24 April 2013

Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blog

Assalamualaikum...

Jom kita sama-sama menyertai Kontes Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang!. Kontes Panduan Blogger ini amat bermanfaat untuk semua blogger, kerana sambil menyelam kita minum air. Jika kita ingin menjadi blogger yang berjaya, kita hendaklah mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu yang padat dan seterusnya membudayakan ilmu blog tersebut di dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang blogger. Tidak merugikan kita sedikit pun, malah beruntung-untung lagi. ^____^

Ini merupakan entri jawapan saya untuk Kontes Panduan Blogger ini.


Maksud Google Pagerank


Google Pagerank (PR) ini merupakan satu sistem di Google untuk menentukan kedudukan atau penarafan bagi sesebuah blog menerusi entri-entri yang diterbitkan. Melalui Google Pagerank ini, keberkesanan bagi satu-satu penulisan juga dapat dinilai. Google Pagerank bermula dari PR0 sehinggalah ke PR10. 

Google Pagerank ini penting bagi sesebuah blog kerana semakin tinggi PR sesebuah blog, maka semakin tinggi jugalah, peluangnya untuk disenaraikan di top search enjin carian dan diberi layanan yang lebih istimewa oleh Google berbanding dengan blog mahupun laman web yang mempunyai PR yang rendah. Selain itu, Pagerank ini juga menujukkan populariti sesebuah blog dan sekaligus turut membantu blog, untuk menjana trafik daripada enjin carian.


Tips asas SEO


Tip asas SEO yang sering saya gunakan semasa menulis sesebuah entri adalah dengan menggunakan kata kunci yang bersesuaian dengan alamat url entri tersebut serta meletakkan garisan, bold, mahupun italic pada kata kunci entri.

Misalnya, tajuk entri saya adalah Tips Temuduga IPTA maka isi kandungan di dalam entri saya juga hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 3 kata kunci tips temuduga IPTA , iaitu di bahagian atas, tengah dan di akhir entri tersebut.

Saya juga meletakan gambar yang bersesuaian dengan isi kandungan entri dan alt tags pada gambar kerana melalui gambar juga ianya mampu menyumbang trafik ke blog saya.


Blog yang cantik penting

Selain daripada isi kandungan blog yang berkualiti, penampilan blog juga memainkan peranan yang penting terutama bagi menarik dan memikat pengunjung untuk terus melekat dan membaca entri-entri yang di terbitkan di dalam sesebuah blog. Hal ini kerana, penampilan blog merupakan first impression bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke sesebuah blog.

Pikat para pengunjung dengan header blog kerana header terletak di bahagian paling atas dan perkara pertama yang dapat dilihat oleh pengunjung. Oleh itu, header blog mestilah cantik, menarik dan boleh memikat pengunjung yang datang untuk menjadi pembaca. Selain itu, warna dan saiz tulisan, susunan widget, loading blog yang tidak terlalu lama serta kekemasan blog turut membantu menarik minat seseorang, untuk terus menyelongkar dan membaca blog anda.





22 comments:

  1. Wah.... Aini join eh..good luck Aini...

    ReplyDelete
  2. hehe terbaik jawapan tu...semoga ada rezeki nanti... :)

    ReplyDelete
  3. Salam...datang dengan kontest yg sama. Semoga berjaya. Jawapan yang tepat dan padat. Tahniah...Pasti dapat menang jika terpilih nanti.

    ReplyDelete
  4. Salam...
    Datang dari kontest yang sama. Jawapan yang diberikan padat dan betul. Semoga berjaya buat Aini Zakaria. Insya Allah..

    ReplyDelete
  5. semoga boleh dpt salah satu hadiah utama. banyak juga dapat belajar dari kontest macam ni, betul tak?

    ReplyDelete
  6. @Aku Penghibur Terima kasih Acik, semoga berjaya juga. ^__^

    ReplyDelete
  7. @Paly Terima kasih Paly, semoga berjaya juga buat Paly. ^__^

    ReplyDelete
  8. @Hatimi Tahirruddin Terima kasih Timi..InsyaAllah, amin Ya Rabbal Alamin. ^__^

    ReplyDelete
  9. @kamil salleh Terima kasih dan semoga berjaya juga buat saudara. ^__^

    ReplyDelete
  10. @aynora nur InsyaAllah..amin ya rabbal alamin. Betul, bertambah ilmu saya yang sedia ada. Yang tak tahu jadi tahu. Boleh dipratikkan di dalam blog sendiri. ^__^

    ReplyDelete
  11. wah. kalau tanda karangan, akak kasi aini 98/100.. xley bagi 100 sebab xda org sempurna dalam pekse. hehehe...

    boleh jadi cikgu blog ni. thanks aini.. tau lah akak sikit2.. padahal dah selalu dengar tapi nonFAHAM. hehe.

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.