Susah juga jadi seorang blogger ini kan?
Lagi senang buat karangan dekat sekolah waktu SPM dulu. Tajuknya sudah di beri, cuma tunggu di buat perkembangan sahaja. Letak pendahuluan, isi, penutup..Dah siap, dah dapat A+. hehe..
Kalau jadi blogger kena sentiasa ada idea, tajuknya sendiri, isinya sendiri. Kalau copy paste nanti tak seronoklah sebab tak ada originality. Cakap pada diri sendiri ni. Macam kerja grafik juga, kalau curi idea orang tak bestlah.
Cakap pasal belajar ni, kalau kita selalu suruh orang tolong buatkan kerja atau assignment kita. Nanti keluar-keluar dapat diploma. Nak kerja.. tak kan kerja kita pun nak surah orang buat. Saya tak faham orang macam ni, suka sangat bergantung pada orang. Kalau kita tak pandai tak apa, asalkan kita rajin dan kuat berusaha. Kita sama-sama belajar, bagi saya tak ada yang pandai, tak ada yang bodoh. Sebab kita dalam proses menambah ilmu. Apa yang penting usaha.
Jangan telalu berharap pada orang. Lagi-lagi kerja grouping. Minta maaf, tapi saya rasa sangat sakit hati, bila kita seorang je yang bertukus lumus siapkan assignment tu. Kita cari maklumat kita taip, kita buat, kita hantar. Semua kita, haa..kan dah mengungkit. Dah tak dapat pahala.
Tapi itu tanggungjawab, kita kena tahu tanggungjawab kita. Dah tu kita buat seorang diri, bersengkang mata, tiada rasa bersalah jauh sekali untuk meminta maaf atau ucapan terima kasih. Saya tak harapkan semua tu, tapi cukuplah ada rasa tanggungjawab.
Tak kan saya nak jadi kemudi kapal dulu, baru semua anak-anak kapal nak bergerak. Janganlah jadi seperti paku, sekali diketuk sekali dia masuk. Saya penat juga asyik jadi tukul, kepala saya pun rasa sakit, asyik nak mengetuk tapi tak masuk-masuk.
Ehh..melalut sudah..
Dah macam-macam ada, dah 2 in 1 dah entry ni. Lain nak di tulis, lain yang keluar.
p/s: Motifnya, kita sebagai manusia kena ada rasa tanggungjawab. Tanggungjawab yang berbentuk vertikal dan horizontol. Tak ada niat nak buka aib orang ye. Maaf kalau ada yang terasa, saya juga selalu buat salah.
Home






