07 November 2013

Semua nak naik!!!!

Assalamualaikum...


Grrr..rasa geram je. Mentang-mentang gula naik. Harga minum tepi jalan naik harga 1.20!!!. Macam cantik je, macam comel je!!! Terpaksa beli air sebab terlupa nak bawa bekal air dari rumah.

Itu satu, harga barang juga turut naik. Melampau-lampau. Bawang naik..Susu naik, haish..kalau nak senaraikan satu persatu memang tak terkiralah naiknya. Kadang-kadang benda tu kecil je tapi harganya melambung setinggi-tingginya. Cekik darah.

Siapa kata 20 sen je tu tak berharga????

Sangat-sangat berharga even 5 sen pun berharga tau tak.  Kalau masih ada orang buang 5 sen itu, mungkin dia terlebih-lebih kaya. Tak sepatutnya keluar status mahupun tweet yang mengatakan "Tak apa, minyak naik sebab hanya orang berkereta besar sahaja yang banyak letak minyak"

Amboiii..Habis itu, penoreh getah tak letak, tak isi minyak? Nak pergi kebun getah tu jalan kaki. Hishh..menyirap je cecair merah dalam badan ni.

Okay, tahu cerita 20 sen itu sudah basi ye. Beban itu saya terasa sebab saya tolong mak belikan barang (memang tak pakai duit saya, sebab saya tanam anggur je) tapi saya rasa kesukarannya. Kalaulah saya dapat elaun beribu-ribu, saya tak merunggut kot. T_____T

Faham-faham kenapa gula kena naik, minyak kena naik..Saya faham!!!


8 comments:

  1. sedihkan bila semua naik :(

    nizamijam.com

    ReplyDelete
  2. semua benda sekarang nak naik jngn nanti ada lepas ni yg jual kuih kurang manis. maklumlah, gula dah naik

    ReplyDelete
  3. air pun naik. knapa tak tahu. ;/ terlampaunya..

    ReplyDelete
  4. betul tu kak :( pernah sekali tak cukup duit beli gula, adik saya kena patah balik semula 1km sbb nak minta duit lebih, tak cukup duit -_-

    ReplyDelete
  5. Sabar je lah yang mampu..hanya kita yang merasa kesusahan tu..orang lain 20 sen tak membawa makna..huhu..:)

    ReplyDelete
  6. kan kak. semua nak naik. harga gula sepaket naik bape sen, tapiii harga air secawan kat kedai pun naik sama banyak jugak. ish ish tak faham betul

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.