08 February 2014

Review Filem | Miracle In Cell No. 7

Assalamualaikum...

Nak review satu movie yang saya rasa it worth to watching it. Filem ini ditayangkan tahun 2013, tahun lepas lah kan. Hehe. Saya baru tahun ini nak tengok. Miracle In Cell No. 7, Korea Film yang bagi saya filem yang sangat-sangat menyentuh perasaan. Sedih sangat. Rugi kalau tak tengok. Mari kita baca sinopsis dulu ye.

Review Filem |  Miracle In Cell No. 7

Sinopsis Miracle In Cell No. 7 

Lee Yong-gu adalah seorang ayah yang mempunyai masalah mental dan bersifat keanak-anakan. Lee Yong-gu mempunyai seorang anak yang beumur 6 tahun, iaitu Ye-sung yang lebih pintar berbanding rakan-rakan sebayanya. Kehidupan mereka sederhana namun mereka cukup bahagia. Suatu hari Lee Yong-gu dituduh. membunuh dan merogol anak kepada seorang Ketua Polis. Akibat tuduhan palsu tersebut, dia dipenjara dan bakal dihukum sampai mati. Ye-sung pula dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak. Lee Yong-gu dipenjara di Cell No.7.

Rakan-rakan penjara Lee Yong-gu yang pada mulanya melayan Yong-gu dengan kasar akhirnya membantu Yong-gu menyeludup Ye-sung ke dalam Cell No.7 dan mencari jalan untuk membebaskan Yong-gu daripada tuduhan tersebut. Nak tahu cerita seterusnya, kenalah tengok filem ini.

Trailer Miracle in Cell No.7



Memang filem Miracle In Cell No. 7 ini wajib ditonton. Sedih sangat-sangat. Mencurah-curah air mata. Adik yang jadi Ye-sung itu pun comel dan sangat bijak. Moral value dalam filem ini adalah erti kasih sayang antara ayah dan anak, persahabatan dan kebenaran. Ohh..lupa pula..Park Shin Hye pun ada dalam filem ini..ngeh-ngeh.

Cubalah cari dekat Youtube ke untuk Full Movie Miracle In Cell No. 7 ini. Saya men "torrent" je.

Selamat Menonton.

13 comments:

  1. Takut nak tengok,nanti berjuraian air mata,hehe :D

    ReplyDelete
  2. cerita ni sedih. i dah tgk .

    btw i need your opinion.

    http://anisninja.blogspot.com/2014/02/saya-perlukan-pandangan-korang-urgent.html

    ReplyDelete
  3. dh tengok dgn kawan tahun lepas, bila nak menangis, terus cover...malu haih, menangis depan kawan...tp, kwn sy, menangis sampai mata merah gila bila tengok sesorang cita ni...hehe

    ReplyDelete
  4. alamak aini akak nak kena sediakan tisu dulu ni...

    ReplyDelete
  5. dah search kat youtube.. sedihnye sebab takde :(

    zakwan pun dah daftar jugak SBB.. hope dapat jumpa Aini kat sana nanti :)

    ReplyDelete
  6. @Nini Hanini hehe..tak apa. Sediakan tisu siap2..tak pun lap dengan lengan baju je..hehe.

    ReplyDelete
  7. @ninja Sedih kan..Okay..InsyaAllah nanti saya terjah.

    ReplyDelete
  8. @nae nematoda hehe..Tengok seorang2 bolehlah menangis keluar air mata. Kalau tengok dengan kawan2, cover2..Malu2 kucing.

    ReplyDelete
  9. aku dah tengok cerita ni memang teramat best! mesti kena tengok, Komform menangis tengok cerita ni. 5/5 bintang

    http://www.adarain.com/2014/01/filem-korea-paling-best-2013/

    ReplyDelete
  10. astaghfirullahal'azim :(
    cerita ni sumpah sedih gila nak mati ya allah.............
    </3
    qila menangis teresak esak sedu sedu tau. pastu abah sekali nangis , kakak nangis. And peluk abah!!
    Heheheh.
    Kesian kan, padahal dia tak rogol pun tau :(
    Sampai hati polis bongok tu tak leh terima kenyataan ugh!!!

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.