12 April 2010

Penguat Semangat Saya

Berkaitan dengan Akal
(Saidina Ali bin Abi Talib)
"Apabila sempurna akal, kurang perkataan." 
"Sifat marah ialah musuh utama akal."
"Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka adalah jahil."
"Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula dia berkata-kata."
"Dada orang yang berakal itu adalah peti rahsianya."
"Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima nasihat dan meminta nasihat."(Saidina Umar Al-Khattab)
"Walau bagaimana alim pun seseorang itu dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal."(Lukmanul Hakim)


Berkaitan dengan Masa
"Waktu ialah penasihat yang paling bijaksana." (Pericles)
"Masa depan dibeli oleh masa sekarang." (Samuel Johnson)
"Setiap jam dalam umur manusia itu ada gunanya. Justeru, masa yang sudah ditentukan bagi jam ini tidak akan didapati lagi pada jam yang lain seumur hidup kita." (WJ Brown)
"Anda memerlukan lebih daripada 20 tahun untuk membina reputasi tetapi untuk memusnahkannya, anda hanya memerlukan masa lima minit" (Warren B.)
 "Istilah tidak ada masa bukan merupakan alasan yang jujur kerana pada dasarnya kita semua memiliki masa 24 jam setiap hari. Yang perlu ditingkatkan ialah membahagikan masa dengan lebih cermat."  (George Downing)
"Seandainya saya punya waktu sebanyak lapan jam untuk menebang pokok akan saya habiskan enam jam untuk mengasah kapak saya" (Abraham Lincoln)

Berkaitan dengan Bangsa

"Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang sanggup menghadapi cabaran hidup" (Tun Dr.Mahathir Mohamad)
"Bangsa penakut tidak dapat merdeka dan tak berhak merdeka. Ketakutan merupakan penasihat sangat curang untuk kemerdekaan" (Andre Colin)
"Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh mereka pun akan lenyap" (Ahmad Shauqi Bey)
"Tinggi rendahnya darjat bangsa itu bergantung pada ketinggian darjat kaum wanitanya" (Charles Fourier)
"Hakikatnya banyak bangsa didunia ini telah merdeka tetapi fikiran mereka masih terbelenggu oleh penjara diri" (Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj)
"Bangsa yang tidak percaya akan kekuatan diri tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." (Soekarno)
"Tidak ada satu bangsa di dunia ini yang dapat mencapai kemajuan dengan hanya bermodalkan kata-kata, sebaliknya bangsa yang maju ialah mereka yang gigih berusaha. (Tan Sri Mustafa Jabar)

Berkaitan dengan cita-cita


"Jangan biarkan cita-cita yang sedang panas itu mati kerana sejuk" (Carlyle)
"Cita-cita bererti juga kerelaan bekerja untuk kebaikan dan kepentingan orang lain. (Shahrir)
"Berusaha untuk mencapai cita-cita bagi diri sendiri itu lebih mulia tetapi mencapai cita-cita bangsa jauh lebih mulia" (Larazus)
"Cita-cita besar tidak mungkin dicapai hanya dengan target kecil serta usaha yang biasa-biasa sahaja" (Andrie Wongso)
"Kita tidak akan naik darajat yang tinggi kecuali dengan cita-cita yang kuat" (Habib Umar Hafidz) 
"Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, namun cita-cita manusia tidak pernah padam" (Hamka)

p/s :Tiada salam, tiada hello..saya malas nak tulis jadi terus straight je..hahaha..(blogger paling pemalas).saya tak ada idea lain nak menulis, jadi saya sumbat lah apa-apa yang tak patut. Saya suka kumpul mutiara kata atau ayat-ayat yang best-best. I like. T__T. Bye. Wassalam.

1 comment

December 9, 2012 at 12:19 AM

bagus perkongsian ni....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome