25 October 2013

Hadiah dari KBS World Korea

Assalamualaikum...

Bulan lepas adalah satu event yang KBS buat, saja-saja try masuk. Tup-tup ada rezeki. Hadiah dia awesome bagi peminat-peminat drama mahupun artis-artis korea dan tak awesome bagi yang tak minat korea..hahaha. Merapu dah.

Jadi jakun sekejap sebab tak pernah terima parcel dari luar negara. hohoho.

Hadiah dari KBS World Korea

Inilah dia parcelnya. Dan hadiah di dalamnya adalah :


1. You're The Best Lee Soon Shin script autographed by IU

You're The Best Lee Soon Shin script autographed by IU

Siapa pernah tengok drama ni? Drama ini baru lagi habis ditayangkan. Saya tak download pun drama ni sebab banyak sangat episode nya, sampai 50 episode. >___<


You're The Best Lee Soon Shin script autographed by IU

Kembang-kembang hidung sebab dapat autograph IU. Siapa yang tak kenal IU tu siapa?

Ini dia IU.

IU autograph

Comelnya. >___<




Tapi sayangnya script dia dalam Bahasa Hangul aka Korea. Sepatah habuk pun tak faham.



2. B.A.P - Badman 3rd Mini Autographed Album

Siapa yang minat B.A.P? Hohoho..Malangnya saya tak minat B.A.P, jadi tak excited sangat nak dapat CD dia.  T____T. Maap!! Nama ahli kumpulan B.A.P pun saya tak tahu. 

B.A.P - Badman 3rd Mini Autographed Album

B.A.P - Badman 3rd Mini Autographed Album


3. Poster KBS Drama 

Korea Drama Poster

Ada 1 poster Drama Good Doctor yang baru habis ditayangkan. Baru je habis tengok drama Good Doctor ni, memang best. Kepada sesiapa yang belum tengok drama Good Doctor ni, bolehlah tengok. Tak rugi. Banyak ilmu dapat terutama yang bercita-cita nak jadi doktor tu. Dan 1 lagi dapat 2 poster Drama terbaru dari KBS iaitu Secret Love.


p/s: Jom join Orini Craft Simple Giveaway, lagi beberapa hari sahaja lagi  sebelum tarikh tutup. Hadiahnya :

  • 2x Little Kawaii Bear Keychain untuk 2 orang Pemenang
  • 1x Teeth Bear Keychain untuk 1 orang Pemenang
  • 1x Apple Keychain/hpstrap untuk 1 orang Pemenang
Orini Craft Simple Giveaway

Nak join klik sini ye



18 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki, akak tumpang happy untuk Aini...

    ReplyDelete
  2. Kalau dah minat tak faham bahasa tengok aje lama-lama faham jalan ceritanya..

    ReplyDelete
  3. fuyooo! dari korea tuuu! tahniah :D

    ReplyDelete
  4. wahhh...beznyee...jelezzz

    ReplyDelete
  5. Untungnyaa dapat parcel dr korea...tahniah!^_^

    ReplyDelete
  6. tahniah tapi sedihnya tak dapat baca script tu

    ReplyDelete
  7. woahhh. signature drp IU.. Lia minat die,, sbb die tu comel.. hihi.. Btw, tahniah!

    ReplyDelete
  8. wow..banyak hadiahnya.

    Saya kalau dapat parcel dari Korea pun sbb beli barang online direct dari korea..ehehehe

    ReplyDelete
  9. kump B.A.P tu best jugak, Adik kiter minat depa . cuba try2 dengaq lagu depa mana tau kot2 terminat. ^_^

    ReplyDelete
  10. perghhh kakkkkk kembang lobang hidong ai tengok parcel luar negara tu. hihi. akak ni sejak bila jadi kpoppers ni? hihi

    ReplyDelete
  11. Wahhh. Saya peminat BAP !! Untungnya awak. wuu T.T
    Oh ye,Done follow awak. Harap awak sudi follow saya juga ye? :)

    ReplyDelete
  12. Waa, bestnya dapat hadiah dari oversea ^^

    ReplyDelete
  13. wahhh congrats! :D
    bukan senang nak dapat hadiah jauh ni

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.