25 February 2014

Edit Blog Eat Your Vitamin

Assalamualaikum...

Tempahan Edit Blog

Tempahan Edit Blog
Custom Signature
Tempahan Edit Blog
Watermark

Blog Eat Your Vitamin, tema warna hijau. Agak-agak produk apa ya? Hehe..Tengok daun pun tahu dah kan. Of course lah Shaklee kan. Kalau anda semua berminat nak dapatkan produk-produk Shaklee ini dengan harga yang berbaloi-baloi. Boleh dapatkannya di Facebook Eat Your Vitamin ini ye. Sambil-sambil itu jom terjah blog Eat Your Vitamin ini dan follow juga ya. 

------------------------------------------------

Jika berminat untuk membuat tempahan edit blog, boleh rujuk harganya disini atau boleh contact saya di :

Facebook : https://www.facebook.com/AiniZakariaPage
Email : ainizakaria92@gmail.com "Subjet - Tempahan Edit Blog"


Terima kasih. ^___^

Give Away Birthday Akiff

Assalamualaikum...


Give Away Birthday Akiff

Nak join klik banner di atas ye.

Ini kali kedua join Giveaway sempena birthday Akiff. Selamat hari jadi buat Akiff, semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. Jadi anak yang soleh dan bijaksana ye. InsyaAllah, amin ya rabbalalamin. 



Bye-bye Cbox

Assalamualaikum...

Rasanya memang nak buang cbox ini dah lama. Tapi tangguh-tangguh dulu sebab ada yang kata senang nak tinggalkan jejak. Tapi...tapi sekarang lihat memang dah tak ada manfaat, banyak SPAM. SPAM juga membahayakan blog kita. Nanti tak pasal-pasal google remove blog kita sebab banyak sangat SPAM. Sakit hati tengok, jadi adalah lebih baik saya terus mengeluarkan Cbox dari blog saya.

Bye-bye Cbox, saya tidak lagi memerlukan perkhidmatan anda. Kalau nak tanya apa-apa ke, boleh terus contact saya di Facebook atau email je terus saya di ainizakaria92@gmail.com. Tak pun, tinggalkan je komen anda di mana-mana entry di blog saya ye. InsyaAllah..kalau ada masa, saya balas jejak atau jawab pertanyaan anda di entry atau terus ke kotak komen blog anda.

InsyaAllah..buat masa sekarang saya sangat-sangat busy, jarang sekali nak blogwalking. Maaf ye, kalau ada masa, cepat atau lambat memang saya akan singgah balik blog anda ye. Terima kasih.

23 February 2014

Segmen Saya Nak Tudung Syria Superb

Assalamualaikum...


Segmen Saya Nak Tudung Syria Superb
Nak join klik banner di atas ye.


HADIAH :

2 helai tudung (Syria Adeela dan Wide Shawl)
3 Syria Adeela, 2 Wide Shawl Nawra dan 1 Shalw Lace Exclusive


21 February 2014

BR1M 3.0 sudah mula diterima semalam

Assalamualaikum...

Tadi buka-buka Sinar Harian Online terbaca berita bahawa ada sesetengah dari penerima BR1M 3.0 sudah pun menerima wang BR1M ke dalam akaun mereka. Wah-wah..seronoknya.

--------------------------------

SHAH ALAM - Walaupun Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 telah diumumkan akan diterima mulai esok, namun rata-rata pemohon telah menerimanya sejak semalam lagi.

Kebanyakan pemohon dan yang telah menerima BR1M 3.0 turut berkongsi berita gembira itu di laman media sosial.

Seorang pemilik Facebook, Pakcu Sofi turut berkongsi berita itu bersama rakan di laman sosial tersebut.

"BR1M telah masuk, boleh bayar cukai jalan.

"Saya telah dengar BR1M masuk, jadi saya cuba semak akaun bank saya.

"Saya semak hari ini, saya agak terkejut ada jumlah RM300 dalam akaun saya," tulisnya.

Bantuan berkenaan dimasukkan ke akaun miliknya semalam.

--------------------------------

Berita penuh boleh baca disini - Sinar Harian Online.

Kepada penerima BR1M boleh cuba-cuba semak account anda. Mana tahu anda pun terima BR1M awal sebelum 22hb ini kan. Alhamdulillah..rezeki dari Allah. ^___^


Penyelidik Stem cell Dedah Penipuan Produk Double Stemcell

Assalamualaikum...

