18 April 2013

Demam Kiyomi

Assalamualaikum...

Dulu dunia sibuk nak ber"Gangnam"..sekarang ni pula semua sibuk nak ber "Kiyomi". Kuat betul pengaruh korea ni. Kiyomi ni keluar masa bulan satu, awal tahun ini, kalau tak silap. Mula-mula biasa-biasa je, entah wabak apa entah melanda, tiba-tiba terkenal pula si Kiyomi ni. Hehe..Saya tahu pasal Kiyomi ini pun sebab dulu tengok variety show.

Kiyomi ini maksudnya comel dalam bahasa hangul aka Korea. Korea kan terkenal dengan gaya-gaya gadis-gadis dan jejaka-jejaka yang comel. (Tangan di dada, mata ke atas) Penyanyi lagu Kiyomi ni, Hari. Tapi saya pun tak tahu dan tak kenal siapakah, Hari itu. Hari-hari dan haru biru, saya tahu..hikhik.

Memang heboh dekat youtube, facebook, dengan gaya-gaya comel ni..Errr..comel memang comel..tapi bagi pendapat saya kalau kita ni isteri orang, tak perlu kot buat dan upload masuk youtube. Bahaya..hehe..ye lah dah comel sangat dan boleh mendatangkan fitnah dan sebagainya. Simpan untuk suami seorang-seorang sudah. Ehh..macam laser lah pula mulut den ni.

Saya tak buat, sebab sedor diri tak comel. hekhek. ^____^ Peminat kpop jangan serang I pula.

Giyomi Dance Guide 
Kiyami Dance Guide


Ini dia cara nak buat Kiyomi. Kalau nak dengar lagu asal dia, sila search di google ye. 

Mr.Bie..Encik Parody pun dah buat video pasal Kiyomi ni. Dia tukar jadi "Gi Ngoji"..pergi mengaji. Baru senang nak nikoh katanya. Siap ada background music Lee Gwang Soo (Running Man Member) lagi itu. Kalau nak tengok versi Mr. Bie boleh pergi sini.

Selamat mencuba Kiyomi dance ni. Adik-adik, muslimah yang manis, buat dekat bilik seseorang tak apa. hehe.


p/s: PSY aka Oppa Gangnam Style pun dah keluar lagu baru, Gentlemen pula dah. Kenapa tak gatai man je..hihi.

 

20 comments:

  1. macam sengal je bila dengar lagu Gentlemen tu tapi tak pulak lagi tengok videonya dalam youtube :)

    ReplyDelete
  2. Hahah...Gi Ngaji..lawak lah..tp mmg bermanfaat..

    ReplyDelete
  3. Salah satu cara dorang nak melalaikan orang Islam kot. Kan benda ni melalaikan. Wallahualam. Huhu~

    ReplyDelete
  4. HAHAHA.... lawak betol la mr bie...

    ReplyDelete
  5. anak akak pun dok tunjuk jari2.. konon ala2 kiyomi tp xpun..hahaha

    ReplyDelete
  6. tu lah org kita apa yg dtg dari korea semuanya terus nak follow...cuba gaya kiyomi tu dicipta oleh org afrika...agak2 ada tak org nak tiru?

    ReplyDelete
  7. mr bie punye best.. yg video kiyomi budak kecik tu comel.. :)

    ReplyDelete
  8. jd trending dah sekarang nii.. hehe comel laa kononya tu., hehe

    ReplyDelete
  9. AIINIIIIIIiiiiiiii.... i miss youuuuuu! ehehehe.. lama kan tak dtg sini.. line di rumah ni kus semangat... dengan TV lagi. terhad betui masa..

    Kiyomi.. oo.. itu ke namanya.. tau la sikit2 gaye tu. akak pon tgk variety show. hehe. comel kalau gadis korea buat, loya kalau kite M buat. hehe. akak rasa la. =p

    ReplyDelete
  10. akak xde la layan sangat korea2 ni.. xreti..hehe..

    kalau psy tu, lagi akk tak layan..ntah napa x berkenan..

    *aini ada fb? bg la akk link..boleh akk add.. :)

    ReplyDelete
  11. hehe...mcm2 je pengaruh dari korea ni..

    ReplyDelete
  12. kwiyomi style...comel lagu tu..skang saya buat ringtone..hehe

    ReplyDelete
  13. hehe....sy mcm pernah tgk dlm rancangan strong heart..tp xtau plak kiyomi namanya..hikhik

    ReplyDelete
  14. Jom support my 1st GA >> http://ebob-dawesome.blogspot.com/2013/04/mini-giveaway-up-followers.html

    tq! **kiyomi, cute! ;)

    ReplyDelete
  15. ermm xpenah dengar pulak kiyomi tu.. nti nk try google :)

    ReplyDelete
  16. suka suka suka... gi ngaji...!! (^_^)Y

    ReplyDelete
  17. Adeh...mana mana je mesti ada org buat kiyomi ni..comel..rajin dorang buat youtubelaa..keek laa..hehehej

    ReplyDelete
  18. itulah aini.. akak br 2 mgu x on9.. tb on9 heboh sal kiyomi ni. sumpah blank and xpernah tgk lg.. hehe siap ade step dance die ye.. mcm2 laahh.. itula bl jiwa kosong mudah je terpengaruh dgn bnd2 mcm ni..

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.