Assalamulaikum...
Tahukah anda bahawa selain selipar, anda boleh menyelamatkan gaya anda agar tidak kelihatan terlalu kasual dengan bergaya bersama sepasang sandals. Tidak dinafikan bahawa selipar atau flip flops memang akan memberikan anda keselesaan dan lebih udara kepada kedua kaki anda, namun pemakaian selipar kadang kala kelihatan janggal untuk dipakai ke acara-acara tertentu dan tempat-tempat tertentu. Sebagai contoh, tahukah anda bahawa pemakaian selipar adalah dilarang ketika anda ingin menyaksikan sebuah tayangan di Istana Budaya? Dan adalah tidak sesuai jika anda ingin memakai selipar apabila ingin menghadiri majlis istimewa seperti undangan perkahwinan. Namun berbeza dengan pemakaian sandals! Berikut merupakan beberapa rekaan
koleksi sandals lelaki yang paling popular di kalangan kaum lelaki;
Ini merupakan rekaan sandals yang paling sesuai dipakai untuk aktiviti kasual. Ia boleh dipakai dengan padanan seluar pendek mahupun jeans.
Untuk rekaan gladiator sandals berikut ini pula, ia sesuai untuk anda padankan bersama pemakaian baju Melayu terutama sekali apabila anda ingin menghadiri undangan perkahwinan ataupun meraikan sambutan perayaan.
Double strap sandals ini pula sesuai untuk anda gayakan bersama padanan seluar slacks dan baju polo anda. Ia juga sesuai untuk dipakai ketika hujung minggu.
Dan untuk rekaan ankle strap sandals ini pula, ia sering menjadi pilihan ramai lelaki untuk digayakan bersama pemakaian jeans dan baju-t. Kombinasi ini kelihatan lebih menyerlah jika dibandingkan dengan pemakaian flip flops biasa.
Dapatkan lebih banyak rekaan menarik Sandal Lelaki di Zalora Malaysia.