12 August 2014

Cara Hilangkan Bau Cili Pada Pengisar

Assalamualaikum...

Cili yang dikisar akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan pada bekas pengisar. Mesin pengisar yang sentiasa digunakan untuk mengisar cili pastinya meninggalkan aroma bau yang kurang menyenangkan. Bila nak kisar benda lain pun jadi terbantut sebab bau cili itu sangat kuat sampai melekat dekat bahan lain kan.


Cara Hilangkan Bau Cili Pada Pengisar


Kebiasaannya orang kata boleh gunakan ampas kelapa untuk hilangkan bau cili itu kan. Tapi bila guna ampas kelapa terlekat pula bau santan dan meninggalkan minyak. Jadi untuk elakkan perkara sedemikian, kita boleh gunakan biskut keping.

Caranya, kisarkan beberapa kepingan biskut selama beberapa minit, kemudian cuba lihat hasilnya apabila bau cili tersebut telah diserap dengan biskut yang dikisar. Mudahkan. Selamat mencuba.

6 comments:


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.