Artikel ini untuk perkongsian semua sebab sebelum ini saya ada kongsi artikel  mengenai Produk Double Stemcell ini tidak mendapat sijil pengesahan halal kan. Jadi En. Ibrahim Abd Aziz selaku seorang penyelidik human stem cells memberikan pendapat beliau tentang produk ini.

-------------------------------------------------------

Assalam,

Saya sebagai seorang penyelidik human stem cells, ingin bertanya kepada upline & downline double stemcells (DCS) ni.

1. Apakah definisi spesifik stem cells yang terkandung di dalam apple & grape? Sebagai contoh, saya determine human stem cells dalam darah tali pusat (cord blood stem cells) sebagai sel yang mmpunyai surface marker CD34-positive, CD38-negative & CD133-positive expression cell adalah stem cells yang boleh regenerate darah & salur darah.

Ataupun contoh lain, sel yang mmpunyai protein keratin-19, protein Lgr5 & p63 sebagai epidermis/epithelial stem cell yang boleh regenerate kulit pada manusia.

Memang tidak dapat dinafikan pada pucuk, akar & buah tumbuh-tumbuhan mengandungi stem cell atas sebab kita nampak berlakunya pertumbuhan & regeneration di situ.

Tapi, apa bukti spesifik stem cellnya? So, jangan terkejut kalau selepas ini ada orang cakap kat pucuk ubi & akar (ubi kayu) tuh pun ada stem cell.

Kalau tiada definisi spesifik, macam mana boleh tahu dalam buah apple & grape tuh ada stem cellnya? Berapa peratus kandungan stem cells dalam buah apple & grape tersebut? Berapa peratus kandungan stem cells yang masih hidup & aktif dalam bungkusan serbuk DSC tuh?

2. Stem cell manusia pun, bila nak guna (melalui transplantation) kena check HLA (DNA) kat penerima. Sebabnya, kalau penerima berlainan HLA (melebihi 2/6), maka akan berlaku reject reaction, dan stem cell manusia yang dipindahkan kepada penerima tersebut akan mati akibat reject reaction.

Begitu juga, sekiranya stem cells haiwan dipindahkan kepada manusia. So, apatah lagi plant stem cell. Mana ada rawatan regenerative stem cell dilakukan melalui pemakanan masuk mulut. Stem cell tumbuhan seperti apple & grape hanya berkesan untuk regenerate tissue kat pokok apple & grape sahaja laa. Pokok apple & grape ada high blood pressure, stroke & diabetes ke???


Pusat Kajian En. Ibrahim Abd Aziz di Jepun

3. Kesan "epigenetic"?? Pulak dah. "plant stem cell mempunyai epigenetic yang menyerupai adult human stemcell"?

Boleh bagitau tak research article lain yang dibentangkan oleh Dr Fred Zulli tuh explain pasal kesan"epigenetic" stem cell apple & grape nih?

Mengikut bacaan saya di dalam research article pd journal Phytochem Rev. 7, pp599-605, 2008 & SOFWJournal 134, pp30-35, 5-2008 yang dibentangkan oleh Dr Fred Zulli (MibelleBiochemistry, Switzerland, pengasas produk DSC) takde pulak cerita pasal kesan epigenetic daripada stem cell apple & grape.

Pada pendapat saya, kalau tak boleh bagi direct evidence & explaination pada statement #1 di atas, memang tak boleh laa nak berhujah menjawab statement #3 nih.

4. Kalau betul plant stem cell daripada apple & grape nih boleh regenerate tissue & organ pada manusia & penemuan ini disertakan bukti saintifik (publish article dalam journal seperti Nature & Cell Stem Cells, journal impact factor >30), Dr Fred Zulli tuh boleh dapat Nobel Prize laa nanti.

"Semoga Dr Fred Zulli berjaya & good luck"

Saya tiada ada apa-apa kepentingan di sini, sekadar ingin berkongsi ilmu yang dipinjamkanNya. Akhir sekali, tepuk dahi tanya kepala masing-masing.

Wassalam.

Oleh: Ibrahim Abd Aziz
(Pengkaji Stem Cell, Dept of Hematology & Oncology, Research Center for Regenerative Medicine, Research Center for Cancer Stem Cell, Tokai University School of Medicine, Kanagawa, Jepun.)

