03 February 2014

Custom Made Sticker Kereta

Assalamualaikum...

Custom Made Sticker Kereta - Anda seorang peniaga? Mahu pun blogger? Ingin memperkenalkan barangan, perkhidmatan mahupun blog anda kepada orang ramai? Jadi mari sini saya perkenalkan salah satu cara yang effektif untuk anda..jeng-jeng..Iaitu Custom Made Sticker Kereta.

Kelebihan menggunakan Custom Made Sticker Kereta.

Cantik, menarik, murah, jimat dan boleh dibawa kemana-mana sahaja kerana ianya ditampal di kenderaan anda. Kereta kita mestilah kita bawa jalan-jalan kan. Merata-rata tempat. Jadi ianya salah satu cara untuk kita memperkenalkan produk-produk mahupun perkhidmatan kita kepada orang ramai.

Lagi-lagi bila kita tampal Sticker Kereta yang comel-comel dan cantik-cantik, memanglah menarik perhatian kan.

Custom Made Sticker Kereta

Ini adalah salah satu contoh Custom Made Sticker Kereta yang boleh membantu anda mempromosikan perniagaan anda kepada orang ramai. Bila orang tengok je Custom Made Sticker yang macam comel macam cantik ini, berkenan nak beli produk anda, boleh terus hubungi anda. Senangkan. 

Custom Made Sticker Kereta

Cara promosi untuk peniaga online.

Haa...Custom Made Sticker Kereta ini amatlah sesuai digunakan oleh peniaga-peniaga online (macam saya sendiri), kita buat business kecil-kecilan secara online kan. Lagi-lagi yang baru nak bertapak. Susahkan, kita nak dikenali. Jadi gunakan Custom Made Sticker Kereta ini untuk mempromosikan perniagaan anda.

Jimat dan mudah kan. Jual barang craft, bolehlah buat Custom Made Sticker anda dengan gambar-gambar barangan craft anda ke kan. Pusing-pusing keliling kampung, pun dah boleh promosikan produk-produk yang anda jual. So, memang mudah kan kan..Haa..berapa kali mudah dah ni.

Nama pun Custom Made Sticker, jadi anda bolehlah design sticker anda mengikut kehendak anda. Ayuh promosikan perniagaan anda dengan menggunakan Custom Made Sticker Kereta SEKARANG!!


Website Car Stickers Malaysia
No Telefon : 010-2255485 / 012-6953385
Fanpage : Car Stickers Malaysia
Instagram Car Stickers Malaysia : car_stickers_malaysia
Servis : Printing Biasa, Bussines Card, Flyers,Banner, Sticker Kereta



01 February 2014

Kempen virtual "SaveYarmoukCamp‬"

Assalamualaikum...

Jom blogger semua, sebagai tanda kita peka terhadap isu saudara-saudara seislam kita di Syria, marilah kita sama-sama mengemaskini status Facebook dan Twitter kita dengan dengan menaip #‎SaveYarmoukCamp‬ atau #saveyarmoukcamp. Kempen ini dijalankan bagi memberi sedikit sebanyak kesedaran dan makluman terkini kepada rakan-rakan kita tentang apa yang berlaku pada saudara kita di sana.


Kempen virtual "SaveYarmoukCamp‬"

Makluman lanjut di page Aqsa Syarif

Kem Pelarian Yarmouk adalah kem pelarian Palestin terbesar di Syria, lebih dari 145,000 pelarian berdaftar, hampir 20,000 pelarian menjalani kehidupan yang sangat terdesak, tanpa makanan dan bekalan perubatan.

Kebuluran semakin menular di kem pelarian Yarmouk. Seramai 30 orang telah syahid kerana kebuluran dan angka tersebut dijangka meningkat. Mereka terpaksa berlapar dan hidup dalam kebuluran lebih daripada 170 hari.

Jika kita berpuasa sunat Isnin Khamis yang cuma belasan jam di Malaysia ini pun sudah ber'keroncong', apakah perasaannya jika lebih dari itu? Hasbunallah wani'mal wakil.

Rakan-rakan blogger, jom sama-sama kita sokong kempen ini. Disamping itu, marilah kita sama-sama mendoakan saudara kita di sana. Jika ada yang berkemampuan bolehlah menghulurkan bantuan. Jika tidak, cukuplah dengan doa. Sesungguhnya doa itu senjata bagi orang mukmin.

Juga digalakkan rakan-rakan blogger untuk berkongsi maklumat mengenai Kempen virtual "SaveYarmoukCamp‬" ini untuk perkongsian semua.

Bahagiamu deritaku?? BAHAGIA KITA DERITA MEREKA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome