08 March 2013

Selamat Hari Wanita

Assalamualaikum...

Selamat Hari Wanita buat wanita-wanita di seluruh dunia. Jasa dan pengorbanan mereka, amat besar. Islam sendiri telah mengangkat martabat seorang insan yang bergelar wanita ini. Wanita merupakan tulang belakang seorang lelaki, seperti Saidatina Khadijah, Aisyah Humaira, Masitah, Sumaiyah dan ramai lagi. Jom kita jadikan mereka, idola kita.

Selamat Hari Wanita Sedunia

Kelebihan Seorang Wanita.
  1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita.
  2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada kepada bapanya ?
  3. Wanita menerima harta warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahawa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima harta warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya ?
  4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.
  5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu : Isteri, Ibu, Anak perempuan dan saudara perempuan. Ertinya , bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
  6. Seorang Wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan empat syarat saja, iaitu : solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.
  7. Seorang lelaki wajib berjihad di jalan Allah, sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan Allah SWT tanpa perlu mengangkat senjata.
Wanita jadilah seperti sang mentari, yang cahayanya mampu menyilaukan dan menundukkan mata bukan seperti sang bulan, yang tampak indah, luas pandangannya. 

p/s: Ramai yang tanya, Hari Lelaki tak ada ke?

21 comments:

  1. Kesian kan isteri yang macam tu..kena duduk rumah masak lagi...jaga anak lagi..urus rumah lagi..si suami lepak dekat kedai dengan kawan..senang je lepas tangan..

    ~ selamat hari wanita ^^♥

    ReplyDelete
  2. hehehe, kalau ade hari lelaki mesti they all yang melebih-lebih pulak pasni.. hehe

    xoxo anis

    ReplyDelete
  3. semoga Allah beri kekuatan tuk wanita2 yg bergelar isteri & s/rumah harungi tugas & t/gujwab dgn ikhlas..

    ReplyDelete
  4. in shaa ALLAH.. semoga dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  5. selamat hari wanita adik..hehe

    ReplyDelete
  6. selamat hari wanita, akak,. hehe wanita memang awesome kan. ehhe

    ReplyDelete
  7. sungguh besar pengobanan seorang wanita kan? hihi ^__^

    ReplyDelete
  8. Selamat hari wanita. Tinggi letaknya wanita tu.

    ReplyDelete
  9. selamat hari wanita... hehe.

    aahla.. hari lelaki xde eh.. xkomersial pulak nama Hari Lelaki kan.. Hari Jejaka tak semua Jejaka. haha..

    Betul.. besar pengorbanan wanita sebenarnya. hehe.

    ReplyDelete
  10. Rasa bertuah pula. Hehe. Eh, 20 tahun wanita kah ? Perangai pun serupa budak perempuan lagi. Tak apa, tunggu la transisi yang akan berlaku nanti. Wahhh gituu :D

    ReplyDelete
  11. selamat hari wanita juga buat aini.. :)

    eh, kita ni dah patut panggil wanita eh..hehehe.. tapi perangai cam bdak2 je akk rasa..hihihi

    ReplyDelete
  12. @Mimie Najib hehe..itulah kan kak..Rasanya perangai macam budak2 je lagi.hehehehe..

    ReplyDelete
  13. @Alia Laila Hehe..betul..akak pun tak pasti..wanita atau tidak..hehe.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  14. @Maria Menado~ Hehe..selamat hari wanita juga kak..hehe..hari jejaka..rasa kelakar nama tu..hehe.

    ReplyDelete
  15. Untungnya kita menjadi wanita aini....tp aini betul ke wanita mewarisi harta lebih sedikit dpd lelaki...rasanya lelaki yg lebih...kalau tak silaplah..

    ReplyDelete
  16. Subhanallah.. itulah wanita, sgt dimuliakan dalam Islam, lembut bkn bererti lemah, kekuatannya x terserlah di zahir, tp kekuatan jiwanya yg luar biasa. Selamat Hari Wanita Aini :D

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.