Mengeluarkan pendapat seperti ini bukan berniat untuk menutup sumber pendapatan MLM semua. Cuma, sedarlah jangan menipu atau tertipu disebabkan "taksub" tanpa usul periksa. - Ibrahim Abd Aziz

-------------------------------------------------------
p/s: Pernah tengok dekat tv3 dulu-dulu mengenai stem cell ini. Tapi stem cell dari darah tali pusat. Betulkan kalau saya salah ya. Ada "tabung khas" untuk simpan darah tali pusat sebagai penawar penyakit untuk pemilik bayi tali pusat itu atau adik beradiknya. Bayaran untuk menyimpan darah tali pusat ini pun mencecah puluhan ribu ringgit rasanya. Haaa..Ini baru stem cell betul ini. Simpan duit you all banyak-banyak nanti bila ada anak baru lahir, guna pakai stem cell ini untul merawat penyakit. Semua penyakit ada penawarnya kecuali mati.


17 February 2014

Hadiah-hadiah Menang GA

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..murah rezeki saya untuk bulan ini. Ini antara hadiah yang saya menang dan sudah selamat sampai.

Ini hadiah daripada akak Syuhada untuk Handphone Giveaway by Syuhada1981.com. Entri penyertaannya disini. Hadiah dah sampai 2 minggu lepas, baru nak entri sekarang ye..hoho.

Handphone Gucci

Menang 1 handphone Gucci berwarna hijau + wang tunai RM50. 

Handphone Gucci berwarna hijau + wang tunai RM50

Dapat sijil juga. Terima kasih banyak-banyak kak syuhada. Sangat comel handphone tu. Suka. 


Ini pula hadiah untuk top referral blog Opzzpinky GA 2014 by Sharina. Untuk GA ini menang RM10 Top up sebab jadi peserta pertama dan menang Eskinol, Inner Bawal, RM 5 Topup, 5 Sachets Collogen Powder untuk top referral.

Top up semua dah terima, cuma tinggal Eskinol dan Inner Bawal je belum.

Juga dah terima 5 Sachets Shaklee Collogen Powder + Free Gift 2 hari lepas. Terima kasih pada sis Najmi iaitu pemilik Manjaku Littleqalesya untuk hadiah shaklee collogen powder + the sweet and cute little pouch. Terima kasih sis. ^___^ Kalau anda semua nak beli produk Shaklee boleh beli dari sis Najmi di Manjaku Littleqalesya ya.

Shaklee Collogen Powder

Ini pula hadiah-hadiah yang sampai hari ini.

Untuk hadiah keychain love ini tak tahu siapkah pengirimnya dan tak ingat menang dari GA mana. Maaf ya, but thanks for those who are sponsor and give me this cute love keychain. <3

Hadiah-hadiah Menang GA

Ini pun saya lupa menang dari GA mana..Ayoyoyo..Maaf sangat-sangat. Check-check dekat facebook, tak jumpa pengirimnya siapa, nasib baik dibahagian packagingnya ada nama Facebook sponsor. Terima kasih kepada Button and Cuteness sebab hadiahkan bookmark dan brooch yang comel. Nak juga? Boleh dapatkan di Button and Cuteness.

Hadiah-hadiah Menang GA

And the last but not least, hadiah top referral dari New Year Giveaway FD & Fariqan Afina. Dapat Herb Day 365 Cleansing Foam "berperisa" Acerola (kihkih..berperisa tu tahan) -_-". Terima kasih pada sponsor Fhatin Amelia untuk hadiah ini. Suka dari The Face Shop lagi itu. Made in Korea gitu, lagi-lagi dan lagi bila duta The Face Shop ini dulu Seohyun, Girl Generation dan Kim Hyun Joong, SS501. Tapi sekarang duta dia Suzy, Miss A dah rasanya.

Herb Day 365 Cleansing Foam Acerola



Terima kasih pada semua sponsor dan penganjur GA, maaf kalau saya ada terlepas pandang sebut nama sposor, betul-betul tak ingat. Semoga semua sponsor dan penganjur dimurahkan rezeki ya. ^_______^




Edit Blog Umie Shawlerz

Assalamualaikum...


