16 February 2013

Allah Ada

Assalamualaikum...


p/s: Selamat Pagi..Mulakan pagi ini dengan senyuman dan harapan baru. ^____^. Marathon siapkan semua design.

15 February 2013

Kali Pertama buat Kimchi.

Assalamualaikum...

Godaan demi godaan, tiba-tiba timbul niat nak buat kimchi. Ini semua kerana Running Man dan Family Outing. Saja lah mengada nak cuba buat, orang kata sedapkan. Kalau tengok dekat dalam variety show tu mesti meleleh-leleh air liur tengok. Okay, tipu..tapi mesti berbunyi-bunyi lah perut.

Nak pergi Seoul Garden tu, mak aii..jauhnya dari sini. Maklumlah i ni orang kampung je. hehe.. Carilah resipi, cara-cara nak buat kimchi ni. Semalam pergi beli barang-barang. Dah pergi beli, hari ini buatlah.

Excited ni, siapkan bahan-bahan..dah complete. Buatlah Kimchi punya paste. Kalau buat kimchi kena guna sos ikan. Waktu tengok WGM, Yonghwa dan Seohyun guna, dia kata busuk. Saya bau tak busuk pun, kemudian bila dah tuang.. Allah..busuknya. Paste dia bila di gaul dengan radish, carrot, leeks, memang nampak dah menjadi.


Tapi, bila baunya..Allahhuakbar, pening sangat-sangat. Lepas tu nak cubalah makannya dengan kobis cina yang di rendam dengan garam, terus rasa nak termuntah.


Nampak gaya nya memang saya fail buat kimchi, ada hati nak buat sendiri. Berangan ler tu. Percubaan yang gagal, mungkin bukan kerana kimchi ini tak sedap, tapi saya tak reti nak buat atau tak kena dengar selera. Ya lah tekak orang Melayu. Makan sambal belacan lagi sodap. Nasib baik buat sikit, tak membazir. Beli barang-barang pun tak sampai 20 ringgit. 


Ini lagi sedap kot.


Nak salahkan Running Man dan Family Outing pun tak boleh sebabnya, saya buat sendiri, dah belum tentu sedapkan, jadi tak nak putus asa nanti nak pergi makan juga. T_____T. Memang buat julung-julung kalinya, gagal memasak..nampak tak menipunya. tuituitui..hehe. Buat malu company je. Tapi ada je orang Malaysia yang buat menjadi. Saya je, K tambah O..K.O.

p/s: Kena terbang ke sana dulu lah, baru dapat makan kimchi yang 100% asli. Baru puas hati. Mungkin sebab terlebih sos ikan itu kot. Terlebih "cerdik" lah katakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome