28 April 2013

Menulis blog memerlukan idea dan mood

Assalamualaikum...

Macam mana dan dari mana anda dapat idea untuk menulis? Ada blogger yang hebat, satu hari update sampai 5-10 entry. Tergamam sekejap. Walaupun entrinya hanyalah berkisarkan kehidupan seharian beliau, tapi ianya tetap idea kan.


Kalau saya, kehidupan seharian kini hanya menggemukkan badan, makan? boleh lah. Keluar rumah, pemalas. Jadi tiada sumber untuk saya memproses sebarang bentuk idea. T___T

Bila tak ada idea, mood nak berblog dan menulis pun tak ada.  Haish..mood minggu ini tak ada mood. Buka blog, bosan, tutup. Buka, tutup. Nak buat new entry, tak ada idea, tak ada mood, tutup buka, tutup buka saja lah kerjanya. Idea dan mood memainkan peranan dalam menghasilkan sesebuah entry kan.

Bila mood marah, tulis entry pun mesti nak marah je kerjanya..ishish..bila sedih..sedih lah jadinya. Mengalir-galir air mata, macam nak karang novel sedih jadinya. Carilah mood berblog yang betul-betul bermood, mood ada perasan. hehe..Sudahlah mengarut entry ni, sungguh-sungguh tak ada mood. Kosong..kosong..kosong. Najwa Latif.


16 comments:

  1. betul2.... tapi kalau ade idea, takde mood pon takleh gak... entry takde feel..

    ReplyDelete
  2. Haha dina sebijik macam tu . bukak dashboard check comment moderation . pastu tutup . walaupon tak bertambah tapi masih bukak banyak kali . Blog tak ter-update pon hoho .

    ReplyDelete
  3. btol tu... paly pun tak update blog sb mmg tak reti nak olah entri bile mood takde

    ReplyDelete
  4. Sama la kita. Minggu ni tak sempat update sangat blog

    ReplyDelete
  5. Betul-betul. Sekarang ni pun lagi tengah kering idea tak tahu nak update apa sebab dah nak exam. haishhh

    ReplyDelete
  6. hehehe, samalah. kdg2 susah jgk nak taip entry apa. mmg ikut mood betul. ehhehe

    ReplyDelete
  7. Huhuhu . Kite update berdasarkan ape yang kita lalui harinie , esok dan seterusnye . Memang payah kalau takde idea nie .

    ReplyDelete
  8. tu lah mmg respek dgn org yg boleh up 5-10 entri sehari tu....huhu mesti idea dia dtg mencurah2 je....sy sama mcm aini ada time tu kosong takde idea....ada time idea ada tapi nak buat karangan berbelit2 ayat....last2 tak dapat siapkan 1 perenggan pon

    ReplyDelete
  9. betul tu. menulis ada kait rapat dgn mood. kalau mood takda, jngn harap nak menulis. hee

    ReplyDelete
  10. betul tu..kalau ada idea, mood xde pun xguna juga.. ada mood, ieda xde pun x menjadi juga.. sekarang akk tgh xde idea.. makanya nanti update segmen je la..

    ReplyDelete
  11. betul tu aini...didiey pown lama dah xupdate..xon9 pown..sbb xberkesempatan..

    didiey kdg2 idea ada tp mood plak xda..hehe

    ReplyDelete
  12. Wan semakin busy dengan keja, pastu join event sana sini.. mood blogging pun kelaut, tetapi sekarang im back!

    ReplyDelete
  13. betul... perlu ada mood untuk tulis entri... kadang tu ada aje benda yang hendak dicerita,, tapi bila mood menulis tak ada, memang tak menjadilah entri nya...

    ReplyDelete
  14. jangan paksa diri... kalau tak de mood and idea untuk buat entry, join segmen lagi dan lagi... dan lagi dan lagi... heheh

    ReplyDelete
  15. kes ni akak juara. bukak tutop perkara biasa. silap ai bulan tutop tak buka buka.. tapi still akak suka blogging. =)

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.