Edit Blog Umie Shawlerz


Watermark Umie Shawlerz

Watermark


Tempahan edit blog kali ini adalah untuk Umie Shawlerz iaitu sebuah blogshop yang menjual produk kesihatan dan kecantikan, produk Hi-O, pakaian muslimah yang cantik-cantik dan macam-macam produk lain lagi.

Nak blog yang simple dengan illustration header jadi terhasilah blog yang simple ini..hehe.. Alhamdulillah, pemilik Umie Shawlerz berpuas hati. Kepuasan anda, kegembiraan saya..hohoho. 

Jom singgah ke blogshop Umie Shawlerz ini, sambil-sambil follow boleh jamu mata. Baju muslimah semuanya cantik-cantik. Confirm rambang mata. ^___^

------------------------------------------------

Jika berminat untuk membuat tempahan edit blog, boleh rujuk harganya disini atau boleh contact saya di :

Facebook : https://www.facebook.com/AiniZakariaPage
Email : ainizakaria92@gmail.com "Subjet - Tempahan Edit Blog"


Terima kasih. ^___^

11 February 2014

Kerana bola nak membunuh?

Assalamualaikum...

Pelik-peliklah budak-budak sekarang ini. Fanatik bola, sampai nak membunuh antara satu sama lain. Dapat faedah ke kalau kita bunuh orang kerana bola? Nak ketawa pun ada, nak menangis pun ada. Alahai...dunia. Sukan sepatutnya menyatukan kita, semangat kesukanan meningkatkan jati diri dalam diri. Sihat tubuh badan. Tapi ini dah lain jadinya.

Kerana bola nak membunuh??

Adat pertandingan, ada menang, ada kalah kan. Terimalah dengan hati terbuka. Lagi-lagi kita sesama islam, tak kiralah kita duduk Afrika sekali pun kita tetap bersaudara. Minat sukan boleh, tapi jangan sampai fanatik. Sampai nak membunuh sesama sendiri. Tak elok kan. Tok Gajah ke, JDT ke..kita sama-sama bersatu hati. Bersaing secara sihat. Saya orang Pahang, sokong Tok Gajah dan kagum dengan JDT. Corak permainan JDT terbaik. Sama-sama hebat. 

Jadilah penyokong yang "profesional". Jangan jadi penyokong "Kerana nila setitik, rosak susu sebelangga". Eh eh eh.




09 February 2014

Edit Blog Permata Indah Husna

Assalamualaikum...

Edit Blog Permata Indah Husna


Edit Blog Permata Indah Husna


Blog Permata Indah Husna ini adalah personal blog. Blog seorang ibu. Header pun nampak keibuan kan kan kan..hehe. Ada gambar adik Irfan yang sangat comel lagi itu. Marilah kita terjah sambil follow blog akak Husna ini. InsyaAllah, kak husna tak sombongnya. Mesra. ^____^ Jom follow ramai-ramai, click sini ye.

------------------------------------------------

Jika berminat untuk membuat tempahan edit blog, boleh rujuk harganya disini atau boleh contact saya di :

Facebook : https://www.facebook.com/AiniZakariaPage
Email : ainizakaria92@gmail.com "Subjet - Tempahan Edit Blog"


Terima kasih. ^___^


08 February 2014

Review Filem | Miracle In Cell No. 7

Assalamualaikum...

Nak review satu movie yang saya rasa it worth to watching it. Filem ini ditayangkan tahun 2013, tahun lepas lah kan. Hehe. Saya baru tahun ini nak tengok. Miracle In Cell No. 7, Korea Film yang bagi saya filem yang sangat-sangat menyentuh perasaan. Sedih sangat. Rugi kalau tak tengok. Mari kita baca sinopsis dulu ye.

Review Filem |  Miracle In Cell No. 7

Sinopsis Miracle In Cell No. 7 

Lee Yong-gu adalah seorang ayah yang mempunyai masalah mental dan bersifat keanak-anakan. Lee Yong-gu mempunyai seorang anak yang beumur 6 tahun, iaitu Ye-sung yang lebih pintar berbanding rakan-rakan sebayanya. Kehidupan mereka sederhana namun mereka cukup bahagia. Suatu hari Lee Yong-gu dituduh. membunuh dan merogol anak kepada seorang Ketua Polis. Akibat tuduhan palsu tersebut, dia dipenjara dan bakal dihukum sampai mati. Ye-sung pula dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak. Lee Yong-gu dipenjara di Cell No.7.

