01 March 2013

Rezeki Dalam Poket

Assalamualaikum...

Dua minggu lepas, saya ada beli barang. Bakinya letak dalam poket seluar. Lepas itu, saya lupa nak keluarkan duit tu dari seluar. Puas cari.. "mana duit aku ni, aku letak dalam poket seluar. Alamak seluar mana. Banyak sangat seluar." Cari satu-satu, tapi tak juga jumpa.


Putus asa nak mencarinya, biar je lah. Tak ada rezeki dah cuai sangat. RM5 je pun. (sobsobs..banyak tu, boleh beli nasi untuk makan tengahari tau). Tapi tiba-tiba petang tadi, saya terasa sesuatu dari poket saya. Apa dia?

Yeah..jumpa duit saya. Nasib baik tak hancur, duit baru, plastik. Habis renyuk duit tu, nasib je tak koyak. Kalau koyak, mak cik dewan makan tak nak terima. Hmm..Boleh lah buat belanja beli aiskrim ke..hehe.

Kadang-kadang letak duit dalam almari, laci lah, buku lah (ini tak pernah). Lepas tu lupa, tapi yang bestnya bila duit tersorok ni muncul, terutama time terdesak kan. Bersyukurnya lah.

p/s: Pernah tak gitu? hehe.


23 comments:

  1. pernah2.. hehe slalu jgk sbb akak ni spesis pelupa. yg dlm buku dulu ms belajar slalu buat, mmg membntu saat terdesak hihi. tp risikonya yg dlm buku cicir lah heee :D *belanja aiskrim ???? mauuuuuu ~

    ReplyDelete
  2. salam...
    barang sekarang mahal2 dik,
    simpan baik-baik duit tu

    ReplyDelete
  3. akk jrang sekali letak duit dalam poket suar.. tapi suka selit2 dalam diari ke, hndbg jrang pkai ke..hehehe

    ReplyDelete
  4. @Mar Haini Abdul Rahim hehe..kalau letak dalam buku, memang tercicir..jadi saya tak nak..hehe. Nak aiskrim..kat tempat saya hujan kak..sejuk. hehe..akak nak ye, meh sini saya belanja.

    ReplyDelete
  5. @Nao Mei hehe..aiskrim malaysia nak..saya buat kat rumah..hehe.

    ReplyDelete
  6. @Mimie Najib Saya tak suka bawa handbag..tak best..hehe. Bawa beg galas, itu baru rock kak. Saya pergi dewan makan, tak bawa dompet, bawa diri, letak duit dalam poket je. hehe.

    ReplyDelete
  7. Jom Join .. semua hadiah gempak !

    http://mymymushie.blogspot.com/2013/02/giveaway.html

    ReplyDelete
  8. pernah sangat rm10 dan rm50 pon pernah tau... time tu rasa macam rezeki turun dri langit.. sedangkan memang duit kite sedia ada.. hehe. anggap la Allah simpankan. hehe =)

    ReplyDelete
  9. akak pun selalu gitu... letak rata2 lps tu cari tak jumpa... tapi yg pelik selalu jumpa bila dalam keadaan terdesak... hehehe

    ReplyDelete
  10. dulu zizie pernah letak rm50 bawah tilam and lupa terus pasal duit tu.. hujung2 sem, terus pokai, kemas2 memang rezeki r jumpa balik duit tu.. hihihi...

    ReplyDelete
  11. dulu pon sy suka letak duit merata2...bila time terdesak dan terjumpa plak duit tu...wah mcm menang motor rasanya...:D

    ReplyDelete
  12. biasa org kita duit letak je merata. sama la dgn yg tgh menaip komen ni. Suka je letak entah kat mana-mana. pastu bila dah lupa mula la tarik nafas pelan-pelan, hembus cepat2. baru la boleh refresh balik saat2 yg dah berlalu tu..

    ~rezeki jumpa balik, syukurlah kan..

    ReplyDelete
  13. ooo..pernah sangat dik. adik ni pkai bnyk sgt seluar ke sehari? hehehe

    ReplyDelete
  14. A'ah betul!! Hahaha. Kadang2 separuh mati cari duit tu, tapi tetiba satu hari tu terjumpa dengan cara x sengaja. Perasaan waktu tu sangat excited.

    ReplyDelete
  15. akak pun penah cmtu, letak duit dlm poket beg.time kemas2 beg tejumpa duit tu,wahh mmg rs sonok sngt!

    ReplyDelete
  16. lissa pun selalu macam nii., letak duit merata-rata., nnti bila perlu duit., semua tempat lissa selongkar., hehehhee

    ReplyDelete
  17. pernah...kdg2 dlm poket seluar.kdg2 terselit dlm purse.sbb didiey jenis suka selit duit sampaikan terlupa kdg2, pernah sekali kemas2 purse tetiba jumpa rm50! hikhik

    ReplyDelete
  18. Haha...akak selalu sorok duit dalam poket2 purse..nak tipu diri sendiri la kononnya..tp mmg berkesan tau. Kita xingat dah kewujudan duit tu sehinggalah waktu terdesak..

    ReplyDelete
  19. Betul-betul....kalau terdesak , jumpa pulak duit kat poket...mmg best hehe

    ReplyDelete
  20. pernah2... selit kat buku... kawan pinjam buku, then cakap ada duit dalam buku..

    kekadang memang sengaja simpan dalam poket baju... untuk time terdesak... bila terdesak mulala pegi raba poket baju kot2 ada rezeki kat dalam tu...




    ReplyDelete
  21. Pernah-pernah.. selalu bila jumpa tu memang masa-masa terdesak.. heheheh

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.