16 April 2013

Tutorial | Cara nak guna CTRL+ F untuk template baru

Assalamualaikum...

Beberapa hari yang lalu saya ada tulis entry, mengenai Blogger Template HTML Editor Baru kan. Rasa macam tak selesakan nak guna yang baru? Ye tak?. Sebenarnya memang guna editor ini lagi mudah dan mesra pengguna..Hehe..Bak kata +Hatimi Tahirruddin , siap warna warni lagi kodnya. Mudah nak nampak.

Ctrl+F


Tapi, kita susah hati sebab tak dapat cari kod dengan mudah.  Dah tak ada Tick Expand. Bila tekan Ctrl + F..cari kod tapi tak jumpa kan.

Baiklah, ini dia Cara nak guna CTRL+ F untuk editor baru.

  1. Klik  di dalam editor atau kotak edit template itu, kemudian tekan Ctrl + F pada keyboard anda.
  2. Nanti akan keluar kotak search:  macam gambar dekat bawah ini.
  3. Kemudian, masukkan kod yang anda nak cari, dan tekan enter.



Tutorial | Cara nak guna CTRL+ F untuk editor baru


Pastikan anda klik dalam kotak edit template tu ye. Kalau tak, memang tak akan keluar kotak search itu. Tak perlu tekan tanda (new fold markers '►') ini pun tak apa. Dia akan automatik carikan kod untuk anda. Nak cari kod yang seterusnya, cuma tekan enter dan enter dan enter sehingga anda jumpa kod yang anda nak cari.

Harap dapat bantu semua yang menghadapi masalah ini. ^____^


p/s: Tahu benda ni sebab nak edit blog tadi..hehe. Disebabkan tension dengan editor baru ni, saya explore sampai jumpa. Alhamdulillah jumpa. Selamat mengedit blog..hekhek. 



23 comments:

  1. sebenarnya sy tak berapa suka sistem search yg baru ni...pasal nak kena tekan enter...lebih selesa kalau ada up and down button utk search tu...

    ReplyDelete
  2. Mula2 pun pening.. Pastu dok mencari mana tick expand widget.. Rupanya edit HTML kali ni lebih mudah..

    ReplyDelete
  3. Saya memang cute, thankyou hahaha, gurau!
    Ermm, thankyou for the tuto tapi kenapa saya punya dia tak detect kod. Tak paham lahh. Mohon tunujk ajar. :))

    ReplyDelete
  4. @Hatimi Tahirruddin Yang itu saya sokong..jenuh nak tekan enter..Susah.

    ReplyDelete
  5. @Shuhada Salmee Awak dah tekan dalam kotak edit template tu kan? Yang lain saya tak pastilah..mungkin kadang2 dia tak detect kod yang kita cari..kena cari lagi sekali lah kot.hehe. Comel2. ^___^

    ReplyDelete
  6. dah explore sikit ari tu... nanti kena explore lebih lagilah sebab nak edit blog akhir bulan ni...insyaAllah... :)

    ReplyDelete
  7. mmg tension btol ngan editor baru nie..hmmmm..

    ReplyDelete
  8. Ya Allah! Senang je rupanya. Kahkahkah. Terima kasih sis for this very very useful tutorial. Ceh cakap omputeh dah keluaq naaa :p

    ReplyDelete
  9. thanks sangat..complete betul tutorial ni..faham sungguh..one more time i wanna say thanks ^^

    http://mira-razak97.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. as slm,

    bole ta kongsikan cara nak letak button like pd setiap entry dengan menggunakan edit html yang baru ni. sy dah cuba mcam2 cara tp tetap jgk tak timbul button like. knape ea?

    bole tak tolong saya..pls..

    tq ;)

    ReplyDelete
  11. sy nak letak icon sebelah blog archive. dah cari kod. tp still tak jumpa. mcm mana ek?

    ReplyDelete
  12. @Balqis Athirah Kadang-kadang kod memang susah nak detect. Kena cari sekali lagi kot. Tak pun cari manual. Satu2.

    ReplyDelete
  13. @salamah ismail Done..akak. Saya dah buat tutorial itu untuk akak. ^__^

    ReplyDelete
  14. Kenapa tak boleh jugak eh? Dah enter banyak kali takde highlight pun. Majority semua cam tu. Tolong!

    ReplyDelete
  15. Kenapa tak boleh jugak eh? Dah enter banyak kali takde highlight pun. Majority semua cam tu. Tolong!

    ReplyDelete
  16. @Nasywa Nadzirah Mungkin tak ada kod yang dicari itu dalam template yang awak guna. Kadang2, tersembunyi..memang susah nak jumpa. Kena pandai2 adjust keyword coding yang awak nak cari itu.

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.