14 July 2014

Roti jenama terkenal tidak diperakui JAKIM

Assalamualaikum...

Sijil halal ditarik- Kilang roti jenama terkenal diarah berhenti operasi kerana sijil halal tidak diperakui JAKIM.

Roti jenama Sunshine

Agak-agaknya dapat teka tak jenama roti itu, sebab Sinar Harian hanya memaparkan tajuknya sahaja. Tapi kalau dilihat pada warna lori tersebut, dah dapat agak kan roti jenama apa.

Roti jenama Sunshine

Roti jenama Sunshine. Mungkin jarang dengar kan namanya tapi saya rasa, saya biasa nampak bungkusannya di atas rak roti. Kilang roti Sunshine ini terletak di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak. Bukan sahaja sijil halalnya palsu aka tidak diperakui oleh JAKIM malah, proses pembuatan roti Sunshine ini juga tidak mematuhi standard atau piawaian kebersihan yang ditetapkan dan itu sangat menjijikkan.

Roti jenama Sunshine  Roti jenama Sunshine

Roti jenama Sunshine  Roti jenama Sunshine

Sangat-sangat menjijikkan. Tak tertelan rasanya bila tengok tempat pembuatan roti sedemikian rupa. Gambar-gambar di atas ini pun dapat dari salah seorang pengguna laman sosial. Harap pihak berwajib sentiasalah membuat pemeriksaan berkala terhadap kilang-kilang pembuat makanan ini, agar dapat mengelakkan perkara macam ini berulang. Pengotor sangat. 

Meskipun saya bukanlah pengemar roti, tapi umi dan kakak saya ini "hantu roti". Rasanya memang tak pernah beli roti ini..tapi susah hati tengok orang yang suka makan roti, kot-kot termakan roti yang dibuat ditempat yang tak terjamin kebersihannya aka PENGOTOR yang amat ini.



5 comments:

  1. eee..gelinya tengok tmpt kilang dia..nsib baik aisyah jarg beli roti jenis ni. ><

    ReplyDelete
  2. Alla. Nasib baik jarang makan roti ni.

    ReplyDelete
  3. ya ampun3...nasb baik xtau jenama ni.

    ReplyDelete
  4. Jenama tak berapa terkenal sangat rasa macam tak pernah makan, biasa makan roti gardenia..sangat menjijikkan dengan keadaan macam tu.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah dengar lagi jenama roti ni

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.