Rakan-rakan penjara Lee Yong-gu yang pada mulanya melayan Yong-gu dengan kasar akhirnya membantu Yong-gu menyeludup Ye-sung ke dalam Cell No.7 dan mencari jalan untuk membebaskan Yong-gu daripada tuduhan tersebut. Nak tahu cerita seterusnya, kenalah tengok filem ini.

Trailer Miracle in Cell No.7



Memang filem Miracle In Cell No. 7 ini wajib ditonton. Sedih sangat-sangat. Mencurah-curah air mata. Adik yang jadi Ye-sung itu pun comel dan sangat bijak. Moral value dalam filem ini adalah erti kasih sayang antara ayah dan anak, persahabatan dan kebenaran. Ohh..lupa pula..Park Shin Hye pun ada dalam filem ini..ngeh-ngeh.

Cubalah cari dekat Youtube ke untuk Full Movie Miracle In Cell No. 7 ini. Saya men "torrent" je.

Selamat Menonton.

06 February 2014

Quran ReadPen

Assalamualaikum...

Quran ReadPen

QURAN READPEN


Keistimewaan:

1. Menunjuk dan membaca apa-apa ayat atau surah (pada Al-Quran yang disertakan dalam set pembelian ini) yang ditunjuk menggunakan ReadPen.

2. Menyimpan audio MP3 tambahan dalam ReadPen.

3. Ada bacaan ramai Syeikh hebat seperti Al-Ghamidi, Misyari, Sudais dan lain-lain.

4. Mempunyai terjemahan Al-Quran dalam bentuk audio.

5. Boleh mengawal volume suara menggunakan ReadPen.

6. Boleh merakam suara menggunakan ReadPen.

7. Boleh play / pause bacaan menggunakan ReadPen.

8. Bateri boleh dicas. Tahan selama 4 jam.

9. Disertakan juga Al-Quran yang berkualiti.

10. Percuma 2 buku kecil:

a. Qaida Noorania. Mengandungi:
- Panduan belajar Bahasa Arab.
- Panduan belajar Tajwid.
- Panduan solat dengan cara dan bacaan yang betul (step-by-step).
- Doa Harian.
- Surah-surah pilihan.

b. Sahih Al-Bukhari (juga boleh ditunjuk dan dibaca dengan ReadPen).

* Warranty 1 tahun untuk software pada ReadPen, bukan untuk masalah disebabkan kecuaian sendiri.


Quran ReadPen

Panjang ReadPen lebih kurang saiz tapak tangan.


Harga termasuk postage (SELURUH MALAYSIA)
RM200 sahaja!


Jika berminat untuk mendapatkan Quran ReadPen ini bolehlah PM/Inbox saya di Facebook atau email saya di ainizakaria92@gmail.com dengan subject "Pembelian Quran ReadPen". Terima kasih.


Jom beli secara online : 


05 February 2014

Mini Giveaway by www.AimanAziz.com

Assalamualaikum...

Mini Giveaway by www.AimanAziz.com

Klik banner untuk join.


Tarikh tutup : 21/02/2014


03 February 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

Assalamualaikum...


Nak join klik banner di atas ye.

Giveaway ini ditaja oleh :

Edit Blog Kenangan Terindah

Assalamualaikum...
Edit Blog Kenangan Terindah



Simple Watermark


Tema blog warna pink. Blog Kenangan Terindah ini blog personal tapi entri-entri menarik. Puitis-puitis gitu. Jom lah kita singgah sambil-sambil itu kita follow blog Kenangan Terindah ini sekali ye. Tambah kenalan.  

------------------------------------------------

Jika berminat untuk membuat tempahan edit blog, boleh rujuk harganya disini atau boleh contact saya di :

Facebook : https://www.facebook.com/AiniZakariaPage
Email : ainizakaria92@gmail.com "Subjet - Tempahan Edit Blog"


Terima kasih. ^___^



Custom Made Sticker Kereta

Assalamualaikum...

Custom Made Sticker Kereta - Anda seorang peniaga? Mahu pun blogger? Ingin memperkenalkan barangan, perkhidmatan mahupun blog anda kepada orang ramai? Jadi mari sini saya perkenalkan salah satu cara yang effektif untuk anda..jeng-jeng..Iaitu Custom Made Sticker Kereta.

