mudah dan yang paling penting Mashi-e-sawyo( memang sedap). Saya bagi nama aiskrim ini, Aiskrim Coklat Koko Krunch.

Resepi Aiskrim Coklat Koko Krunch (Homemade) 

Bahan-bahannya :

Koko Kruch, Coffee Mate, Dutch Lady
Coffea??Salah eja dah.
  • Masukkan 3 cawan Susu Coklat, 2 cawan Coffee Mate dan 1 sudu gula terlebih dahulu. Jangan masukkan Koko Krunch atau Oreo dulu ye. (Sukatan itu ikut suka anda sebenarnya)
  • Kisar/Blend ketiga-tiga bahan tersebut ke dalam mesin pengisar sehingga berbuih.

Resipi | Aiskrim Coklat Koko Krunch

  • Dah berbuih, kemudian masukkan Koko Krunch atau Oreo yang di patah-patahkan ke dalam mesin pengisar. (Saya guna Koko Krunch sebab saya tak suka Oreo)Kisar jangan sampai hancur ye. Baru sedap.


Resipi | Aiskrim Coklat Koko Krunch

  • Masukkan ke dalam bekas, tutup, dan simpan dalam freezer untuk di bekukan semalaman.


Resipi | Aiskrim Coklat Koko Krunch

  • Keesokkan harinya, keluarkan semula aiskrim tersebut. Dibiarkan sedikit cair dan kisar semula. Masuk freezer balik beberapa jam.
  • Tujuannya bagi aiskrim itu lebih manpat, ringan dan lebih lembut. Macam Kak Nora kata, step ini tak payah buat pun tak apa, sebab bila dah keluar dari freezer mesti semua berebut nak makan. Jangan risau rasanya tetap sedap.

Taraaa..inilah hasilnya.

Resipi | Aiskrim Coklat Koko Krunch (Homemade)

Dah siap, Aiskrim Coklat Koko Krunch anda. Sedap di makan terutama waktu petang, cuaca panas-panas. Kalau tak letak Koko Krunch pun sedap. Saya saja mengada tambah.

Selamat Mencuba.

p/s: Tambah coklat chip..lagi power. ^___^

19 comments:

  1. Senang gila nak buat. Slrpppp~ Hohoho!

    ReplyDelete
  2. simple nya????xpyh masak2 eh? kisar je ye

    ReplyDelete
  3. demmmnn.. sedapnye.. ari tu adik i penah buat. marbelesss ;)

    ReplyDelete
  4. balik negeri sembilan nk try resepi ni..nyam3..:)

    ReplyDelete
  5. perghh kecur air liur bella tengok aiskrim . dah lama tak makan aiskrim . tskk . nak gi kuantan lah , nak makan eskrem akak :/

    ReplyDelete
  6. wah mcm best ni....nanti boleh jugak kalau nak try...tapi lagi best kalau ada org buatkan...:P

    ReplyDelete
  7. wahhh~! nk try jugak laa., hehe

    ReplyDelete
  8. perrgh, semacam je tengok. xsabar nk buat ni. koko crunch my favorite

    ReplyDelete
  9. Eh ? Awat kak tak suka oreo ? Haha :D Alia sukaa sangat kalau dalam aiskrim tu ada oreo :)

    ReplyDelete
  10. Simple nya step2 dy.. Nak try buat la, mesti best nih mkn aiskrim buatan sniri smbil study addmath.. Krem otak skit! Hihihi

    ReplyDelete
  11. waaaa... coffee mate memang kena letak ea.. eee.. nak try la... nk try laa.. hehehe.

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap je .. Hurm, panas-panas ni sedap pulak.. waaaaaaaa terliur je rasa.. hehehe

    ReplyDelete
  13. Rajin jugak Aini menerai resepi eh....Dah buat banyak banyak , mehlah bagi okje rasa hehe...

    ReplyDelete
  14. pehhhh aini naakk.. ni tergoda nak buat jgk niii ~

    ReplyDelete
  15. ehhh macam senang jaaa nak buat. hmmm akakk thanks sebab share recipe ni. saya nak buat. hehehehe :D kecur air liur dah ni

    ReplyDelete
  16. wah..boleh cuba resepi ni..anak2 mesti suka sebab koko crunch mmg feveret diorg...thx sudi share resepi :)

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.