08 December 2013

Macam mana nak edit blog bagi cantik?

Assalamualaikum...

Macam mana nak edit blog bagi cantik?

Buat mereka yang nak tanya apa-apa mengenai blog, nuffnang dan sebagainya boleh terus direct PM saya dekat fb atau email sebab senang saya nak balas. InsyaAllah, kalau benda atau perkara tu saya tahu dan boleh jawab, saya jawab. Kalau dekat komen box, saya susah nak balas, lagi-lagi tutorial dan soalan-soalan yang panjang, jadi adalah lebih baik terus PM atau email saya ye.

Menjawab pertanyaan tira, macam mana nak edit blog bagi cantik? Sis jawab dekat sini ye sebab tira tak tinggalkan link blog, jadi tak dapat beri direct answer.

Macam mana nak edit blog bagi cantik?

Kalau nak edit blog cantik-cantik kena tahu dan faham basic coding terlebih dahulu, kemudian dah faham baru kita boleh mulakan blog editing ni.

Contoh : Apa itu margin blog, padding, color code, main wrapper, sidebar, dan sebagainya.

Tak tahu nak belajar dekat mana? 

Sis dulu-dulu pun bukan reti edit blog, kalau masuk blog orang yang cantik-cantik, cemburu dan iri hati sebab tak dapat blog macam tu..hehe. Dari situ, sis cari tutorial-tutorial untuk edit blog ni dari internet. Belajar slow-slow, tak terus pandai. Bergantung kepada diri sendiri. Kalau rajin dan cepat tangkap, cepatlah pandai. Kalau tak cuba lagi.

Lepas dah pandai sikit pun tak apa, dah boleh start mencuba. Kemudian bolehlah download software untuk design blog. Sis dulu header, macam-macam rupa, gambar baby lah, gambar kim hyun joong (pelakon korea) lah. Haish..dah tu buruk. Tapi puas hati sebab kita buat sendiri. Walaupun bagi orang tak cantik, tapi bagi kita dah cantik sangat dah. Ada kepuasan kat situ.

Software apa yang boleh guna untuk design header dan sebagainya?

Mula-mula dulu guna Photoscape je. Tapi bila search punya search, para-para senior blogger ni cakap guna Photoshop pun boleh. Gigih mendownload photoshop yang saiznya mencecah 2gb. Memang tak lepas nak download sebab sis cuma guna broadband. Puluh kali download, baru dapat.

Tak pandai guna Photoshop?

Boleh cari tutorial dekat internet, tak pun kalau tak rajin, explore dan godek-godek je sendiri. Sebab sis pun buat macam tu juga. Memang 100 peratus dari diri sendiri dan internet. Kalau nak tanya pasal Photoshop boleh juga tanya sis, kalau ada yang sis tahu sis jawab.

Itulah cara sis edit blog ini. Mula dari zero. Sebab kalau nak lagi mudah, tempah je dekat orang. Tapi disebabkan nak kepuasan bila tengok hasil kita, sis belajar dan buat sendiri.

Cara lain?

Download ready made template dekat internet. Dulu-dulu sis pun selalu download template cantik-cantik dari internet. Google je "cute free blogspot template" macam-macam ada. Cara ini paling mudah untuk dapatkan blog yang cantik tanpa perlu upah orang edit blog kita mahupun edit sendiri.

Sememangnya itu sahaja cara untuk anda edit blog bagi cantik-cantik. Tak cantik di mata orang, cantik dimata kita. Cantik tu kan subjektif kan. ^____^ Entry ini adalah mengikut cara dan pandangan sis sahaja, kalau ada salah dan silap, harap maaf ye. Kalau nak tanya apa-apa boleh terus contact di Facebook atau email ye.



31 comments:

  1. TERIMA KASIH sebab kongsi pengalaman..

    ReplyDelete
  2. waaa...comelnye rumah baru lepas2 banjir ni ek??? hehehe

    ReplyDelete
  3. salamkenal sis..
    yg dowlode template kat internet memng selalu saya buat..tq 4 sharing sis..bayak membantu :)

    ReplyDelete
  4. @nea lopah hehehe..a'ah kak..hehe..

    p/s: Rindu dekat akak dengan adik bieha comel tu. Dekat tempat akak tak banjir ke? Kuantan banjir teruk. Dekat tempat saya ni pun asyik hujan je. Hari ni, baru cuaca redup.

    ReplyDelete
  5. @Sobri Yaacob Salam kenal juga. Sama-sama. Kalau dulu sis pun suka download template2 dekat internet tu.

    ReplyDelete
  6. Aaa, blog kakak comey bangat sihh!
    Comey sangat, rasa mcm nak telan ja. Can I? :D

    ReplyDelete
  7. blog aini sgtttttt kiut!!!! waaa..jeles!

    ReplyDelete
  8. dah lama tak menyinggah sini....
    http://ceritamayapersada.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. blog awak makin cantik. jeles la mcm ni. hehe. :P

    ReplyDelete
  10. memang comei sgt header tu...belajar slow2 jgk ni..:)

    ReplyDelete
  11. assalammualikum sis,
    macam mana nk blajar code n nk buat photoshop...??? help

    ReplyDelete
  12. comel blog nih. jom lah singgah ke blog saya..tapi x comel sgt sebab saya masih lagi baru...

    ReplyDelete
  13. tq dear...sangat berguna untuk saya yang baru dalam dunia blogger.....
    jemput ke blog saya...
    ramlahkasim.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Comel blog nie...Bolehlah kita try nanty..thanks.

    ReplyDelete
  15. @Nurul Ainicantik website..cmne aini buat?tlg ajar

    ReplyDelete
  16. thanks for the sharing sis, your blog looks beautiful :)

    ReplyDelete
  17. hiiii..nice blog,,tak puas nak tgk...cantik bangat:-)
    Mohon kebenaran tukar link kat blog blh???

    ReplyDelete
  18. thax coz kongc pngalaman....mmg dari dlu carik bnde ni T^T btw thax bebanyak

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum . macam mana ya nak letak tempat komen dekat blogskin ni . Da banyak kali buat tapi tak ada pon. boleh bantu ?

    ReplyDelete
  20. Wah..terima kasih atas perkongsian pngalaman..

    ReplyDelete
  21. Menarik. Nak tanya la mcm ne nak buat icon mcm home, kenali saya, tempahan edit blog tu sume yeh?

    ReplyDelete
  22. asalammualaikum . Akma masih cuba untuk download free theme tu . trima kasih sebab ajar akma . hopefully blog akma pun akan bertambah comel macam blog orang lain :)

    ReplyDelete
  23. tq dah kongsi hope famly shat selalu

    ReplyDelete
  24. emm.. tula kena download mcm2 apps kan.. saya new blogger yg mmg tak tahu apa2.. thanks for the info..

    ReplyDelete
  25. As slm...
    Boleh wasap sy?...
    016 3558387
    Pn. Saliza

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.