23 January 2014

Suhu Terendah di Pantai Timur

Assalamualaikum...

Patutlah sejak dua menjak ini, cuaca mendung je. Sejuk sampai ke petang. Sekarang, waktu saya tulis entry ini pun suhu sejuk sangat macam waktu pagi lagi. Sedangkan dah pukul 5.30 petang. Terbaca berita harian online hari ini. Memang suhu terendah dekat Kelantan dan Terengganu. Patutlah, Pahang tempat saya ini pun terkena tempiasnya.

KUALA TERENGGANU: Suhu di sekitar Besut mencatatkan penurunan sehingga 19 darjah celcius pagi semalam, sekali gus menjadi rekod suhu terendah pernah dicatatkan di daerah itu.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jenuwa Husin, berkata selain itu, Kuala Krai, Kelantan, turut merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah celcius, semalam, sekali gus mencatatkan rekod pertama di Pantai Timur.

"Penurunan suhu itu disifatkan satu rekod, berbanding suhu biasa yang dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini 23 darjah celcius di dua kawasan itu," katanya ketika dihubungi BH di sini, sebentar tadi.

Katanya, keadaan itu berpunca daripada luruan udara sejuk dari tanah besar China (kawasan bertekanan tinggi) bergerak ke Laut China Selatan yang biasa terjadi ketika monsun Timur Laut.
Namun, kedua-dua kawasan berkenaan mencatatkan bacaan 22 darjah celcius, hari ini.


Ada juga rakan-rakan dekat facebook, update status tempat mereka pun sejuk, petang-petang tak payah buka aircond atau kipas dah sebab dah memang sejuk. Sejuk betul ini sebab kaki saya rasa sejuk macam lepas berendam dengan air sejuk dah ni.

Ada yang kata, mana tahu, Malaysia pula dilanda salji. Maklumlah, beberapa hari ini heboh dengan berita Indonesia dituruni salji pada bulan Ogos yang lalu. Wallahualam..kun fayakun. Allah kata, jadi maka jadi lah kan. Tingkatkan amal dan teruskan kehidupan.

p/s : Tempat anda-anda semua? Sejuk juga kan. Memang rasa macam nak berselubung dalam selimut je ni..hehehe. T___T

4 comments:

  1. ye ke sejuk Aini,... dekat kl rasa mcm tak ada beza kot :)

    ReplyDelete
  2. sejuk... bangun pagi air macam ais... tidur guna selimut tebal...

    ReplyDelete
  3. aah kat swak ni pun sejuk gak
    suka dgn cuaca mcm ni..alhamdulillah
    Jom baca: Kreatif! Cantik! Sempoi gitu!

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.