Kelebihan menggunakan Custom Made Sticker Kereta.

Cantik, menarik, murah, jimat dan boleh dibawa kemana-mana sahaja kerana ianya ditampal di kenderaan anda. Kereta kita mestilah kita bawa jalan-jalan kan. Merata-rata tempat. Jadi ianya salah satu cara untuk kita memperkenalkan produk-produk mahupun perkhidmatan kita kepada orang ramai.

Lagi-lagi bila kita tampal Sticker Kereta yang comel-comel dan cantik-cantik, memanglah menarik perhatian kan.

Custom Made Sticker Kereta

Ini adalah salah satu contoh Custom Made Sticker Kereta yang boleh membantu anda mempromosikan perniagaan anda kepada orang ramai. Bila orang tengok je Custom Made Sticker yang macam comel macam cantik ini, berkenan nak beli produk anda, boleh terus hubungi anda. Senangkan. 

Custom Made Sticker Kereta

Cara promosi untuk peniaga online.

Haa...Custom Made Sticker Kereta ini amatlah sesuai digunakan oleh peniaga-peniaga online (macam saya sendiri), kita buat business kecil-kecilan secara online kan. Lagi-lagi yang baru nak bertapak. Susahkan, kita nak dikenali. Jadi gunakan Custom Made Sticker Kereta ini untuk mempromosikan perniagaan anda.

Jimat dan mudah kan. Jual barang craft, bolehlah buat Custom Made Sticker anda dengan gambar-gambar barangan craft anda ke kan. Pusing-pusing keliling kampung, pun dah boleh promosikan produk-produk yang anda jual. So, memang mudah kan kan..Haa..berapa kali mudah dah ni.

Nama pun Custom Made Sticker, jadi anda bolehlah design sticker anda mengikut kehendak anda. Ayuh promosikan perniagaan anda dengan menggunakan Custom Made Sticker Kereta SEKARANG!!


Website Car Stickers Malaysia
No Telefon : 010-2255485 / 012-6953385
Fanpage : Car Stickers Malaysia
Instagram Car Stickers Malaysia : car_stickers_malaysia
Servis : Printing Biasa, Bussines Card, Flyers,Banner, Sticker Kereta



01 February 2014

Kempen virtual "SaveYarmoukCamp‬"

Assalamualaikum...

Jom blogger semua, sebagai tanda kita peka terhadap isu saudara-saudara seislam kita di Syria, marilah kita sama-sama mengemaskini status Facebook dan Twitter kita dengan dengan menaip #‎SaveYarmoukCamp‬ atau #saveyarmoukcamp. Kempen ini dijalankan bagi memberi sedikit sebanyak kesedaran dan makluman terkini kepada rakan-rakan kita tentang apa yang berlaku pada saudara kita di sana.


Kempen virtual "SaveYarmoukCamp‬"

Makluman lanjut di page Aqsa Syarif

Kem Pelarian Yarmouk adalah kem pelarian Palestin terbesar di Syria, lebih dari 145,000 pelarian berdaftar, hampir 20,000 pelarian menjalani kehidupan yang sangat terdesak, tanpa makanan dan bekalan perubatan.

Kebuluran semakin menular di kem pelarian Yarmouk. Seramai 30 orang telah syahid kerana kebuluran dan angka tersebut dijangka meningkat. Mereka terpaksa berlapar dan hidup dalam kebuluran lebih daripada 170 hari.

Jika kita berpuasa sunat Isnin Khamis yang cuma belasan jam di Malaysia ini pun sudah ber'keroncong', apakah perasaannya jika lebih dari itu? Hasbunallah wani'mal wakil.

Rakan-rakan blogger, jom sama-sama kita sokong kempen ini. Disamping itu, marilah kita sama-sama mendoakan saudara kita di sana. Jika ada yang berkemampuan bolehlah menghulurkan bantuan. Jika tidak, cukuplah dengan doa. Sesungguhnya doa itu senjata bagi orang mukmin.

Juga digalakkan rakan-rakan blogger untuk berkongsi maklumat mengenai Kempen virtual "SaveYarmoukCamp‬" ini untuk perkongsian semua.

Bahagiamu deritaku?? BAHAGIA KITA DERITA MEREKA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome