01 November 2011

ShoutMix In New Platform

Assalamualaikum,

Hai readers yang amat saya sayangi. Hari nie terlebih rajin nak post jadi saya post banyak-banyak..hahaha..ok, hari nie nak cerita pasal new platform untuk ShoutMix atau yang anda semua panggil Kotak Jerit atau Shout Box tu. Sekarang ShoutMix ada 2 platform, yang baru dan yang lama. Jadi anda boleh pilih nak guna yang mana, sama ada yang baru atau pun lama.

ShoutMix Old version


ShoutMix Latest version

Dekat sini anda boleh tengok perbezaan dan perubahannya kan, yang baru lebih menarik, ada sound and preview pada button more options, siap ada pamerkan jumlah users yang online lagi, yang lama pun ada tapi macam tersorokkan. Dan untuk pengetahuan anda semua, ShoutMix nie lebih mesra pengguna. Lagi satu kelebihan ShoutMix yang baru nie ialah mempunyai avatar yang tersendiri. Kalau rasa dah berkenan boleh lah melakukan transformasi nya sekarang. 


[Sila klik pada gambar di bawah untuk pergi ke platform yang baru mahupun yang lama.]


Old Platform

New Platform



Oklah, guys..Selamat Mencuba. Transformasi berjaya, Blog maju. Majulah blog untuk blogger...hehe..T____T



UPDATE: SHOUTMIX  DAH BERBAYAR..NO FREE MORE..hukhukhuk..apa lagi lari lah ke CBox pula. Yang comel dan semestinya percuma. Hehe. Siapa yang tak suka benda Percuma kan?!!!

Blogger Berwajah Baru

Assalamualaikum..


Hai, semua. Hari nie nak cerita pasal blogger berwajah baru. Sebenarnya dah perasan lama dah yang blogger atau yang anda semua panggil dashboard nie boleh switch ke interface yang baru. Tapi baru hari nie rajin dan gatal-gatal tangan nak tulis. Apa yang baru? Semuanya baru. Selain daripada Google membuat penambahbaikan bagi semua produk-produk mereka, mereka juga memperbaharui antara muka Blogger. Antara penambahbaikan yang dilakukan oleh google kepada blog ini adalah :






 1. Dashboard. Pada bahagian nie anda akan dapat melihat ikon untuk :
  • Menulis post yang baru: Hanya perlu klik pada ikon Pensel oren pada dashboard anda untuk menulis post yang baru.
  • Melihat post : Ikon senarai post yang berwarna kelabu itu pula menunjukkan senarai untuk overview, pages, comment dan macam-macam lagi, dekat sini juga ada layout ,template dan  setting. Jadi kalau nak edit template blog pergi dekat sini lah.
  • Senarai blog: Bawah senarai blog anda tu terdapat semua senarai blog yang anda follow berserta dengan senarai post yang latest daripada blog yang anda follow tu.
  • Semua yang lain: Terdapat juga menu drop-down untuk log out di sebelah ikon senarai post dan juga  untuk pautan pantas ke :
    • Gambaran keseluruhan
    • Post
    • Pages
    • Comments
    • Statistik
    • Pendapatan
    • Layout
    • Template
    • Tetapan






2. Overview


Pada tab nie pula anda boleh melihat aktiviti blog anda, termasuk statistik pelawat, terdapat juga berita dan tips daripada pasukan Blogger dan terdapat jugak Blog of Note.








3. New post.


Nie lah new post yang baru. Lebih selesa bukan.












4.New page.


Berwajah baru kan. Boleh buat post baru atau terus letakkan link laman web yang kita nak tu.






5.Earnings atau Pendapatan.

Khusus buat siapa yang menjana pendapatan melalui blog


6. Mengubahsuai template.


Pada tab Template, anda boleh klik pada butang Customize yang warna oren itu untuk mengubahsuai template blog anda dengan mudah iaitu dengan menggunakan template designer, memilih template asal atau mengubahsuainya sendiri. Apa yang bagusnya menggunakan template designer nie anda boleh melihat secara live blog anda diubahsuai. What you see is what you get (WYSIWYG), bila dengar perkataan nie, teringat zaman sekolah dulu-dulu  belajar ICT dengan Cikgu Azlina. 





7. Permissions and  Privacy

Pada bahagian nie kita boleh tambah author atau penulis, cuma masukkan alamat emel dan tunggu sehingga di approve oleh individu tersebut. Kalau nak private kan blog pun dekat sini juga.


Agak-agak ramai tak yang dah guna antara muka yang baru nie? Baiklah sampai kat sini saja lah tulisan saya. Mesti anda semua pun malas nak baca apa yang bebel kan panjang-panjang nie kan. Selamat mencuba dan menukar ke alam blogger yang baru..hehehe.


Sumber


p/s: Apa-apa pun saya lebih prefer interface lama. lagi mudah dan senang kot. Pendapat saya lah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome