24 November 2015

Tampil Bergaya dengan Sandal Lelaki

Assalamulaikum...

koleksi sandals lelaki

Tahukah anda bahawa selain selipar, anda boleh menyelamatkan gaya anda agar tidak kelihatan terlalu kasual dengan bergaya bersama sepasang sandals. Tidak dinafikan bahawa selipar atau flip flops memang akan memberikan anda keselesaan dan lebih udara kepada kedua kaki anda, namun pemakaian selipar kadang kala kelihatan janggal untuk dipakai ke acara-acara tertentu dan tempat-tempat tertentu. Sebagai contoh, tahukah anda bahawa pemakaian selipar adalah dilarang ketika anda ingin menyaksikan sebuah tayangan di Istana Budaya? Dan adalah tidak sesuai jika anda ingin memakai selipar apabila ingin menghadiri majlis istimewa seperti undangan perkahwinan. Namun berbeza dengan pemakaian sandals! Berikut merupakan beberapa rekaan koleksi sandals lelaki yang paling popular di kalangan kaum lelaki;

koleksi sandals lelaki
Ini merupakan rekaan sandals yang paling sesuai dipakai untuk aktiviti kasual. Ia boleh dipakai dengan padanan seluar pendek mahupun jeans.


koleksi sandals lelaki

Untuk rekaan gladiator sandals berikut ini pula, ia sesuai untuk anda padankan bersama pemakaian baju Melayu terutama sekali apabila anda ingin menghadiri undangan perkahwinan ataupun meraikan sambutan perayaan.

koleksi sandals lelaki


Double strap sandals ini pula sesuai untuk anda gayakan bersama padanan seluar slacks dan baju polo anda. Ia juga sesuai untuk dipakai ketika hujung minggu.

koleksi sandals lelaki


Dan untuk rekaan ankle strap sandals ini pula, ia sering menjadi pilihan ramai lelaki untuk digayakan bersama pemakaian jeans dan baju-t. Kombinasi ini kelihatan lebih menyerlah jika dibandingkan dengan pemakaian flip flops biasa.

Dapatkan lebih banyak rekaan menarik Sandal Lelaki di Zalora Malaysia.


27 October 2015

Cara menulis Resume Kerja

Assalamualaikum...

Resume boleh dikatakan satu "kemestian atau kewajipan" untuk si pencari kerja, lebih-lebih lagi kalau nak memohon kerja kerajaan kan. Jadi kita mesti tahu Cara menulis Resume Kerja yang lengkap. Resume ini kiranya macam ringkasan maklumat diri yang seharusnya lengkap dan padat. Jangan terlalu panjang, jangan terlalu pendek. Berjela-jela tapi input atau isi penting tak ada, tak guna juga kan.

Agak blur bila kita yang pertama kali nak memohon kerja kena tulis resume kan. Resume untuk sambung belajar dengan resume kerja ini ada bezanya. Resume kerja ini ibarat membeli cincin nak melamar bakal isteri. hehe..Kang cincin besi je kang, tak nak pula kan. Jadi pastikan resume anda itu dihiasi dengan kelebihan dan keistimewaan diri anda, terutamanya yang berkaitan dengan pekerjaan yang anda nak pohon itu.

Resume ini ada macam-macam jenis. Yang ini merupakan salah satu bentuk resume yang mudah, padat dan lengkap.

Apa yang patut ada dalam resume anda?

  1. Butiran lengkap diri anda seperti, Nama, Tarikh Lahir, No. Kad Pengenalan, Alamat dan lain-lain.
  2. Latar belakang Pendidikan atau pencapaian akademik. Tak kisahlah nak masukkan detailnya dari UPSR sampai PHD sekali pun. Tak ada masalah pun. Bermula dari SPM dan ke atas pun tak ada masalah.
  3. Kemahiran dan Bahasa. Di bahagian kemahiran ini, ceritakan secara tepat dan padat mengenai kemahiran yang anda ada, terutamanya kelebihan yang berkaitan dengan bidang pekerjaan yang anda pohon. Di bahagaian bahasa pula senaraikan bahasa-bahasa yang anda kuasai. Mandarin ke? Jerman ke? Korea ke?
  4. Objektif dan matlamat kerjaya anda. 
  5. Pengalaman Bekerja.
  6. Kekuatan Peribadi atau Kelebihan diri. Nyatakan kelebihan diri anda, seorang yang mampu bekerja di bawah tekanan ke? Haaa..hebat ini.
  7. Aktiviti Ko-kurikulum. Nyatakan tanggungjawab anda dan penglibatan anda dalam aktiviti kokurikulum. Misalnya Pengerusi Kadet Remaja Sekolah, penglibatan pula mewakili negeri dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Pahang.
  8. Rujukan. Untuk rujukan ini pula masukkanlah nama-nama majikan atau guru, atau pensyarah anda. Sekurang-kurangnya ada 2 orang rujukan pun sudah memadai.

Contoh Resume Kerja

Contoh Resume Kerja

Contoh Resume Kerja


Contoh Resume Kerja


Selain daripada itu, anda juga boleh melampirkan surat permohonan jawatan bersama-sama resume lengkap.

Surat Permohonan Jawatan Kosong


Itulah antara maklumat yang sekurang-kurangnya, perlu ada dalam resume anda. Selain daripada resume yang mantap, penampilan yang menepati kod dan etika pemakaian temuduga serta berkeyakinan juga diperlukan untuk "memikat hati" panel-panel penemuduga.

TIPS penting untuk anda adalah keyakinan diri. Sentiasa yakin dengan diri sendiri dan jangan takut-takut nak keluarkan suara sebab antara kegagalan semasa temuduga adalah kurang menonjolkan diri dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri.

Takut-takut nak cakap dan suara tak keluar. Relax, jangan takut, walaupun sebenarnya takut, tapi pura-pura je tak takut..hehe. Bukan takut kan, tapi "cuak" dup dap je jantung. Tapi "be positive", kawal perasaan takut kita. InsyaAllah, bila kita yakin dengan diri sendiri, perasaan takut itu akan mula surut sedikit demi sedikit. Macam-macam persoalan berlegar di kepala terutamanya "Soalan apa yang bakal ditanya nanti ya?"

Bersedia je awal-awal. Baca apa yang patut, insyaAllah moga Allah permudahkan segala-galanya. Dah usaha, kita doa dan tawakal. Semat dalam fikiran "InsyaAllah, aku yakin, aku boleh". POSITIF. Semoga berjaya ya. ^___^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome