08 March 2013

Resepi | Sambal Belimbing Buluh Ikan Bilis

Assalamualaikum...

Pernah dengar Sambal Hitam tak? Sambal Hitam ni terkenal di Pahang. Kenapa panggil sambal hitam sebab belimbing buluh di rebus sampai hitam kemudian di buat sambal.

Resipi | Sambal Belimbing Buluh
Sumber Gambar
Saya tak suka pun makan sambal hitam ni. Kalau dekat kedai makan, mahal sungguh dia jual. Baik buat dekat rumah, lagi pun dekat rumah saya memang ada satu pohon belimbing buluh yang rendang. Selalu je berbuah.

Kalau yang tak tahu sambal hitam, macam mana bolehlah Google. Sekarang saya nak bagi Resepi Sambal Belimbing Buluh Ikan Bilis.

Sambal Belimbing Buluh Ikan Bilis

Bahan-bahan
  • 10 biji Cili Padi/ Lada kecil 
  • 4 biji belimbing buluh (cari belimbing yang lembik supaya tak payah letak air)
  • Sedikit Iklan bilis
  • Garam
  • Penambah Perisa
  • Air

Cara-caranya
  • Saya suka sambal yang ditumbuk menggunakan lesung batu, kalau blend rasa dia dah tak asli, tak sedap sangat lah kiranya.
  • Tumbuk cili sehingga hancur, masukkan iklan bilis sedikit demi sedikit, (banyak-banyak nanti terpercik masuk mata)
  • Kemudian hiris belimbing buluh dan tumbuk bersama cili dan iklan bilis tadi. 
  • Masukkan sedikit air (kalau belimbing buluh yang muda dia kurang air, jadi kita boleh letak sedikit air).
  • Akhir sekali masukkan garam dan penambah perisa secukup dan sesedap rasa. Siap untuk di hidangkan Sambal Belimbing Buluh Ikan Bilis anda.
Sesuai di makan bersama ulam-ulaman. Siapa nak rasa bolehlah cuba. Selamat Mencuba.

25 comments:

  1. Nampak mcm sambal belacan ye. Erm, kurang suka makan belimbing hehe

    ReplyDelete
  2. @Kathy Rbain Hehe..saya jarang makan juga..memang sedap.

    ReplyDelete
  3. @baby comel Memang sama macam sambal belacan, bezanya tak letak belacan je. hehe.

    ReplyDelete
  4. @Nao Mei Kalau dah buat sambal dah tak masam kak..Macam sambal belacan je. Kalau tak suka masam, boleh kurangkan belimbingnya. ^___^

    ReplyDelete
  5. sangat best... first time try mase pegi merisik. kakak ipar sy org raub.. pastu mase balik siap tapau lagi. hahaha... xmalu. sedap sgt... thanks bg resepi ^_^

    ReplyDelete
  6. Sedapppp.. Boleh cuba buat nanti.. Saya suka berulam ^_^ hehe

    ReplyDelete
  7. belimbing tu aini, akak buat makan je tau.. aarghhh.. terliur dah. akak gilo benda masam. asam keping pon akak makan tau. gulps... terliur...

    wah. ley buat ni. tapi pokok dah xde kat kebun. pupus. tak pe, nanti mintak kat kebun org. haha.. =)

    ReplyDelete
  8. seriously mmg first time dengar..nampak macam sedap..huhu

    ReplyDelete
  9. YaAllah kak. Kecur terus air liur. Alia ni dah la peminat sambal :D

    ReplyDelete
  10. adoai sedapnya.. klau mak mentua akak pkai terung asam fuh ternagkat montot..hohoh

    ReplyDelete
  11. macam sedap je..terliur dah ni..

    ReplyDelete
  12. nampak je dah kecur air liur, tapi yang akak tau buah ni masam kan?

    ReplyDelete
  13. @huny madu Tak masam sangat kak..masam lagi limau kasturi. Kalau buat sambal belacan, tak ada limau kasturi, boleh ganti dengan belimbing ni. Letak 4 biji yang muda tak masam langsung kak..hehe. tapi kalau tak suka, boleh kurangkan.

    ReplyDelete
  14. sedap ni mkn nasi panas2. biasa mkn Smbal itam yg Kuala lipis 2.

    ReplyDelete
  15. @nea lopah Betul kak..sedap. Sambal hitam, saya tak suka..hehe.

    ReplyDelete
  16. Perghhh nampak sedapp sgt, ye ni penggemar makanan pedas2 ni, tp xpernaha try lg sambal belimbing ni, hee, thx for sharing dis recipe dear..nnt boleh laa cuba... :D

    ReplyDelete
  17. haip....gambar pun dah menyelerakan.....

    ReplyDelete
  18. waaa sedapnya...sedapnyaa...
    terima kasih berkongsi resepi...
    tp saya malas nk buat kehkehkeh..
    kalau ada yg dah siap ...kita nk tompang makan je :)

    ReplyDelete
  19. akk pernah dgr..tapi tak pernah makan..
    comelnya belimbing tu.. :)

    *waaah, dia pun kongsi resepi sambal ye..hehehe

    ReplyDelete
  20. wah harini tema ulam ulaman pulak ye aini...

    ReplyDelete
  21. xpernah makan..tp masa sekolah rendah suka petik buah belimbing buluh ni n mkn cmtu je...masam!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  22. Baru je baca, dah kecur, belum buat lagi...tapi okje mls nk tumbuk aini...hehe

    ReplyDelete
  23. kecurrr air liur... huhu akak kalo mkn nasi dgn smbl, xkre la smbl ape, pyh nk bhenti :P hahaha

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.