01 February 2014

Kempen virtual "SaveYarmoukCamp‬"

Assalamualaikum...

Jom blogger semua, sebagai tanda kita peka terhadap isu saudara-saudara seislam kita di Syria, marilah kita sama-sama mengemaskini status Facebook dan Twitter kita dengan dengan menaip #‎SaveYarmoukCamp‬ atau #saveyarmoukcamp. Kempen ini dijalankan bagi memberi sedikit sebanyak kesedaran dan makluman terkini kepada rakan-rakan kita tentang apa yang berlaku pada saudara kita di sana.


Kempen virtual "SaveYarmoukCamp‬"

Makluman lanjut di page Aqsa Syarif

Kem Pelarian Yarmouk adalah kem pelarian Palestin terbesar di Syria, lebih dari 145,000 pelarian berdaftar, hampir 20,000 pelarian menjalani kehidupan yang sangat terdesak, tanpa makanan dan bekalan perubatan.

Kebuluran semakin menular di kem pelarian Yarmouk. Seramai 30 orang telah syahid kerana kebuluran dan angka tersebut dijangka meningkat. Mereka terpaksa berlapar dan hidup dalam kebuluran lebih daripada 170 hari.

Jika kita berpuasa sunat Isnin Khamis yang cuma belasan jam di Malaysia ini pun sudah ber'keroncong', apakah perasaannya jika lebih dari itu? Hasbunallah wani'mal wakil.

Rakan-rakan blogger, jom sama-sama kita sokong kempen ini. Disamping itu, marilah kita sama-sama mendoakan saudara kita di sana. Jika ada yang berkemampuan bolehlah menghulurkan bantuan. Jika tidak, cukuplah dengan doa. Sesungguhnya doa itu senjata bagi orang mukmin.

Juga digalakkan rakan-rakan blogger untuk berkongsi maklumat mengenai Kempen virtual "SaveYarmoukCamp‬" ini untuk perkongsian semua.

Bahagiamu deritaku?? BAHAGIA KITA DERITA MEREKA


1 comment:


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.