07 March 2013

Tak suka? Tak apa

Assalamualaikum...

Ehh..macam tajuk lagu pula dah kan. Kumpulan mana ye? Tak ingat pula dah.

"Jikalau kau dah tak suka, tak apa, tapi janganlah kau mengata"

Tak tahu betul ke tidak, lirik dia tu. Haa..kumpulan Screen kan.

Dalam satu dunia ni, mesti ada orang yang tak suka kita kan? Besar sangat dunia tu, macamlah satu dunia kenal saya kan. Okay, kita kecilkan skop, dalam hidup kita, mesti ada individu-individu yang tertentu yang tak suka kita kan.

Sedih dok, orang tak suka kita. "Dia dah tinggalkan aku, dia tak suka aku dah."

Ehh..ehh..relax-relax dunia ni bukan ada dia seorang je. Bak kata pepatah "Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor" jadi buat apa nak risau. Tak kisah lah percintaan ke, persahabatan atau apa-apa sahaja jenis perhubungan, janganlah sedih bila ditinggalkan.

Allah Ada


Kembali pada-Nya, maka terubatlah segala duka. Kita manusia, memang susah nak puaskan hati semua pihak, ada saja yang tak kena. Manusia tak suka? tak apa, sebab kita masih ada Allah.

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa.
Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri..."-Rabiatul Adawiyah-
Tak suka? Tak apa.

p/s: Lain nak di tulis, lain pula yang keluar. hehe..baca je lah ye entri tanpa hala tuju ni. Saya pun dah pening. T___T Opss..bukan entri tapi saya. Dan bukan sebab saya frust bercinta ke apa ye. Maaf, saya tak bercinta. ehek.

27 comments:

  1. betul la... kita kena dekatkan diri dengan Allah dulu seikhlasnya, kemudian Allah akan pertemukan kita dengan org2 yg terbaik untuk kita...

    ReplyDelete
  2. fenim2, haha.. tp takpe, Dia kan ade :)

    ReplyDelete
  3. haha lucu la aini ni, akak bca gigih dn pnuh kepercayaan tau, at last aini ckp xde hala tuju, dgn akak skali rs cm thuyung hayang. hihi :D

    #yepp, hidup bkn nk puaskan hati smua org, tp utk pengabdian pd Allah. bila Allah syg, insyaAllah manusia pn syg ;)

    ReplyDelete
  4. haha..xsuke tak ape..kumbang buken sekor..bunga bukan sekuntum..lgpom Allah dah tetapkan jodoh trbek untuk kite..moge aini dpt yg terbek tuh^^

    ReplyDelete
  5. @Mar Haini Abdul Rahimhehe..bukan entri sebenarnya..saya tengah confius ni..hehe..nak tulis lain, lain yang keluar..hahaha.. Kan kak, cinta pada bunga, bunga pun layu, cinta pada manusia, manusia akan pergi, hanya cinta Allah cinta yang kekal abadi.

    ReplyDelete
  6. @nabila biela Hehe..Amin Ya Rabbal Alamin..Untuk Nabila juga.

    ReplyDelete
  7. Setuju sangat2.. nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  8. tiada cinta yg smpurna slain cintakan Allah..byk2 kan berdoa smoga d ptmukan jodoh yg baik dan beriman...

    ReplyDelete
  9. bercinta dgn manusia xkan kekal.. bercinta dgn Allah swt... sambung sendri.. heee..

    JOM KOMEN SINI
    http://tengkubutang.blogspot.com/2013/03/wordless-wednesday-i-hate-this-bagi-3.html?showComment=1362620836873#c8233176151603559504

    ReplyDelete
  10. selamat hari wanita yer adik. ke selamat hari kanak2 ni? hehehe

    ReplyDelete
  11. memanglah sedih kalau orang tak suka ...tapi dah tak suka nak buat cam ne...redho ajelah...hehe
    sepatah kata ainilah JANJI Allah suka kitakan!!

    ReplyDelete
  12. sedih juga kerana terpaksa meninggalkan.. tapi ia untuk masa depan dan kebahagiaan bersama.. percaya ajal dan maut hanya Allah yang tahu..

    ReplyDelete
  13. Betul tu..allah sentiasa bersama kita..

    ReplyDelete
  14. Setuju.. Jangan hanya kerana tidak disukai oleh seseorang kita hilang arah tuju..

    ReplyDelete
  15. betul tu dik :)

    * alhamdulillah, lepas ni boleh panggang memanggang kan ;)

    * jangan lupa amalkan ye.air barli pon ok cincau pon ok :)
    in shaa ALLAH. ciksu tak suka sgt telan ubat :)

    ReplyDelete
  16. Payah sebenarnye nak puaskan hati manusia ni.... Semua kita buat semuanya salah di mata manusia lain.... Sampaikan dah buntu nak pikir jalan terbaik semata mata nak puaskan hati orang yang tak pernah nak puas!!! (tak pasal pasal emo hahahaha)

    Jangan terasa tau akak hehehe

    ReplyDelete
  17. waktu susah, senang, gembira dan sedih.. Allah sentiasa ada.. :)

    Kalau orang tak suka kita pun tak pe, Allah sentiasa ada, Allah sentiasa sayang kita :)

    ReplyDelete
  18. tak perlu beratkan kepala pk orang yang tak sukakan kita...sebab masih ramai lagi yang sukakan kita...=D

    ReplyDelete
  19. xpe, kalau ada yg tak suka xpe. kita tak kacau mereka, Allah ada je dgn kita. Masih tetap jgk ada org yg sayang. kan,
    Terima kassih utk sharing ni

    ReplyDelete
  20. kalau tak suka, tak apa.....

    setuju!

    tak suka, jangan kacolah. aigoo.. g maen jauh2. hehe.

    ReplyDelete
  21. Betul tu dear....setuju sgt3..org xsuka xpe, Allah kan ada..just put trust in Allah.... :')

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.