09 May 2013

Bila orang popular masuk blog

Assalamualaikum...

Pagi tadi tangan ni sengajalah check-check nuffnang, ye lah dah lama tak check. Mana tahu ada CPUV masuk ke kan..hoho. Tapi malangnya tak ada, hampas kelapa je yang ada. Kemudian terpandanglah dekat visitor nuffnang itu, ada gambar orang popular.

Siapakah? jeng-jeng..rahsia. Tapi terkejut lah juga sebab you know lah kan, blog i picisan je..hehe.. Susah tau, orang-orang yang popular nak masuk dan jenguk blog den ni. Lepas itu, macam-macam bendalah fikir..ehh..kenapa dia masuk blog aku? Aku curi entry dia ke? Copy entry dia ke? Mengutuk dia ke? kehkeh..merapu je lebih.

Pergi-pergi..syuhh...syuhh..negatif itu semua. Banyak pengaruh negatif sejak dua menjak ni (ehh..bukan kau sokmo negatif ke..hohoho). Tapi itulah hakikatnya, bila ada orang yang popular masuk blog ini. Gembira ada, pelik ada, macam-macam lah ada. Hehe..jangan terasa ye, saja je tulis entry ni sebabnya macam biasa, tak ada idea.

p/s: Saya nak menghilangkan diri buat sementara waktu, nak study, nak ambil ujian lesen memandu ni..hoho. Doakan saya berjaya ye. Nervous..hekhek. Macam dah bertahun tak ambil ujian kan.


08 May 2013

Sunyiku kerana stressku...

Assalamualaikum...

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..lega sikit. Rasanya keadaan dah reda sedikit daripada sebelum-sebelum ini kan. Faham kan..ala, buat-buat fahamlah ye. Kalau tidak sebelum ini penuh dengan isu-isu tersebut, tak boleh nak baca seriously rasa pening kepala. Buka je, isu itu, buka je isu itu. Tak tahan dan tidak mahu "menyestresskan" diri, jadi saya menyepikan diri buat seketika. Sedih ada, macam-macam perasaanlah ada.

Sunyiku kerana stressku...

Setuju sangat-sangat dengan entry mak dara. Kena kurangkan ia, jika tidak mahu stress..hehe. Tak nak cakap lebih lanjut sebab takut nanti jadi perbalahan, tersalah cakap dan sebagainya. Dunia akhir zaman ini, yang salah, nampak betul, yang betul jadi salah..ehh..sama je kan. Tapi terpulanglah kepada mereka untuk menulis, hak masing-masingkan. Saya stress sorang-sorang je, tak ada faedah dan tak ada kerugian pada orang lain pun kan. hohoho. Sudahlah. merepek je Aini ni kan.

" Rosaknya rakyat kerana pemimpin, rosaknya pemimpin kerana ulama', rosaknya ulama' kerana harta ( kemewahan dunia )" -Imam Al-Ghazali-

 p/s: Maaf ye kepada rakan blogger sekalian, saya baca entry-entry baru anda semua, tapi tak tinggalkan komen. Broadband ni pun buat masalah juga dan berita sedih (saya seorang je sedih kot) mungkin juga selepas ini saya akan terus menyepikan diri untuk jangka masa yang lebih lama. Ceh..macam nak pergi bertapa je kan.


01 May 2013

Top Commentator April 2013

Assalamualaikum...

Sekejap sangat masa berlalu kan. Sokmo tulis gitu, hehe. Memang masa itu emas. Masa itu sebenarnya lebih bernilai daripada emas sebab emas boleh dijual beli, tapi tidak pada masa. Sekali masa berlalu, tidak dapat diputarkan kembali.

Ehh..melalut-lalut pula dah Aini ni ye. Baiklah, inilah dia calon-calon top 20 pengomen-pengomen tegar pada bulan april 2013.



Terima kasih semua, jasa mu dikenang sampai bila-bila. Tanpa anda, siapalah saya. ^___^

"Engkau ibarat angin, yang menyimbah dingin, tidak kelihatan ditubir mata, tapi dirasai di pelusuk jiwa."

Wordless Wednesday #28 : Ibarat Makan Daging Manusia

Assalamualaikum...

Mengumpat


Mengumpat 

Agak-agaknya kita sanggup tak makan daging manusia? Lebih-lebih lagi daging manusia yang telah mati? Tak sanggup, bukan?

Wordless Wednesday #27 : Redo

Assalamualaikum...


I am not fat 


Tak ada idea punya pasal

Assalamualaikum...

Semalam, cadangnya nak edit blog. Dah lama tak bertukar wajah blog ni. Nampak buruk je ye. Hehe..ye lah ramai yang kata blog saya ni tetap sama macam dulu. Tak tukar-tukar pun wajah beliau. Kesian, bukan apa sebab saya pemalas tambah-tambah lagi dalam minggu ni asyik tak ada mood je, saya juga tak ada idea nak mengedit blog ni.

Jadi tengah-tengah malam ehh..pagi dah rasanya, saya private blog sekejap dan mengadap Adobe, kununnya nak edit template barulah, tapi punyalah cerdik minggu ni memang tak keluar langsung idea. Hohoho..susah nak keluar idea ni..hehe..Baru tinggal belajar sekejap dah jadi ngek. Mengadaplah laptop ni sampai nak pecah skrin, tak keluar juga. Last-last yang keluar hanyalah taik mata.

Disebabkan yang keluar taik mata, saya lupa nak setting balik blog saya to public, jadi ianya jadi private blog. Hohoho..maaf-maaf. Maaf pada yang nak jenguk blog saya tapi tak boleh masuk.

Tak ada idea punya pasal


Terharu sebab kak Anim siap buat entry lagi..maaf ye kak, saya terprivate. hehe. Maaf ye bukan nak prank ke apa, memang tengah bengong seketika. Sekali sekala tak apa kan. Sayang juga anda semua dekat saya ye. ^____^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome