17 April 2013

Ailurophobia aka Takut pada Kucing

Assalamualaikum...

Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini.

Ailurophobia aka Takut pada Kucing

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.

Aneh bukan?

Sumber : HONEY Pet Shoppe

Tapi betul kan. Lagi orang takut, lagi kucing tu dekat..hihi. Fobia kucing tak apa, sebab bukan kita pukul atau sakitkan dia pun kan.


Kucing Comel

MasyaAllah..comel kan kucing-kucing ni. Nak semua. hihi.

p/s: Nak buka satu kedai kucing lah. ^____^

10 comments:

  1. comelnye!!!!anak kucing bebanyak!!!!!

    ReplyDelete
  2. btul lah.. saya pun jenis takut kucing.. tapi kucing makin gemar lak nk bermanja2 sakan.. aduhaii..

    ReplyDelete
  3. comelnya kucing banyak2 macam tu! haha :D Hana suka sangat kucing :D

    ReplyDelete
  4. Tak larat nak pegang kucing yang banyak macam tu hehehe.

    #Suka sangat kat kucing ! Kat rumah ade 3 ekor. Sekor tu dah 48 tahun dah . Hihi =D

    ReplyDelete
  5. wah siap ada nama ye fobia takut kucing ni.....

    PS: mmg bagus kalau aini bukak kedai kucing tu... :)

    ReplyDelete
  6. mak aih.. kembar berapa puloh tu. haha..

    ReplyDelete
  7. Cool gle picture tuuu... Hehehheh

    ReplyDelete
  8. emm betul sangattttt.. huwaaa kuceng tu tawuuu kalo org xminat die.. sedihh wooo penat mententeramkan jiwa..akak selalu cakap kat kucing kalau die nak dekat ngn akak, akak kata, "tak takut,tak takut" hahaha

    ReplyDelete
  9. so,org ailurophobia ni kena tunjuk macho la dpn kucing,bru kucing xberani dekat..hehe

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.